Majlis Kepimpinan Utama GMUKM

Kompilasi Kejayaan Manifesto

Provinsi Ungu [Versi Online]

Wednesday, September 28, 2011

MESTI BACA : Menjawab hujah 'matang' Aspirasi

Berhubung kenyataan yang dikeluarkan oleh pihak Aspirasi terutama dalam isu Pesta Konvokesyen ke-39, GMUKM berasa bertanggungjawab untuk membetulkan beberapa tuduhan yang dilemparkan oleh Aspirasi terhadap Sekretariat Pesta Konvokesyen dan PMUKM.

Rumah Terbuka PMUKM Esok !

Majlis Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri Bersama Persatuan Mahasiswa UKM (PMUKM) 2011

Tarikh :  
29 September 2011 (Khamis)

Masa :
8.30 - 11.00 malam

Tempat : 
Tingkat atas, bangunan Pusanika UKM, Bangi

Tema : 
Berpakaian kemas, sopan & bertemakan hari raya.

Acara Menarik :
-Sesi dialog bersama barisan Exco PMUKM


* Pengangkutan pulang ke kolej-kolej turut disediakan

Ayuh beramai-ramai kita meriahkan Rumah Terbuka Hari Raya PMUKM 2011

Wednesday, September 21, 2011

ISIUKM : Dalam Islam Ada Cara Berhibur

Belum pun sejuk soal murtad agama yang semakin melarat nafasnya di negara ini disusuri keadaan perang dingin antara agama minoriti dan majoriti, dengan keadaan gejala sosial seolah yang tidak ada denai penghujung, begitulah juga dengan suasana hiburan yang melampau sehingga melibatkan soal agama dipandang hina termasuklah filem-filem yang cukup mengguris hati agama dan umat Islam sedang hakikat keperitan luka ini masih berdarah, sekali lagi umat islam negara di ganyang perasaan dengan sebuah filem berupa jenaka yang menghina secara selama ajaran islam dan Rasulullah S.A.W secara khusus selepas sebelum ini filem Gubra, Sepet dan beberapa filem lagi masing-masing ada aura tersendiri yang cukup kontroversi dan menyentuh hati agama suci ini .

Filem yang menjadi fenomena baru-baru ini sedar tidak sedar, filem ‘Hantu Bonceng’ arahan Ahmad Idham Ahmad Nazri dan dibintangi oleh pelawak baru terkenal negara Zizan Razak, Julian Evans dan beberapa bintang lagi memaparkan adegan yang cukup menyentuh sensitiviti agama Islam. Apa yang lebih menarik ialah filem ini mendapat sambutan yang cukup drastik dan hangat di kalangan penonton negara dari 80 buah pawagam, termasuklah di Singapura dan Brunei dan mula ditayangkan sempena Aidilfitri yang lalau pada 31 Ogos.

Tuesday, September 20, 2011

Pesta Konvokesyen : Apresiasi Melestari Kecemerlangan


Gabungan Mahasiswa UKM (GMUKM) mengucapkan selamat buat rakan-rakan di Sekretariat Pesta Konvokesyen Ke-39 UKM yang bertungkus-lumus menjayakan pesta yang dijadualkan berlangsung lusa, 22 September dan berakhir 27 September 2011.

Biarpun terdapat khabar-khabar angin dan fitnah yang cuba menganggu-gugat perjalanan sekretariat ini, tetapi di peringkat GMUKM amat optimis kesemua ahli sekretariat Pesta Konvokesyen bakal mendapat kemudahan dan kesenangan dari-Nya dalam menjayakan matlamat yang disasarkan.

Di bawah pengurusan dan kendalian Majlis Tertinggi Sekretariat yang diketuai Pengarah Eksekutif, saudara Faizal bin Ahmad yang juga merupakan Naib Presiden 3 PMUKM, maka kami di Gabungan Mahasiswa UKM menyokong penuh segala usaha dan penat lelah Sekretariat secara umumnya.

