Majlis Kepimpinan Utama GMUKM

Kompilasi Kejayaan Manifesto

Provinsi Ungu [Versi Online]

Friday, June 12, 2009

Artikel Menarik Minggu Ini. - Pandangan Pimpinan GMUKM

Pemimpin No 1 Malaysia, Dato' Seri Mohd Najib, menggagaskan konsep 1 Malaysia dalam pembawaan kerajaan pimpinan beliau. Di segenap pelusuk negara, ramai yang sibuk membahaskan perlaksanaan dan intipati konsep yang ingin dibawa oleh Kerajaan BN ini. Ikuti pandangan menarik Ustaz Mohd Idris Al-Hafiz, merangkap MPP Mahasiswa GMUKM.

SAYA SETUJU NAJIB LANCARKAN GAGASAN 1MALAYSIA BESAR-BESARAN


Seronok saya mendengar berita Dato' Seri Najib selaku Perdana Menteri Malaysia ingin melancarkan gagasan yang beliau bawakan di awal pemerintahannya iaitu "1Malaysia : Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan" secara besar-besaran. Saya pernah memberi pandangan ini dalam satu wacana yang saya ikuti di Tasik Cempaka, Bandar Baru Bangi berkaitan konsep 1Malaysia ini. Dalam wacana tersebut saya menyatakan betapa saya berharap agar Dato' Seri Najib dapat menyebar luaskan gagasan ini ke seluruh Malaysia.

Apabila Utusan Malaysia hari ini melaporkan bahawa gagasan 1Malaysia akan dilancarkan secara besar-besaran di Dataran Merdeka pada 27 Jun ini, saya merasakan sayalah antara orang yang gembira. Seolah-olah harapan saya selama ini menjadi realiti. Tahniah dan terima kasih saya ucapkan kepada Dato' Seri Najib dan kerajaan Barisan Nasional. Inilah yang saya nantikan.

Mungkin ada yang berbeza pandangan dengan saya, namun saya akan menerima dengan terbuka. Saya akan menjelaskan pandangan saya. Kajian yang dibuat, arus politik baru yang berlaku dan melaju pada hari ini bukan sahaja dari kekuatan Pakatan Rakyat. Namun, kuasa media alternatif merupakan salah satu faktor perubahan ini. Media baru telah menyebabkan rakyat membuka mata. Banyak perkara yang tidak didapati dalam media arus perdana namun media alternatif membongkarnya. Maka rakyat tidak mudah ditipu. Dulu rakyat ditipu secara senyap, tidak diketahui pucuk pangkalnya. Namun hari ini, rakyat tidak mudah ditipu kerana rakyat adalah hakim negara. Apabila, rakyat mendapat banyak maklumat, mereka tidak mudah ditipu. Mudahlah mereka memberi hukuman. Akibatnya, PRU 12 adalah hasilnya.

Walaubagaimanapun, tren ini masih belum menyeluruh kepada rakyat Malaysia. Masih ada yang belum mendapat maklumat secukupnya. Atas hakikat inilah terdapat rakyat di kawasan pedalaman yang masih belum berubah. Jadi, sekiranya Dato' Seri Najib dan pimpinannya ingin melancarkan gagasan beliau secara besar-besaran, saya sangat bersetuju. Harapan saya, biar sampai ke seluruh kawasan sama ada bandar atau luar bandar.

Mengapa saya berkata begitu? Sebelum ini rakyat tidak berubah kerana mereka ditipu secara senyap. Jika mereka ditipu secara terang-terangan, mudahlah mereka menghukum. Contoh mudah, dalam kisah Madu Tiga, isteri pertama dan kedua tidak sedar bahawa P Ramlee telah berkahwin lagi kerana beliau 'pandai bersilat' dan menipu secara senyap. Bayangkan sekiranya P Ramlee memberitahu bahawa dia tidak bermain kayu tiga atau berpoligami, dalam pada masa yang sama tangannya memimpin seorang perempuan. Sudah pasti isteri tuanya tidak mempercayainya kerana jelas bahawa P Ramlee menipu secara terang-terangan. (sekadar contoh, bukan bermakna saya menolak poligami yang ada dalam Islam)

Jadi, pandangan saya biarkan rakyat ditipu secara terang-terangan. Biar mereka bertindak sebagai hakim negara dengan bukti-bukti kukuh. Benarkah Dato' Seri Najib boleh membawa 1Malaysia sedangkan UMNO masih bertapak. Dato' Seri Najib ingin membawa 1Malaysia sedangkan UMNO masih berminat bermain dengan perjuangan dan membakar isu perkauman. Pada pandangan saya, Dato' Seri Najib mungkin boleh membawa gagasannya dengan syarat UMNO mesti dikuburkan.

