Majlis Kepimpinan Utama GMUKM

Kompilasi Kejayaan Manifesto

Provinsi Ungu [Versi Online]

Friday, July 31, 2009

ADAKAH PTPTN CUKUP?

Tujuan PTPTN adalah untuk membantu mahasiswa membiayai sepenuh atau sebahagian yuran pengajian dan juga kos sara hidup di sepanjang tempoh pengajian mereka di IPT.

Baru-baru ini, saya telah berbincang isu tersebut dengan seorang rakan saya yang berasal daripada keluarga yang berpendapatan sederhana. Beliau berpendapat bahawa mahasiswa sepatutnya bersyukur dan berterima-kasih kepada kerajaan kerana PTPTN telah membantu mahasiswa untuk menyelesaikan masalah kewangan. Saya bertanya: Adakah kamu meminjam PTPTN? Beliau kata tidak. Saya tersenyum dan beritahu rakan saya itu bahawa beliau tidak tahu kesusahan mahasiswa yang meminjam PTPTN.

Sebenarnya, PTPTN adalah tidak cukup terutamanya bagi mahasiswa yang berasal daripada keluarga yang berpendapatan sederhana dan rendah. Seseorang mahasiswa boleh dapat lebih kurang RM2000 satu semester selepas potong yuran pengajian. Maksudnya, RM2000 adalah untuk perbelanjaan kos sara hidup untuk satu semester iaitu 4-5 bulan. Adakah kamu pernah kira? Perbelanjaan untuk makanan( sarapan, makan tengahari, makan malam), perbelanjaan untuk sewa rumah/kolej, perbelanjaan untuk kenderaan, perbelanjaan untuk bil? Tambahan lagi mahasiswa yang diarahkan untuk menyiapkan tugasan-tugasan mereka dengan komputer menyebabkan mereka terpaksa membeli lap top. Mana ada duit? RM2000 itu cukup? Bagaimanakah seorang mahasiswa yang berasal daripada keluarga yang berpendapatan sederhana atau rendah boleh menyara diri terutamanya pada era krisis ekonomi ini?
Kebanyakan mahasiswa di universiti terutamanya universiti tempatan di negeri Selangor bergantung kepada FAMA Bank( Father Mother Bank). Bagi mereka yang tidak mendapat bantuan kewangan daripada ibu bapa, mereka terpaksa meminta bantuan daripada universiti, ataupun cari kerja(kebanyakan mengajar tuisyen dan kerja part time Sabtu dan Ahad) untuk menyara diri. Terdapat mahasiswa yang jimat juga. Mereka makan sekali sahaja satu hari: nasi + telur dadar + sup tom yam= RM2.00.

Sebaik sahaja mahasiswa tamat pengajian, sudah tentu mereka akan cari kerja. Kebanyakan mahasiswa boleh mendapat gaji lebih kurang RM1800. Kalau kira dengan teliti, masih tak cukup duit untuk menyara diri, dan mereka berhutang kepada kerajaan duit PTPTN berpuluh-puluh ribu ringgit! Lebih-lebih lagi bagi mahasiswa yang menganggur. Kalau mereka terpaksa menyara keluarga lagi?

Adalah tidak senang bagi seseorang anak daripada sesebuah keluarga yang berpendapatan sederhana atau rendah masuk ke universiti. Semestinya keluarga tersebut menaruh harapan yang tinggi kepada anak mereka itu. Akan tetapi, mereka tidak sangka anak mereka bukan sahaja tidak dapat menyara keluarga, tetapi menyara diri pun menjadi satu masalah, tambahan lagi anak mereka kena membayar hutang PTPTN dengan faedah.

Saya tidak tahu kenapa media suka memburuk-burukkan mahasiswa . Ada yang mengatakan bahawa PTPTN mahasiswa adalah lebih daripada yang cukup. Ada yang mengatakan bahawa mahasiswa suka menggunakan wang PTPTN untuk membeli-belah, dating dan lain-lain. Saya pasti, mahasiswa yang dimaksudkan itu, mahasiswa yang kaya, atau mahasiswa yang bekerja part time. Sudah pasti, mahasiswa berasal daripada keluarga yang kaya tiada masalah membeli-belah, tetapi bagi mahasiswa yang berasal daripada keluarga yang miskin? Duduk rumah makan Maggie sahaja.

Pendidikan adalah perkara yang paling asas dan penting di sesebuah negara. Kos pendidikan sepatutnya ditanggung oleh negara. Bagaimana mahasiswa dapat fokus kepada pelajaran jika menghadapi masalah kewangan? Bagaimanakah seseorang itu boleh berkhidmat dan menyumbang kepada negara jika dia menghadapi masalah kewangan? Adakah patut kita bersyukur atau patutkah kita memperjuangkan hak yang kita sepatutnya ada? Adakah sampai masa kerajaan mempertimbangkan polisi dan dasar mereka? Fikirkanlah

Chris Kooi Wei Kit
Pemimipin GMUKM
http://chriskooiweikit.blogspot.com

Thursday, July 30, 2009

Himpunan Rakyat


UMNO Masuk Kampus.

