ALANGKAH pelik jika kita di pihak benar, tetapi kita takut untuk menyuarakannya. Begitu juga dengan demokrasi yang kini terbentang di hadapan mata kita. Mahasiswa perlu sedar, GMUKM bukan suatu badan yang ekslusif yang hanya untuk sesetengah pihak, tetapi kita sedari awal menyatakan GMUKM adalah GABUNGAN MAHASISWA yang membawa makna kita adalah ASPIRASI sebenar mahasiswa!
Mari kita semak, jika dibandingkan dengan dasar kita yang jelas-jelas menggariskan agenda kebajikan, keilmuan dan penghayatan Falsafah UKM, maka kita adalah lebih tersusun berbanding suatu pihak yang mendakwa mereka adalah golongan yang menjunjung ASPIRASI UNIVERSITI.
ASPIRASI bererti HASRAT atau keINGINan terhadap sesuatu benda. Maka, Apa yang signifikannya dengan omongan 'ASPIRASI UNIVERSITI' ? Secara ilmiahnya, kemukakan kepada umum, di manakah terpatri 'ASPIRASI UNIVERSITI' tersebut ? Atau adakah 'ASPIRASI' itu hanya wujud di dalam kepala sesetengah orang sahaja ?
Tidak cukupkah dengan 'Falsafah UKM' yang jelas-jelas menggariskan, "Paduan antara IMAN kepada Allah dengan ILMU yang bermanfaat serta gabungan antara teori dengan AMAL adalah dasar utama bagi perkembangan ilmu, proses pembinaan masyarakat terpelajar dan pembangunan Universiti."

Di sini GMUKM ingin menyatakan bahawa apa yang dicanang-canang oleh pihak yang mengaku sebagai penggerak 'ASPIRASI UNIVERSITI' adalah menyalahi gagasan 'Falsafah Universiti' yang dilancarkan 8 tahun selepas penubuhan UKM; iaitu pada pertengahan tahun 1978. Adalah malang bagi warga UKM tidak kira sama ada dia seorang kakitangan Universiti, pensyarah mahupun mahasiswa, jika dia gagal memahami dan menghayati Falsafah UKM itu sendiri. Inilah yang akhirnya terjadi cacamerba yang wujud sama ada di peringkat mahasiswa selaku pelajar, pensyarah sebagai tenaga pengajar atau pihak kakitangan Universiti selaku pihak yang kerap berada di tengah-tengah pelajar dan pengajar.
Contoh mudah, ada sebuah idea oleh seorang mahasiswa hendak membuat program hiburan yang penuh hedonisme diajukan kepada kakitangan pentabiran Universiti. Tetapi disebabkan kegagalan pelajar dan lebih malang kakitangan tersebut juga gagal menghayati intipati Falsafah UKM; yang menumpukan segala hasil dan usaha kembali kepada Allah, maka program hedonisme tersebut diluluskan dan dijayakan. Secara teknikalnya, gagasan Falsafah UKM itu sendiri dilanggari pelajar dan kakitangan pentadbiran UKM itu sendiri! Inilah bahana apabila kita kini keliru di antara 'Visi' , 'Misi' , 'Wawasan' , 'Falsafah' , 'Aspirasi' dan lain-lain lagi.
Jadi, apa perlunya 'Aspirasi' ? Ber-GM Lebih Baik!
Bersatu Berubah.
Jadi, apa perlunya 'Aspirasi' ? Ber-GM Lebih Baik!
Bersatu Berubah.
Realisasi Varsiti.
0 comments:
Post a Comment