Biar rakyat tahu benarkah rakyat didahulukan dalam pemerintahan Dato' Seri Najib? Ujikaji pertama di awal pemerintahannya sudah membuktikan sebaliknya apabila kemahuan rakyat di Perak yang inginkan kerajaan negeri yang kukuh dengan mengadakan pilihanraya Dewan Undangan Negeri Perak semula tidak diutamakan. Tidak mengapa, kita tengok apa pula lepas ini. Biar rakyat menjadi hakimnya.

Biar rakyat lihat, benarkah prestasi diutamakan dalam kepimpinan Dato' Seri Najib? Sedangkan ujikaji di awal pemerintahannya juga menunjukkan barisan menterinya di kalangan mereka yang boleh diragui integritinya. Prestasi kehakiman dan keselamatan di Malaysia juga dapat dinilai benarkah slogan ini? Tidak mengapa, kita tengok apa pula lepas ini. Biarkan juga rakyat menjadi hakimnya.


Saya amat yakin, perlancaran secara besar-besaran gagasan ini akan mempercepatkan lagi proses transformasi Malaysia. Biar rakyat ditipu secara terang-terangan kerana mereka adalah hakim negara. Kumpulkan segala bukti-bukti. Berikan hukuman selayaknya. Saya sangat optimis akan kesannya kerana kebanyakan ahli akademik yang saya temui juga menyatakan pandangan mereka bahawa slogan dan gagasan ini masih kosong. Tidak mengapa, kita tengok apa pula lepas ini. Biarkan rakyat menjadi hakimnya. Kita tidak lupa kepada isu PPSMI, ISA dan lain-lain lagi. Ahli akademik juga rakyat. Ahli politik juga rakyat. Saya dan pembaca juga rakyat. Maka kumpulkan bukti-bukti dan nantikan apa hukuman kita nanti.

Baca dari laman beliau di sini.

12 comments:

Mathematician said...

Saya telah membaca di laman Mohd Idris dan ini komen saya:

"Komen yang sempit dari penulis - samada tulisan blognya, mahupun komen balasnya. Tulisan anda tidak mencerminkan seorang mahasiswa yang berfikiran jauh dan mempunyai pembacaan luas. Sila tambah pembacaan anda di Perpustakaan Tun Seri Lanang dan buatlah penilaian secara kritis. Belajarlah berterima kasih sesama manusia, terutamanya kepada mereka yang telah banyak membantu kemudahan untuk anda menimba ilmu di UKM - seperti biasiswa/PTPTN, prasarana, tenaga pengajar dan sebagainya. Atau mungkin tenaga pengajar di UKM tidak pernah mengajar pelajarnya bagaimana untuk berterima kasih?"

ahli hisab said...

ni mesti nak doktrin bersyukur pada manusia..
sedara, diorang(umno) bagi duit dgn prasarana skit je padahal.. yg diorang amik dari rakyat lagi banyak... sedara pun kena luaskan pembacaan dan kaji asal-usul sedara ni.. Paku dulang paku serpih....

lulu said...

tu duit rakyat lah~ segala prasarana dan sbgainya adalah tggungjwb pihak kerajaan yg memerintah.. apakah kerajaan itu berhak utk selama2nya memerintah spnjg hayat? apakah dengan segalanya itu kita harus menutup mulut jika perkara batil berlaku??????

Hilman Idham said...

Salam hormat,

Saya punyai beberapa kritik juga pandangan yang sedikit berbeda. Tahniah dan syabas buat YAB Dato' Seri dengan idea 1 Malaysia. Namun, pada pandangan saya semua ini tidak lebih dari slogan politik. Saya rangkumkan kesemua idea dan gagasan baru Dato Seri. Kita harus ingat bahawa setiap tesis pasti ada anti tesisnya. Dan setiap aksi akan ada reaksinya.

Menurut bacaan politik: Transformasi adalah reaksi daripada slogan refomasi, begitu juga dengan 1 Malaysia adalah natijah daripada anak melayu anak saya, anak cina anak saya, anak india anak saya. Ini semua adalah hasil keberlangsungan politik baru yang mana idea dan gagasannya harus rentas kaum, demokrasi tulen dan pembaharuan dan pembaikan.

Ya benar. saya tidak nafikan bahawa idea 1 Malaysia adalah idea yang baik dan paling bernas buat masa dan situasi hari ini. Saya juga mahu memberi credit kpd gagasan 1 Malaysia jika benar berjaya. Tapi soalnya, saya hanya melihat idea ini pada garisan struktur dan rangka masyarakat. Idea ini belum benar-benar dirakyatkan. Lihat sahaja struktur dan sistem pemberian biasiswa JPA, dan pengambilan pelajar ke IPTA dan lain-lain. Apakah struktur ini mampu mengubah isi atau substances dalam masyarakat.

Politik Malaysia adalah politik elitis yang tidak pernah saya lihat mencakupi masalah rakyat bawah. Begitu juga dengan slogan kerajaan selangor dengan tema "Merakyatkan Ekonomi". Ini semua slogan-slogan gundik yang saya tidak percaya kerana belum adalah keberhasilan secara terus atau direct kepada rakyat.

tq

Mathematician said...

