Majlis Kepimpinan Utama GMUKM

Kompilasi Kejayaan Manifesto

Provinsi Ungu [Versi Online]

Sunday, January 4, 2009

PRK 15 Jan: GMUKM tekad hapuskan manipulasi HEP.


http://kacapermata.blogspot.com/2009/01/prk-15-jan-gmukm-tekad-hapuskan.html



Bangi, 3 Januari, kem jentera pilihanraya Gabungan Mahasiswa Universiti Kebangsaan Malaysia, GMUKM pada kali ini berhadapan tugas getir dalam menghadapi Pilihanraya Kampus yang disahkan akan berlangsung pada 15 Januari 2009.

Penantian Mahasiswa UKM untuk menyaksikan perubahan dalam Majlis Perwakilan Pelajar MPP PMUKM yang tertangguh tahun lalu akhirnya bakal terjawab apabila pihak HEP menyiarkan notis berkenaan dengan pengendalian PRK pada kali ini. Menurut notis yang disiarkan di beberapa tempat di fakulti-fakulti di UKM, tarikh penamaan jatuh pada 8 Januari manakala pengundian dilaksanakan seminggu kemudian, 15 Januari.

Dalam masa yang sama, seramai 159 orang Mahasiswa/I yang bakal menjadi calon dilaporkan mengikuti sebuah kursus yang dianjurkan oleh HEP di A’Famosa Resort, Melaka. Walaupun mendapat tentangan daripada Mahasiswa UKM, pihak HEP UKM tetap berdegil menganjurkan bengkel tersebut dan masih meletakkan kehadiran ke bengkel tersebut sebagai syarat wajib untuk menjadi calon.

Pihak HEP turut dilaporkan menaikkan kos bertanding bagi mana-mana calon yang akan bertanding dalam PRK 2009 nanti sebanyak 66% bagi wang deposit, dan 25% bagi setiap borang pencalonan. Peningkatan kos ini dolihat semata-mata ingin menyusahkan calon pilihan Mahasiswa kerana calon-calon Aspirasi mendapat tajaan daripada HEP dan KPT sendiri. Sumber daripada perwakilan pelajar di Universiti Utara Malaysia, UUM menyatakan bahawa setiap calon tajaan HEP dan KPT menerima wang saku sebanyak RM250 daripada UMNO, Barisan Nasional.

Namun begitu, kempen GMUKM tidak terjejas malah jurucakap GMUKM, saudara Hazman Abdullah menyatakan bahawa Mahasiswa UKM sudah lama menantikan perubahan yang ingin dibawa oleh GMUKM. Beliau melaporkan pihak HEP dan Aspirasi berada dalam keadaan terdesak sehingga terpaksa mengerahkan dan memaksa Mahasiswa tahun 1 untuk menjadi calon. Menurut salah seorang calon Aspirasi yang merupakan pelajar Fakulti Pengajian Islam/2, dia sebenarnya keberatan untuk menjadi calon. Namun dia terpaksa akur dengan arahan dan ugutan pihak HEP yang didakwanya juga didalangi konspirasi jahat dan sulit pihak KPT.

4 comments:

K@IZER UKM said...

BKN 159 LA...167 LA....

K@IZER UKM said...

korang nie..apa la..korang bkn nya ahli politik lg la..bt apa nak campur sgt benda nie..baik bt apa yg blh kita bt je..nie nak bt benda yg mustahil je..

Editor said...

terima kasih atas pembetulan. Dan terima kasih juga atas nasihat saudara. Tetapi kami berpandangan, Perkembangan tamadun manusia sebenarnya bermula daripada aktiviti memikirkan benda-benda yang jauh tapi mampu dilakukan.

Anonymous said...

saudara GM sekalian..saya masih tak paham...anda war-war kan yg anda semua perjuangkan Islam...tapi apa yg saya lihat..tiada cara2 Islam yg anda bawak...fitnah sana sini...

bukankah Islam mengajak kita dengan cara damai...

kalian rase dengan hapusnya auku dapat jadikan ukm universiti no 1 dalam malaysia??

Post a Comment

tvGMUKM

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

#Hashtag

#Hashtag

Moving Forward

Wajib Muat Turun !