PMUKM : Jom Sertai Rakan PMUKM




SUARA KAMPUS 3 : Merdeka - Satu Analisis


Monday, September 19, 2011

Pesta Konvokesyen Ke-39 Kian Menjelang

Bahang Pesta Konvokeyen UKM Ke-39 semakin dirasai. Sekretariat Pesta Konvokesyen yang berjumlah hampir 200 orang dari Majlis Tertinggi (MT), Majlis Pengurusan Tertinggi (MPT), Eksekutif-Eksekutif, Ahli Jawatankuasa Dasar (AJKD) dan Ahli Jawatankuasa Pelaksana (AJKP) kini semakin giat melakukan persiapan terakhir menjelang minggu Pesta Konvokesyen Ke-39 yang dijadualkan berlangsung dari 22 - 27 September 2011.

Terbaru promosi terkini daripada Sekretariat Publisiti & Media bersama-sama Sekretariat Teknologi & Dokumentasi telah menyediakan 'bunting' dan video promo khas untuk Sekretariat Pesta Konvokesyen.




Pengerusi GMUKM : Ayuh Sertai Persatuan Pelajar

Gabungan Mahasiswa UKM (GMUKM) berbesar hati menyeru dan mengajak rakan-rakan mahasiswa UKM untuk bersama-sama turun ke Pusanika sempena Minggu Pengenalan Persatuan Pelajar (M3P) yang dijadualkan berlangsung 19 - 23 September 2011.

Dengan lebih 120 buah persatuan mahasiswa termasuk persatuan-persatuan anak negeri (PAN), persatuan-persatuan mahasiswa fakulti (PMF), urusetia-urusetia Rakan HEPA, pertubuhan-pertubuhan khusus dan tidak ketinggalan persatuan-persatuan di bawah PMUKM, maka di sinilah ruang untuk rakan-rakan menyertai persatuan-persatuan terbabit secara rasmi.

Juga bertepatan dengan tema kepimpinan PMUKM pada sesi kali ini, "Bersama Mahasiswa Merealisasi Varsiti" maka Gabungan Mahasiswa UKM (GMUKM) komited mengajak untuk bersama-sama rakan-rakan mahasiswa dalam menjaya dan merealisasi cita-cita varsiti tercinta ini.

Saturday, September 17, 2011

Menjelang Minggu Pengenalan Persatuan Pelajar (M3P)


Minggu Pengenalan Persatuan Pelajar (M3P) Sesi 2011-2012 bakal membuka tirai bermula 19 September nanti sehingga 23 September 2011.
 
Bertempat di Pusanika dan fakulti-fakulti pengajian, antara aktiviti yang dijalankan adalah pameran-pameran dan sesi pendaftaran oleh persatuan-persatuan kelab dan urusetia di Universiti Kebangsaan Malaysia.

Juga terdapat persembahan kebudayaan dan multimedia, selain terdapat juga Pertandingan Pameran Terbaik yang dijalankan untuk menarik perhatian mahasiswa mendaftar dalam persatuan kelab/urusetia.

Friday, September 16, 2011

PRESIDEN PMUKM : Memaknai 16 September

Assalamualaikum wbt, salam sejahtera dan Salam Hari Malaysia.

Alhamdulillah bersyukur kita ke hadrat Illahi, kerana dengan izin dan limpah kurnia-Nya, kita dapat menyambut Bulan Kemerdekaan dan Hari Malaysia esok dengan penuh kebanggaan.


MEMAKNAI HARI MALAYSIA
Tanggal 16 September 1963, telah terbentuk sebuah negara baru di peta dunia yang diberi nama ‘Malaysia’ ; hasil gabungan negeri-negeri Tanah Melayu, Sabah, Sarawak dan Singapura.

Bertitik mula daripada pembentukan Malaysia yang berdaulat, kini negara kita pesat membangun dan telah mendapat pengiktirafan dunia sebagai salah sebuah negara yang maju di kalangan negara-negara membangun.

Kemerdekaan yang disambut juga seharusnya bukan sekadar mengibarkan Jalur Gemilang dan menyertai perarakan Merdeka.

Kemerdekaan yang diburu adalah kebebasan hati dan minda. Seharusnya masyarakat dididik dan dipupuk untuk melahirkan jiwa yang merdeka. Ia juga harus dihadami dan merangkumi segala aspek kehidupan, politik, ekonomi, moral dan masyarakat.

Maka dengan itu, marilah kita bersama-sama memaknai Hari Malaysia ini dengan memerdekakan sepenuh jiwa kita dari cengkaman dan kezaliman warisan penjajah demi membina negara yang aman harmoni antara semua bangsa.