Kenapa kira belanja prasarana sahaja? Kenapa tak dimasukkan sekali belanja pengurusan - termasuklah gaji kakitangan, biasiswa dan lain-lain? Kalau semua itu diambil kira dan dihisab terlebih dahulu secara mendalam, rasanya saudara ilmu hisab tidak akan mengeluarkan kenyataan secetek itu (lalu mengakui dirinya ahli hisab!).

Memang benar itu duit rakyat, tapi siapa yang menguruskannya? Lain pengurus, tak mungkin malaysia sampai ke tahap ini. Ketika kita menyalahkan pemimpin kerana tak berupaya menjadikan Malaysia semaju Korea, tanya diri kita juga adakah kita serajin rakyat Korea.

Tulisan saya tidak mencerminkan pandangan bahawa kerajaan ini (BN) mesti bertakhta selama-lamanya kalaupun ia membuat kesalahan yang melampau seperti kerajaan pakatan rakyat di Perak. Saudara lulu pernah ambil subjek analisis? Saya rasa pelajar UKM mesti membaca lebih banyak bahan ilmiah, tanpa bias dalam pemilihannya supaya mampu membuat analisa yang lebih kompleks.

pragmatic said...

allow me to comment on the postings by mathematician.

i need to establish certain facts. like any other students, you and me are malaysians. we are ukm students. our parents pay taxes. the funding of ptptn, university places, lecturers salaries and facilities in ukm are sourced from the government (our parents taxes).

so, it is our rights to enjoy these benefits. imagine you are buying groceries from shop. you make the payment and the shopkeeper allows you to take the goods. there is exchange of benefits. you get his goods, he gets your money. must you be grateful? of course no, you still say thank you out of courtesy and not because the shopkeeper has do you a favour.

it is our inherent rights to enjoy all the benefits as mentioned above. the government can't deny these rights.

we need to differentiate 'thank you' between our rights and a favour. the government is giving us our rights, not doing us a favour. any comments?

pragmatic said...

now, allow me to comment on the article of 1malaysia. until now, i still don't know the true meaning of 1malaysia. can anyone please guide me on where i can obtain info? what 1malaysia is trying to achieve? what is the time frame? what are the methods to evaluate its rate of success? who are the interest parties or stakeholders?

1malaysia, rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan. how to dahulukan rakyat? what pencapaian to diutamakan? if najib can't answer this question, then 1malaysia is mere rhetoric.

anyone can enlighten me?

Editor said...

I firmly agreed with pragmatic,

firstly is to apply the concept of equality beyond the difference of races, political views, economical status, as well as religion.

next, is to establish the beauty concept of "give n take" among all entities in this country...

I strongly believe that, this is the crucial problem that needs speedy solution towards 1 Malaysia..

for pragmatic i suggest u 2 visit
1. http://pmr.penerangan.gov.my

2. http://themalaysianinsider.com/index.php/opinion/wan-hamidi-hamid/23613-1-malaysia-untuk-semua

or simply type "konsep 1 malaysia"..

from my few readings, i found that it is true that Malaysians needs this concept to be applied ASAP, but i also found that Najib is not more than a failure loser(at the same time, for his best for the sake of others).

My conclusion, He might need a new cosmetic..

pragmatic said...

to editor. thanks for the suggestion. i have surfed the websites. i only see the concept and vision. but i don't see the methods to achieve it at all.

compare 1malaysia with new economic policy. we as rakyat know the actions taken to achieve nep (although nep is only partly successful). we have the charts, statistics, facts, assessment etc to measure it. this is what i wish to know. not mere concepts and rhetorics.

isn't najib has koh tsu koon as key performance minister? he supposed to outline the indicators to measure the performance of the government, right? do the same to 1malaysia first. no need to be long term. draft out for 1 year first. see whether in particular, the progress of the element of meritocracy as stated in 1malaysia. need to create a report card like a student. then only we can see.....

pragmatic said...

just like obama's troubled asset relief program (tarp) 700 billion to bail out financially distress companies. the americans can see clearly the objectives, targeted companies, stakeholders, source of funds, how much spent so far, rate of success, periodical assessment and etc. everything is clear, transparent and accountable.

can 1malaysia do that? kindle enlighten me....

pragmatic said...

if i may elaborate more. when we draft out a policy, objective or goal, we use the SMART formula
S - Specific,
M - Measurable,
A - Achieveable,
R - Realistic, and
T - Time Bound

I don't see any of it in 1malaysia. just a mere concept or political rhetoric. agree or disagree??

Editor GMUKM said...

hear! hear!

guess what, our beloved Deputy President of PMUKM also would to apply this concept in UKM read this..
http://sarfa.blogspot.com/2009/06/konsep-1-ukm-1-keluarga-dalam-pc-mmp-09.html

Post a Comment

tvGMUKM

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

#Hashtag

#Hashtag

Moving Forward

Wajib Muat Turun !