Saudara/i,
PERMOHONAN MASUK PEPERIKSAAN DAN DRAF JADUAL WAKTU
PEPERIKSAAN SEMESTER II SESI AKADEMIK 2010-2011
Merujuk kepada perkara di atas, dimaklumkan bahawa peperiksaan akhir Semester II Sesi Akademik 2010-2011 akan dijalankan pada 11 hingga 30 April 2011.Sehubungan itu, saudara/i diminta mengambil perhatian dan tindakan dalam urusan permohonan masuk dan draf jadual waktu peperiksaan akhir Semester II Sesi Akademik 2010-2011. Urusan pengesahan permohonan masuk peperiksaan perlu dibuat melalui http://www.ukm.my/smpweb mulai 14 hingga 20 Februari 2011.
Dalam paparan borang permohonan ini akan tersenarai kursus yang saudara/i daftar serta draf jadual peperiksaan akhir. Saudara/i dikehendaki menyemak maklumat tersebut dan mengesahkannya. Tindakan yang saudara/i perlu lakukan ialah seperti berikut:
a. Sekiranya semua maklumat adalah betul dan tiada percanggahan jadual peperiksaan, maka saudara/i perlu mengesahkannya dengan menekan butang Sah.
b. Sekiranya terdapat percanggahan jadual peperiksaan atau 3 kursus berturutan dalam satu hari maka saudara/i dikehendaki menekan butang Bahagian Akademik dan mencetak paparan borang tersebut. Sila catatkan kursus terlibat dan dapatkan pengesahan Fakulti. Borang tersebut hendaklah diserahkan ke Kaunter Bahagian Pengurusan Akademik selewat-lewatnya pada 21 Februari 2011.
Sekiranya saudara/i gagal membuat pengesahan atau pembetulan terhadap maklumat tersebut, maka segala butiran kursus yang dicatatkan akan dianggap betul dan lengkap. Jika saudara/i tidak hadir peperiksaan bagi kursus-kursus tersebut saudara/i akan diberi gred E (gagal). Saudara/i yang tidak membuat pengesahan juga akan dikenakan denda sebanyak RM 15.00.
Jadual Peperiksaan muktamad akan dipaparkan dalam Kad Masuk dan Jadual Peperiksaan (KMJP) yang akan diedarkan di Pejabat Fakulti masing-masing mulai 14 Mac 2011. Pelajar dinasihatkan untuk menjelaskan semua hutang dengan Universiti untuk mengelakkan sebarang kesulitan. Sekiranya saudara/i mempunyai masalah untuk menjelaskan hutang secara sekaligus, sila berbincang dengan Bahagian Kewangan Pelajar untuk mengelakkan sebarang kesulitan. Saudara/i dikehendaki mengambil perhatian dan tindakan sewajarnya bagi memastikan persiapan saudara/i menduduki peperiksaan berjalan dengan lancar.
“ KUALITI TERAS KECEMERLANGAN”
Yang benar,
KIFTIAH ABDUL RAZAK
Timbalan Pendaftar (Akademik)
b.p. Pendaftar
0 comments:
Post a Comment