Majlis Kepimpinan Utama GMUKM

Kompilasi Kejayaan Manifesto

Provinsi Ungu [Versi Online]

Saturday, February 19, 2011

Biarkan Ia Berkibar

Artikel ini diterima melalui emel kami di gmukm2009@gmail.com bersempena musim Pilihanraya Kampus sekarang. Sebarang ulasannya adalah tidak mewakili pandangan GMUKM secara rasminya.

Penulis mengucapkan selamat menghadapi musim PRK kepada rakan-rakan yang berada di UKM kini. Semoga usaha perjuangan kami yang lalu akan membuahkan hasil dalam sesi kali ini, untuk GMUKM berjaya memegang PMUKM setelah hampir 7 tahun Aspirasi memegangnya. Ya, tujuh tahun sememangnya satu tempoh yang amat panjang, dan amat pelik apabila tempoh tersebut gagal dimanfaat oleh pihak Aspirasi untuk memaju dan meningkatkan mutu dan kualiti kebolehpasaran mahasiswa di pasaran pekerjaan.

Penulis selaku bekas graduan UKM pada 2008 amat yakin dan meletakkan harapan yang tinggi buat rakan-rakan untuk menguasai PMUKM pada kali ini setelah trend  sokongan mahasiswa GMUKM sejak kebelakangan ini semakin meningkat. Daripada sesi penulis yang meraih 5 buah kerusi, kemudian seterusnya 12 buah kerusi dan sesi lepas meningkat kepada 14 buah kerusi, maka penulis percaya, dan menaruh harapan yang tinggi agar rakan-rakan berjaya menguasai PMUKM sekaligus memecahkan rekod 7 tahun Aspirasi.

Penulis mengimbas kembali semasa penulis berada di UKM untuk under-graduate , semasa di awal kemasukan yang mewajibkan mahasiswa tahun satu menetap di kolej kediaman, acap kali penulis dan rakan-rakan di’ingat’kan untuk setia bersama program kolej. Program kolej dicanang-canang sebagai tempat meraih pengalaman sebanyak mungkin, dan hanya JAKSA mampu memberi jaminan untuk kami terus menetap di kolej kediaman tersebut. Ringkas cerita, sekiranya kami didapati menyokong atau sekurang-kurangnya kelihatan cenderung ke arah ‘anti-Jaksa’ maka pada tahun seterusnya, “carilah rumah di luar.”

Begitu murah harga maruah seorang mahasiswa dilacurkan. Dan begitu mudah pihak-pihak tertentu menggunakan mahasiswa-mahasiswa yang naif, yang baru melangkah ke menara gading untuk memastikan kemenangan badan yang pro ke arah mereka, sekaligus berjaya menjaga reputasi mereka, sesuai dengan imej mereka yang sedang berkuasa.

Penulis melihat isu yang saban tahun berulang ini amat mendukacitakan. Jika hal ini berterusan berlaku buat 10 atau 20 tahun mendatang, ke mana sebenarnya idealisme sebenar mahasiswa ? Benarlah mahasiswa kini semakin lembab (baca : mandom) dan enggan berfikir di luar kotak. “Kenapa undi A, tak undi B?” “Buat apa susah-susah, ikut sudah..”  Jika hal ini berterusan berlaku, penulis bimbang mahasiswa-mahasiswa tersebut yang berpotensi menggantikan pemimpin masa kini akan kebuntuan mencari penyelesaian disebabkan idealisme mereka ketika bergelar mahasiswa sudah ditumpulkan.

Penulis tidak mengharapkan mahasiswa kini bulat-bulat mencontohi perjuangan mahasiswa pada tahun-tahun sebelum AUKU, tetapi ingin mendorong mahasiswa yang masih di bangku kuliah untuk memuhasabah kembali, ke mana hala tuju kita selepas Universiti ini sekiranya bukan di sini tempat kita mengasah potensi diri kita.

Biarkan mahasiswa bersuara. Suara mahasiswa takkan robohkan bangunan Putrajaya jika itu dibimbangkan. Atau di UKM, suara-suara piket mahasiswa tak bisa meruntuhkan DECTAR jika itu yang dibimbangi HEP. Suara mahasiswa suara yang tulen . Biarkan mahasiswa mencorakkan suasana mahasiswa sendiri. Usah bimbang, suara mahasiswa tidak menggugat gaji-gaji anda, wahai HEP!

Biarkan ia berkibar. Ia berhak berkibar di bumi UKM ini. Bumi ini, bumi mahasiswa. Ayuh suburkan pesta demokrasi !


| AN |

0 comments:

Post a Comment

tvGMUKM

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

#Hashtag

#Hashtag

Moving Forward

Wajib Muat Turun !