15 Februari - Debat Ala Presiden
16 Februari - Pengisytiharan Calon-Calon GMUKM.
- - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - -
Begitulah diari GMUKM menghampiri musim PRK kali ini. Sesudah 6 tahun penubuhan GMUKM, adalah jelas pada tahun ini kita amat mengharapkan kemenangan akan berpihak kepada kita sesudah tiada apa-apa perubahan yang dilakukan oleh Aspirasi.
Kegagalan jentera Aspirasi melalui MPP mereka yang membolot semua jawatan PMUKM untuk membawa perubahan kepada mahasiswa UKM sesudah diberi mandat oleh mahasiswa amat-amat dikesali. Apa gunanya jika ada MPP tetapi mahasiswa UKM masih di takuk yang lama ? Apa gunanya ada PMUKM jika masalah pengangguran masih menjadi igauan ramai mahasiswa terutama di UKM ?
Fungsi PMUKM yang ditubuhkan hampir 40 tahun yang lalu harus diingatkan bahawa bukan sekadar membicarakan soal kafe di kolej A 'tak sedap atau 'connection' internet yang lembab di fakulti B. Isu kebajikan tersebut betul isu mahasiswa tetapi ingin dinyatakan di sini,bahawa MPP yang ada di dalam PMUKM yang ada hari seharusnya mara ke hadapan mendepani permasalahan mahasiswa yang lebih besar. PMUKM hari ini atau sebenarnya sudah lama dahulu membicarakan isu kualiti pendidikan yang diperoleh di UKM sebagai persediaan untuk ke lapangan pekerjaan, atau PMUKM ringan untuk berwacana 'Peranan mahasiswa ekonomi sebagai brainstormer polisi ekonomi kerajaan hari ini.'
GMUKM percaya sekiranya mandat yang ada dikekalkan kepada pihak Aspirasi untuk tahun-tahun seterusnya, maka sehingga itulah kita akan melihat masalah yang sama. Nama Universiti akan lambat mencapai Top 100 sebagaimana yang diinspirasi bonda NC kita. GMUKM juga melihat akan keperluan untuk mahasiswa berubah menyokong pihak yang berkehendak mengubah permasalahan ini. Isu pengangguran, kebajikan mahasiswa dan masyarakat kampus yang prihatin hanya dapat dijelmakan oleh pihak yang benar-benar membawa suara mahasiswa.
GMUKM melihat potensi yang ada dalam calon-calon GMUKM yang bakal bertanding esok, amat-amat meyakinkan. Biarpun rata-rata calon kita berbangsa Melayu beragama Islam, tetapi kita juga yakin, di atas prinsip keadilan sosial yang kita sepakati bersama, maka isu bangsa tidak timbul. GMUKM berpegang kepada kepercayaan bahawa semua daripada kita dilahirkan adalah sama, dan yang menentukannya adalah atas kehendak kita selepas itu. Di atas pemahamaan bahawa kita berasal dari keturunan yang sama, maka di mana bezanya antara bangsa Cina, India atau Melayu khususnya dalam konteks kita di UKM.
Ayuh bersama-sama kita ubah paradigma sebegini. Paradigma mahasiswa selaku anak muda harus berfikiran tulen dan bebas; jangan terikut-ikut dengan perangai orang di luar sana, yang jelas-jelas memiliki kepentingan di dalamnya. Maka rakan-rakan perlu menterjemahkan segalanya di atas kertas undi pada 21 Februari ini nanti. Elakkan kita memilih calon-calon yang mewakili kita atas dasar kasihan atau terpaksa. Kita mahasiswa, berhak menentukan ke mana corak pemerintahan PMUKM yang menaungi persatuan-persatuan lain di UKM ini dengan memilih calon-calon yang berkredibiliti. Kita harus tolak calon-calon yang sekadar berada dalam isu-isu yang berkepentingan kepada mereka, padahal setelah itu masing-masing akan pulang melakukan kerja masing-masing.
Tiada roh perjuangan yang sebenarnya di dalam diri mereka. Apa yang telah direncanakan oleh pihak atasan sekadar dilaksanakan oleh golongan ini. Maka amat rugilah sekiranya 'Persatuan Mahasiswa' bertukar fungsi kepada 'Persatuan Pekerja..'
Justeru itu, marilah bersama-sama Gabungan Mahasiswa UKM, kita tolak calon-calon sebegini. Terjemahkan hak anda dalam sistem demokrasi dengan mengundi calon-calon mahasiswa yang jelas membawa suara mahasiswa, dari mahasiswa, dan untuk mahasiswa.
Juga buat yang tidak punyai kelas esok pagi, untuk bersama-sama perarakan calon-calon rakan mahasiswa kita. Kita berarak bukan tanda kita juah dengan kehebataan kita, tetapi perarakan ini jelas sebagai signal kepada masyarakat kampus bahawa perjuangan kita bukan main-main. Perjuangan mahasiswa khususnya GMUKM adalah benar-benar mampu berfungsi sekiranya kita diberi mandat memegang PMUKM. Kerana itu, adalah perlu dan seharusnya buat aktivis pecinta-pecinta demokrasi untuk sama-sama kita berarak dari KTHO menuju Pusanika esok seawal 7.30 pagi.
Benar kata Pak Sukarno, "Berikan aku sepuluh orang pemuda, akan bisa kita goncangkan dunia (dengan mereka)"
0 comments:
Post a Comment