Majlis Kepimpinan Utama GMUKM

Kompilasi Kejayaan Manifesto

Powered by Issuu
Publish for Free

Provinsi Ungu [Versi Online]

Powered by Issuu
Publish for Free

Wednesday, September 7, 2011

PMUKM dianaktirikan dalam Minggu Mesra Pelajar

Gabungan Mahasiswa UKM (GMUKM) melahirkan kekecewaan apabila mendapat perkhabaran terbaru Exco-exco Persatuan Mahasiswa UKM (PMUKM) telah dianaktirikan dalam hari pendaftaran mahasiswa baru semalam di kolej kediaman.

Di kampus induk Bangi, terdapat dua buah kolej kediaman yang terang-terang menghalang MPP daripada masuk dan memantau proses perjalanan pendaftaran mahasiswa baru. Antara alasan yang diberi, mereka mendapat arahan daripada 'pihak atasan' bahawa tiada pihak lain selain Pemudah Cara (PC) kolej dibenarkan masuk ke kawasan kolej kediaman.

Manakala di kampus Kuala Lumpur, pihak pentadbiran Kolej Tun Syed Nasir (KTSN) enggan membenarkan mana-mana pelajar yang tidak ada di dalam senarai yang ada di pengawal keselamatan untuk masuk.

GMUKM nyata kesal dan terkilan dengan tindakan tidak profesional yang diperlakukan kepada Persatuan Mahasiswa UKM (PMUKM) khususnya MPP GMUKM tersebut. Cakap-cakap di ruang laman sosial 'Facebook' oleh rakan-rakan mahasiswa mengatakan alasan tersebut sengaja diada-adakan untuk menghalang Exco PMUKM daripada menjalankan tugas-tugas memantau proses pendaftaran dan menjadikan imej PMUKM buruk kerana tidak peka dengan permasalahan yang berlaku pada hari pendaftaran semalam.

PMUKM juga sebelum ini telah dilantik sebagai AJK Kecil Pemantau Makanan, namun ironinya posisi tersebut telah dinafikan dengan tindakan kurang matang oleh Pemudah Cara di kolej semalam.

Bertepatan dengan fungsi dan peranan MPP yang digariskan di dalam Akta Universiti & Kolej Universiti (AUKU) 1971 Bahagian VI Peruntukan Am, Perkara 48

(10) Tujuan dan fungsi MPP ialah untuk:
(a) memupuk semangat hidup sebagai suatu perbadanan di kalangan pelajar Universiti;
(b) tertakluk kepada arahan Naib Canselor, menyusun dan menyelia kemudahan kebajikan pelajar di Universiti termasuk kemudahan rekreasi, aktiviti kerohanian dan keagamaan, dan pembekalan makanan dan minuman;
(c) membuat rayuan kepada Naib Canselor mengenai segala perkara yang berhubungan dengan atau berkenaan dengan keadaan hidup dan kerja pelajar Universiti;
(d) diwakili dalam mana-mana badan yang boleh, mengikut sesuatu Kaedah yang dibuat oleh Lembaga bagi maksud itu, dilantik untuk menjalankan aktiviti kebajikan pelajar di Universiti; dan
(e) menjalankan apa-apa aktiviti lain sebagaimana yang ditetapkan oleh Lembaga dari semasa ke semasa.

Justeru itu sebagaimana peruntukan di dalam AUKU tersebut, MPP khususnya PMUKM sebagai persatuan induk yang menaungi seluruh mahasiswa UKM perlu diberi ruang untuk menjalankan tugas sebagai perwakilan mahasiswa yang mendapat mandat daripada warga Universiti.

6 comments:

Kuro Syamito said...
This comment has been removed by the author.
muin said...

ape men remove2 komen ni, mana kebebasan bersuara!!!!

aifyque_169 said...

jgn melantangkan isu hak bersuara sekiranya kamu sendiri tidak memberikan hak bersuara kepada orang lain..

Dyanadirah said...

PMUKM dibenarkan masuk jika berpakaian rasmi PMUKM dan tag PMUKM.. Tapi bila bawa org lain selain daripada PMUKM, memang tak kan dibenarkan masuk. ini adalah arahan yang dkeluarkan.. sekian..

muin said...

aku tak pernah menghalang org nak bersuara, cume jgn tabur fitnah. ada masalah ke?

Hilman Idham said...

GMUKM SUDAH MENYOKONG AUKU!!!
CAYALAH!!!!
LEPAS NI JANGAN MENYALAK KATA AUKU TU PERATURAN HARAM OK!!!

Post a Comment

tvGMUKM

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

#Hashtag

#Hashtag

Moving Forward

Wajib Muat Turun !