Kuala Lumpur, 9 Jun - Kerajaan perlu membuat penelitian yang serius sebelum membuat keputusan berhubung jumlah mata pelajaran bagi Sijil Pendidikan Malaysia, SPM. Sebarang tindakan perlulah mengambil kira semua faktor terutamanya berkaitan dengan masa depan dan perkembangan minda pelajar-pelajar.
Kerajaan tidak perlu terburu-buru untuk membuat keputusan kerana sebarang perubahan akan memberikan kesan terhadap perkembangan ratusan ribu pelajar. Dengan mengambil contoh perlaksanaan Program Pengajian Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris, PPSMI adalah iktibar terbaik yang perlu dijadikan pengajaran.
Alasan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, untuk membolehkan penumpuan terhadap subjek teras adalah alasan yang lemah sama sekali. Beliau juga dipetik sebagai berkata, "langkah ini membolehkan pelajar menggunakan masa untuk membina kreativiti dalam bidang kokurikulum, sukan, dan aktiviti luar sekolah," sambil membuka ruang untuk cadangan daripada pelbagai pihak berhubung isu yang sama.
GMUKM.blog memuji langkah Muhyiddin untuk membuka ruang perbincangan, namun pandangan rakyat serta para guru perlu dijadikan sumber utama dalam membuat keputusan. Kerajaan yang duduk di "kayangan" pasti tidak akan mampu menyelami perasaan rakyat yang merasai sendiri kesan akibat perubahan yang dibuat oleh mereka yang di atas "kayangan".
Faktor kelemahan dalam subjek teras perlu diselesaikan melalui kajian semula sistem pengajaran dan silibus yang digunakan. Kefahaman pelajar tetap akan berada di tahap lama sekiranya perubahan tidak dibuat ke atas subjek teras tersebut.
Tambahan pula, sistem pendidikan negara pada ketika ini sangat memerlukan rombakan dasar secara lebih menyeluruh berbanding dengan hanya mengehadkan jumlah mata pelajaran. Jika kerajaan bersungguh-sungguh mahu membuat perubahan, maka perubahan pertama adalah mengkaji semula sukatan setiap mata pelajaran, kompetensi mata pelajaran, dan juga kompetensi pelajar itu sendiri.
Sistem pendidikan negara pada ketika ini dilihat gagal menyelesaikan pelbagai isu terutamanya perkembangan sahsiah dan rohani pelajar-pelajar. Selain menyumbang kepada peningkatan masalah sosial, sekolah-sekolah sudah tidak lagi menjadi tempat yang selamat apabila pelbagai jenayah dilaporkan berlaku di sekolah sendiri.
Perubahan yang ingin dilakukan mestilah mengambil kira semua faktor ini supaya dapat mengembalikan maruah institusi pendidikan negara setelah "dicabuli" Bahasa Asing yang membebankan dan menyusahkan.
3 comments:
Yea I dun agree too.Why do they limit the subjects??I really can't see how is this helping the current situation.
I think they should just raise up the bar and don't be too lenient in giving marks.Bcecause that's how we do it in universities.As of right now,I think school are just a joke.Not an easy task to make the school leavers to be university ready.
-bdk UKM-
Pada pendapat saya menghadkan mata pelajaran spm adalah langkah yg baik.ini kerana kebanyakan budak sekolah zaman sekarang ni berlumba2 nak ambil subjek yg banyak untuk mendapat bilangan A yg banyak.kalau tidak dihadkan xmustahil suatu masa nnt ada pelajar yg mendapat 301A then xtahu hala tuju slps SPM.kebanyakan dari kita mmg belum nampak masa depan slps kita hbs SPM.so bila pelajar itu dah diberi panduan sblm mengambil SPM,lebih mudah mereka menetapkan haluan yg boleh dipilih di menara gading.dari segi bilangan A,apa yg penting kualiti,bkn kuantiti.merujuk ttg PPSMI,saya sangat bersetuju sbnrnya.semoga ia dikekalkan apabila keputusannya dikeluarkan oleh kerajaan kelak.
-ajkd PK31-
mm. Apa masalahnya dengan banyak A?? lagi banyak A sepatutnya lagi "banyak" masa depan..
AJKD PK31, bleh tolong terangkan apa baiknya dgn PPSMI ni??
Knapa tak ubah pendekatan penddikan BI kalau nak mantapkan BI?? sebelum ada PPSMI ni pun ramai org Malaysia yg cemerlang dlm dan luar negara.. kenapa nak diagungkan bahasa penjajah.. Yang penting ilmu, bukan bahasa.. komunikasi PnP perlu kepada bahasa pengantara yg mudah difahami..
Post a Comment