Thursday, September 15, 2011

Syabas Sekretariat Pesta Konvokesyen UKM Ke-39 !

Gabungan Mahasiswa UKM (GMUKM) memuji kejayaan Sekretariat Pesta Konvokesyen pada sesi kali ini yang berjaya menarik ramai orang untuk hadir ke 'countdown events' menuju Pesta Konvokesyen UKM Ke-39 pada minggu hadapan.

Bermula pada waktu cuti semester yang lepas, Sekretariat Pesta Konvoskesyen telah bertungkus lumus mengadakan acara-acara 'countdown events' seperti Majlis Pelancaran & Penyampaian Watikah Sekretariat (3 Julai) , aktiviti 'Mass Marketing' (sepanjang bulan Julai), Hari Masyarakat Prihatin (17 Julai) selain terbaru program 'PC Carnival Campus Youth' sepanjang minggu ini dan 'UKM Konvo-LeRun MTB Mini Jamboree' yang dijadualkan 17 September (Sabtu) nanti.

MPP GM vs MPP Aspirasi ??



Gabungan Mahasiswa UKM (GMUKM) jelak dengan sikap MPP Aspirasi yang hanya tahu 'cakap belakang' dan kelihatan 'takut' berhadapan dengan MPP GMUKM.

Buktinya beberapa orang MPP Aspirasi gemar bertindak menarik diri daripada jawatankuasa program-program yang diadakan oleh PMUKM yang diterajui MPP GMUKM biarpun program yang dirancang merupakan program anjuran biro mereka.

Daripada maklumat oleh MPP GMUKM, MPP Aspirasi juga kelihatan tidak bersedia mengeluarkan idea-idea dan sumbangsaran dalam mesyuarat pelaksana program. Ini menyebabkan matlamat mesyuarat gagal dicapai dengan baik dalam mesyuarat-mesyuarat yang diadakan.

PMUKM sedia anjur program wacana

Saudara Mohd Abdullah bin Mohamaed Yusof yang juga merupakan MPP Kerusi Umum Tahun 3/4 merangkap Timbalan Presiden PMUKM ketika ditemui sejurus selepas DISRAMA berkata, di peringkat individu dirinya sendiri berasa amat kecewa dengan tindakan Kamal yang acap kali tidak hadir ke majlis seumpama itu.

" Sebagai pemimpin mahasiswa (dia) perlu hadir untuk mengutarakan wawasan dan gagasan Sekretariat yang beliau pengerusikan tersebut.

" Kita (GMUKM) tidak mahu dilihat sebagai pihak yang suka mencetuskan provokasi membuta-tuli. (Justeru) dengan penganjuran diskusi ini oleh KEMAS (Kesatuan Mahasiswa Sedar) perlu diambil peluang (dengan) bersungguh-sungguh.

" Di sinilah ruang untuk kita (pemimpin mahasiswa) bersama-sama mahasiswa, dekat dan selami permasalahan yang ada," ujar MPM Mohd Abdullah.

DISRAMA lancar !

Biarpun kekurangan seorang panelis saudara Kamal bin Ali selaku Pengerusi Sekretariat Aspirasi, siri Diskusi Rabu Malam (DISRAMA) yang membawakan tajuk Wacana Mahasiswa Baru - Satu Harapan tetap diadakan dengan jayanya.

Bermula agak lambat daripada yang dijadualkan kerana menunggu kehadiran panelis pertama, DISRAMA ini kemudian dimulakan kurang lebih pukul 9.15 malam tadi dengan dipengerusikan oleh saudara Izzat Fathi Hisham.


Wednesday, September 14, 2011

GMUKM sahut Diskusi Rabu Malam (DISRAMA)

Gabungan Mahasiswa UKM (GMUKM) sudah bersedia untuk berwacana bersama-sama mahasiswa khususnya pelajar tahun satu yang baru mendaftar pada pertengahan minggu lalu.

Kesempatan yang ditawarkan oleh Kesatuan Mahasiwa Sedar (KEMAS), ujar bakal panelis wakil GMUKM malam ini, saudara Mohd Abdullah dilihat sebagai satu peluang yang baik untuk menerangkan dasar-dasar GMUKM yang selama ini cuba dimanipulasi oleh pihak lawan.

