Merujuk kepada permasalahan yang timbul baru-baru ini selepas Gabungan Mahasiswa UKM (GMUKM) menguasai PMUKM bagi sesi 2010-2011, maka bagi MAMPU, kami harus tampil memberikan penjelasan dan pendidikan segera agar tidak timbul salah faham atau fitnah terhadap kepimpinan GMUKM.
MAMPU telah merujuk kepada beberapa buah artikel, dan dapat dihuraikan bahawa terdapat beberapa hak-hak orang bukan Islam terhadap negeri/tempat yang didudukinya. Antaranya di sini MAMPU senaraikan berkenaan hak-hak bukan Islam yang selari dengan suasana kampus UKM kita hari ini yang antara lain;
> Masyarakat bukan Islam berhak membuat pilihan terhadap sesuatu pegangan agama tanpa sebarang paksaan dari pemerintah selagi mana mereka mengamalkan kepercayaan agama mereka dengan aman.
> Kehormatan orang yang bukan Islam adalah terpelihara di sisi masyarakat negeri Islam
> Kediaman orang yang bukan Islam tidak boleh dicerobohi dan harta bendanya tidak boleh dicuri dan dirampas sewenang-wenangnya.
> Orang yang bukan Islam berhak mengadakan perhimpunan secara aman dan berhak menubuhkan persatuannya sendiri.
> Orang yang bukan Islam menpunyai hak untuk menyatakan pendapat dan pendiriannya masing-masing, malah mereka mempunyai hak dalam berpolitik bagi membela nasib kaum mereka sendiri.
> Orang bukan Islam berhak menjalankan perniagaan secara bebas dalam negara Islam asal sahaja bentuk perniagaan itu tidak mengandungi jualan yang memudaratkan.
> Orang yang bukan Islam mempunyai hak dalam memegang jawatan dalam perkhidmatan awam yang berkaitan dengan perkara yang tidak menyentuh tentang perkara agama Islam.
Manakala orang-orang yang bukan Islam pula dikehendaki melaksanakan hak yang wajib mereka laksanakan terhadap negeri / tempat yang diduduki oleh mereka;
- Masyarakat bukan Islam hendaklah melakukan perkara yang boleh menyumbangkan kepada kesejahteraan masyarakat dan negara yang dihuninya.
- Masyarakat bukan Islam tidak boleh melakukan sesuatu tindakan yang membahayakan negara Islam dan perbuatan yang menimbulkan rasa tidak senang orang Islam. Sebagai contoh, mereka tidak boleh membuka kedai arak dan kawasan ternakan babi di kawasan perumahan orang-orang Islam.
- Masyarakat bukan Islam dilarang menghina dan mencerca sebarang tokoh Islam sekalipun mereka tidak mepercayai dan menganuti Islam. Masyarakat bukan Islam dituntut supaya menghormati pegangan orang lain dan apa sahaja yang dimuliakan oleh orang beragama lain.
- Orang-orang bukan Islam juga tidak boleh memberontak atau mementingkan diri sendiri sahaja dengan menimbulkan perkara yang mencetuskan huru-hara dalam masyarakat. Mereka juga dilarang bersama dengan golongan yang suka menyebarkan fitnah dalam negara Islam.
Sekadar perkongsian.
Membina Mahasiswa Penggerak Ummah
0 comments:
Post a Comment