Assalamu'alaikum dan salam sejahtera buat semua rakan mahasiswa Universiti Kebangsaan Malaysia. Terlebih dahulu kami di Wartawan@GMUKM mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua rakan yang terlibat secara langsung dan tidak langsung di dalam memenangkan Gabungan Mahasiswa UKM (GMUKM) pada sesi PRK kali ini. Sesungguhnya usaha kalian tersebut tidak dapat dibalas dengan wang ringgit, apatah lagi sekadar ucapan-ucapan di poster,blog atau laman-laman sosial (Facebook dll). Namun apa yang tetap ingin dilakukan di peringkat GMUKM adalah untuk meyakinkan rakan-rakan bahawa setiap undi yang rakan-rakan berikan kepada calon-calon GMUKM sama ada kita menang atau tidak, adalah SANGAT-SANGAT dihargai!
Merujuk kepada beberapa spekulasi yang timbul sejak kemenangan GMUKM menguasai PMUKM (atau selepas ini akan disebut MPMUKM) adalah sangat-sangat dikesali. GMUKM berharap mana-mana pihak yang cuba menyebarkan perkara-perkara tidak bermoral ini agar menghentikan segera kerana ia jelas tidak berasas dan masih belum dibincangkan lagi, apatah terus hendak dilaksana sepertimana hangat diperkatakan kini.
MPM-GMUKM kini masih dalam fasa perbincangan untuk menetapkan barisan kepimpinan Exco MPMUKM dan memohon rakan-rakan mahasiswa untuk bertenang dan bersabar menantikan hasil perbincangan itu nanti. Apa yang boleh dikatakan kini, beberapa perubahan bakal dilaksanakan di dalam kabinet MPMUKM sesi 2010-2011 itu nanti, yang semestinya demi kepentingan rakan-rakan mahasiswa dan warga kampus UKM umumnya.
Mengakhiri kalam, kami Wartawan@GMUKM sentiasa membuka ruang memohon sebarang pandangan, komen, kritikan mahupun sebarang informasi daripada rakan-rakan sekalian. Kami boleh dihubungi di emel : gmukm2009@gmail.com atau Facebook ID : Gabungan Mahasiswa Ukm
Ber-GM Lebih Baik!
0 comments:
Post a Comment