Menurut Mohd, sudah acapkali pihak Aspirasi sengaja menafikan peranan dan kejayaan GMUKM dalam mencorakkan pembawakan Universiti untuk lebih berorientasikan mahasiswa.

Ugutan Buang Kolej Ulangi Taktik Lama Aspirasi

Gabungan Mahasiswa UKM (GMUKM) telah mendapat maklumat daripada Sekretariat Pesta Konvokesyen bahawa beberapa orang JAKSA dan 'orang kuat' kolej telah didapati mengugut beberapa orang mahasiswa baru tahun satu untuk tidak membabitkan diri dalam Pesta Konvokesyen UKM Ke-39.

Kelibat beberapa orang JAKSA dari sebuah kolej tersebut di aras atas bangunan Pusanika malam semalam dilihat agak terdesak dan menghairankan kerana mereka dilihat masih cuba membodoh-bodohkan mahasiswa baru dengan ugutan-ugutan 'nakal' walaupun Minggu Mesra Pelajar (MMP) sudah berakhir.

Tuesday, September 13, 2011

GMUKM Terima Undangan Wacana Diskusi Rabu Malam (DISRAMA)

Tengahari tadi Gabungan Mahasiswa UKM (GMUKM) baru sahaja menerima undangan untuk berwacana khususnya bersempena kemasukan mahasiswa baru ke UKM.

Saturday, September 10, 2011

Pembongkaran situasi sebenar di kolej

Gabungan Mahasiswa UKM (GMUKM) terpaksa mengambil tindakan mendedahkan ketidakadilan layanan dan penafian hak yang berlaku ke atas MPP GMUKM dan lebih penting di peringkat mahasiswa yang baru mendaftar tengah minggu ini.

Laporan ini merupakan antara sebilangan kecil maklumat-maklumat yang telah dikumpul dan sudah berada di tangan kami sebagai bukti dan akan didokumentasikan bersama-sama laporan pemantauan oleh Persatuan Mahasiswa UKM (PMUKM) dan bakal dibawa ke peringkat Naib Canselor dan Lembaga Pengurusan Universiti (LPU).

Pendedahan berikut juga sebagai bukti GMUKM tidak bermain-main dan sangat serius membawa masalah-masalah yang berlaku sepanjang Minggu Pendaftaran & Pengenalan Bulan Mesra Pelajar Sesi 2011-2012 yang akan menjadi rujukan dan 'benchmark' prestasi Pemudah Cara Kolej dan Pusat.

Friday, September 9, 2011

Di sebalik 'Slot Bersama PMUKM' disabotaj

Sebagaimana yang dijangka, walaupun hanya sekadar 15 minit peruntukan diberi berbanding tahun-tahun sebelumnya, Slot Bersama PMUKM pada petang tadi tetap cuba disabotaj.

Walaubagaimanapun usaha keji tersebut dilihat tidak menjejaskan objektif slot tersebut untuk memperkenalkan barisan kepimpinan PMUKM sesi ini.

Gambar Hiasan : Proses pendaftaran pada 7 September lalu

Isu Hangat Di Kolej Yang Sengaja Ditutupi

Kekecewaan GMUKM terhadap Minggu Mesra Pelajar (MMP) pada kali ini telah ditambah dengan beberapa buah perkhabaran oleh mahasiswa baru sendiri yang telah memaklumkan kepada Exco PMUKM melalui beberapa buah Perkhidmatan Pesanan Ringkas (Short Messaging Services - SMS).

Antara SMS yang sempat dikongsikan di kesempatan ini;

(a) " Tkut ttiggl brg kt blik.Pth blk kang kna mrh dgn kkk pc..Muke dh le xpnh snyum. Snyum kn xprlu kta ap2.. =) " [ Takut tertinggal barang dekat bilik(kolej). Patah balik karang kena marah dengan kakak PC. Muka dah la tak pernah senyum. Senyum kan tak perlu kata apa2 ] --> merujuk kepada sikap Pemudah Cara yang gagal berfungsi memudahkan cara proses orientasi, sebaliknya terlalu terbawa-bawa dengan sikap yang tidak profesional

(b) " btol ke orientasi ukm cani? u lain Xde cani. mcm bdk2 pn ader " [Betul ke orientasi UKM macam ini. Universiti lain tak ada macam ini. Macam budak-budak pun ada] --> merujuk kepada perjalanan MMP yang dilihat kebudak-budakan khususnya semasa berada di kolej.

