Majlis Kepimpinan Utama GMUKM

Kompilasi Kejayaan Manifesto

Provinsi Ungu [Versi Online]

Monday, February 28, 2011

Kerana pulut santan binasa...

Melihat kepada isu-isu yang sengaja ditimbulkan pihak TSB dalam sehari dua ini kelihatan seperti mereka sudah kekeringan idea untuk bersuara kini.

Beberapa entri yang berbau tohmahan dan sengaja ditimbulkan seperti mengiakan pendapat seorang rakan bahawa pihak TSB-Aspirasi masih gagal menerima kekalahan kepada GMUKM minggu lalu.

Antara entri penyokong-penyokong TSB-Aspirasi yang sempat disalin sepanjang kempen PRK dan minggu lalu dapat dilihat seperti di bawah; yang cukup menjelaskan kenapa mahasiswa menolak Aspirasi dan memilih GMUKM pada sesi pemilihan kali ini.

Entry yang akhirnya memakan diri pihak Aspirasi itu sendiri. Turut dikomen saudara Shazni yang tewas kerusi Umum Tahun 1/2.


Juga entry daripada bekas MPP Aspirasi bagi kerusi di Fakulti Sains & Teknologi, saudara Rasydan 5 jam selepas pengumuman kemenangan GMUKM seakan membuka pekung di dada Aspirasi dan TSB. Isu ini diakui TSB yang di dalam blog mereka menyebut  perihal 'undi pecah' dan 'konflik dalaman' selain mengakui kegagalan jentera dan prestasi MPP Aspirasi yang lalu menyebabkan kekalahan yang agak besar pada sesi kali ini.


Apa pun satu tindakan kurang matang oleh MPP Aspirasi yang lalu yang bertindak 'mengosongkan' bilik PMUKM setelah menyedari kekalahan Aspirasi dalam PRK kali ini diselar. Modus operandi yang sama dilakukan pada tahun lepas semasa kepimpinan Nasir, diakui rakan-rakan mahasiswa yang bermain badminton di tepi bilik PMUKM tetapi tidak dapat didedahkan kerana kita kekurangan bukti.

Namun pada tahun ini sekali lagi diulangi dan jelas dibuktikan di Fb Muin bekas Speaker yang lalu kemudiannya ditarikbalik kurang 24 jam setelah menyedari ia menjadi bukti mereka telah 'melarikan' beberapa barangan milik PMUKM. Apapun pihak GMUKM sempat menyalin photo album tersebut  sebagai bukti Aspirasi bertindak kurang matang dan cuba mensabotaj kepimpinan baru MPMUKM dengan melarikan beberapa dokumen penting PMUKM selain sebuah CPU komputer milik Setiausaha PMUKM.


Apa pun selepas ini diharapkan kepada penyokong dan pendokong pihak Aspirasi agar menginsafi terlebih dahulu apa yang telah dilakukan di peringkat Aspirasi sebelum mengeluarkan tohmahan-tohmahan yang berniat memburukkan kepimpinan MPMUKM yang diterajui GMUKM pada sesi kali ini. 

Buktikan terlebih dahulu anda benar-benar menjunjung 'Aspirasi Universiti' (yang tiada asal-usulnya itu) dengan ikhlas berbakti kepada rakan-rakan mahasiswa. Usah politikkan isu-isu di luar kerana permasalahan anda di dalam UKM pun masih belum selesai. Tuntutan-tuntutan CCC, PAH dan Kaukus, kita di peringkat GMUKM nasihatkan kepada pihak Aspirasi agar diselesaikan dalam kadar segera kerana takut-takut selepas ini akan ada pihak yang ingin 'melompat parti' pula.

Dan yang lebih penting, keperluan isu-isu ini diselesaikan kerana kita semua MPM yang mendapat mandat majoriti mahasiswa kini mempunyai amanah yang lebih besar untuk diselesaikan. Jangan terlalu banyak berpolitik sehingga mengabaikan amanah tersebut.  Ingat pesan As-Syahid Hassan Al-Banna; Kewajipan-kewajipan kita lebih banyak daripada masa yang ada pada kita, oleh itu gunakanlah masa dengan sebaik-baiknya dan ringkaskanlah perlaksanaannya.

Realisasi Varsiti.


Ber-GM Lebih Baik!

1 comments:

muin said...

walaupun hal ni da lama berlaku, tapi aku masih kecil hati bila difitnah sebegini rupa, kalau ko sume nak tau, plastik hitam tu adalah barang peribadi aku, hadiah2 yg aku dpt tapi aku simpan kt bilik pmu sbb kolej aku kt KL, malam tu kitorg BERSIHKAN sampah, n amik balik BARANG2 kami sendiri saje, ingat aku lapor sgt nk mkn harta UKM,ape dokumen penting ape? ko nyatakan sket, setau aku dokeumen yg pmu ade stakat kertas kerja, surat-surat, minit mesyuarat,xde nye senarai tender ke, sebut harga ke, Local Order ke, akaun tabung PMU pun xde. bawak2 la taubat

Post a Comment

tvGMUKM

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

#Hashtag

#Hashtag

Moving Forward

Wajib Muat Turun !