(c) " abh komplen, nape kena mnta duit yuran lg. byr duit kelab mende lg? kelab asprsi ni kena masuk ke? awl2 dah kena pksa isi borag asprsi. tak phm lerr" [ Abah complaint, kenapa kena minta duit (tambahan) yuran algi. Bayar duit (untuk) kelab apa lagi? Kelab Aspirasi ni kena masuk (daftar) ke? Awal-awal sudah kena paksa isi borang (daftar) Aspirasi. Tak faham ler " --> merujuk kepada jarum-jarum doktrinisasi Aspirasi untuk masuk Aspirasi. Sedangkan Minggu Pengenalan Persatuan Pelajar belum lagi bermula.

Thursday, September 8, 2011

MMP : Minggu Mandulkan Pelajar ?

Minggu pendaftaran mahasiswa baru UKM dilihat tidak sepadan dengan namanya - 'Minggu Mesra Pelajar' malah dilihat lebih kepada 'Minggu Mandulkan Pelajar'.

Kenyataan kurang sopan ini terpaksa dizahirkan selepas pemantauan dan maklumat yang diperolehi daripada di kolej-kolej yang 'panas' mendapati pihak Pemudah Cara (PC) kolej sudah mula mendoktrin mahasiswa mengelak daripada didekati MPP GMUKM.


GMUKM Kesal Tindakan Tidak Profesional Pihak Kolej

Tindakan 'double standard' oleh sesetengah kolej kediaman terhadap PMUKM yang diterajui Gabungan Mahasiswa UKM (GMUKM) pada Hari Pendaftaran mahasiswa baru UKM semalam menimbulkan tanda tanya di kalangan mahasiswa.

Jika sebelum ini hak PMUKM telah dinafikan dalam organisasi Pemudah Cara Minggu Mesra Pelajar (MMP) pada kali ini, maka pada kali ini mahasiswa turut kebingungan apabila PMUKM pada sesi kali ini terus-menerus dinafikan hak untuk masuk melawat dan memantau perjalanan proses pendaftaran mahasiswa UKM.

Wednesday, September 7, 2011

PMUKM dianaktirikan dalam Minggu Mesra Pelajar

Gabungan Mahasiswa UKM (GMUKM) melahirkan kekecewaan apabila mendapat perkhabaran terbaru Exco-exco Persatuan Mahasiswa UKM (PMUKM) telah dianaktirikan dalam hari pendaftaran mahasiswa baru semalam di kolej kediaman.

Di kampus induk Bangi, terdapat dua buah kolej kediaman yang terang-terang menghalang MPP daripada masuk dan memantau proses perjalanan pendaftaran mahasiswa baru. Antara alasan yang diberi, mereka mendapat arahan daripada 'pihak atasan' bahawa tiada pihak lain selain Pemudah Cara (PC) kolej dibenarkan masuk ke kawasan kolej kediaman.

Manakala di kampus Kuala Lumpur, pihak pentadbiran Kolej Tun Syed Nasir (KTSN) enggan membenarkan mana-mana pelajar yang tidak ada di dalam senarai yang ada di pengawal keselamatan untuk masuk.

Tuesday, September 6, 2011

Selamat datang mahasiswa baru 2011-2012

Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera buat semua mahasiswa yang bakal mendaftar di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).

Pertama sekali saya selaku Pengerusi Gabungan Mahasiswa UKM (GMUKM) ingin mengucapkan setinggi-tinggi tahniah dan syabas di atas kejayaan saudara dan saudari mendapat tawaran melanjutkan pengajian di UKM bagi sesi pengajian 2011-2012.

Untuk makluman pada tahun ini sebanyak 41,267 buah tempat pengajian telah ditawarkan di 20 IPTA seluruh negara. Dan daripada jumlah tersebut hanya 2,860 buah tempat pengajian ditawarkan di 11 buah fakulti di UKM pada ambilan sesi kali ini.

Oleh hal yang demikian, saya secara peribadi amat berbangga di atas kejayaan saudara dan saudari yang bertuah kerana terpilih melanjutkan pengajian di universiti ketiga tertua di Malaysia selepas UM dan USM.

tvGMUKM

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

#Hashtag

#Hashtag

Moving Forward

Wajib Muat Turun !