Bangi, 30 Julai - Pengerusi Gabungan Mahasiswa Universiti Kebangsaan Malaysia (GMUKM), Hisyamuddin Che Ali memohon penjelasan daripada pihak pentadbiran UKM di atas penganjuran forum yang akan berlangsung pada 1 Ogos ini.

Forum yang bertajuk “Mengangkat Martabat Bangsa” tersebut mencetuskan tanda tanya apabila ianya dianjurkan oleh UMNO bahagian Serdang dan menggunakan dewan yang mulia, Dewan Canselor Tun Abdul Razak (DECTAR).

GMUKM menuntut penjelasan daripada pihak pentadbiran dan juga pihak Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) berhubung penganjuran program tersebut yang dilihat tidak professional dan berat sebelah.

KPT terutamanya perlu mengambil tindakan sewajarnya ke atas Tan Sri Dato’ Seri Prof Dr. Ibrahim Abu Shah kerana secara terang-terangan menghadiri program yang bersifat politik sedangkan dalam masa yang sama beliau merupakan Naib Canselor UiTM.

Didakwa hal tersebut bertentangan dengan Akta Universiti dan Kolej Universiti di bawah KPT sendiri, yang melarang kakitangan universiti daripada menyertai mana-mana pergerakan politik di Malaysia.

Beliau sendiri sudah beberapa kali terlibat secara langsung dalam program anjuran UMNO Barisan Nasional sebelum ini.

Menurut maklumat yang diterima, hebahan mengenai program ini bukan sahaja berlaku di luar kampus malah aktiviti hebahan juga rancak berlaku di dalam kampus melalui risalah dan poster yang ditampal di merata-rata tempat di sekitar kampus berkenaan.

Parti politik tersebut juga didakwa bukan sahaja memperalatkan universiti untuk kepentingan politik, malah turut mengheret mahasiswa dan kakitangan universiti untuk menyokong ideologi parti politik tersebut.

Dipercayai pertikaian timbul apabila program ini bukanlah anjuran mahasiswa sebaliknya dianjurkan oleh UMNO bahagian Serdang sedangkan sebelum ini satu forum pernah dianjurkan oleh Mahasiswa sendiri di Fakulti Sains dan Teknologi yang membariskan pemimpin kerajaan dan pembangkang tetapi telah diganggu oleh pihak pentadbiran universiti.

Hisyamuddin menyatakan, program tersebut sebenarnya diadakan untuk menghalang mahasiswa daripada turun untuk menyertai himpunan membantah akta zalim ISA yang akan diadakan pada tarikh yang sama.

Dalam pada itu, hebahan yang dilakukan secara meluas di dalam kampus yang menjemput semua mahasiswa mahasiswi untuk hadir ke program tersebut.

Flyers yang diedarkan dari bilik ke bilik di kolej-kolej kediaman juga ditemui.

Gabungan mahasiswa tersebut menasihati pihak kementerian dan pentadbiran universiti sewajarnya bertindak lebih profesional dan tidak bias terhadap ideologi politik UMNO semata-mata dan tidak menjadikan universiti sebagai instrumen politik mereka.

Mereka juga berpendapat bahawa Pakatan Rakyat juga seharusnya diberikan ruang yang sama rata supaya pemikiran mahasiswa lebih terbuka dan mampu membuat penilaian sendiri yang dirasakan terbaik untuk diri mereka.

Tuesday, July 28, 2009

KTSN ditutup seminggu kerana wabak H1N1




27 Julai, Kolej Tun Syed Nasir – Kebimbangan wabak H1N1 menular di UKM menjadi satu kenyataan apabila Kolej Tun Syed Nasir (KTSN) ditutup selama seminggu bermula semalam. Bermula kira-kira pukul 6 pagi, notis pengumuman arahan penutupan KTSN (UKM Kampus Kuala Lumpur) telah dikeluarkan atas arahan Jabatan Kesihatan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.



Dilaporkan juga bahawa seramai 50 mahasiswa disyaki mengalami simpton wabak ini yang telah membunuh 2 orang di Malaysia pada hari ini. Menurut seorang wartawan GM cawangan KL yang dihubungi telah menyatakan bahawa wabak maut ini mungkin merebak ke UKM Bangi kerana pada malam sebelum penutupan kolej ini, kelihatan MPP Aspirasi yang berkunjung ke kampus itu. Beliau tidak menolak kemungkinan bahawa mungkin UKM Bangi akan ditutup tidak lama lagi kerana virus ini boleh merebak melalui jangkitan tempatan.




Friday, July 24, 2009

Perutusan Mahasiswa Lantang Negara

Tahniah Dan Selamat Datang!

Terlebih dahulu, GMLN ingin mengucapkan tahniah dan selamat dating kepada semua Mahasiswa Baru UKM, bagi sesi pengajian 2009/2010 ke bumi bertuah UKM ini. Anda merupakan generasi yang bakal menyambung perjuangan kami untuk memartabatkan kembali budaya keilmuan dan pembangunan Mahasiswa di menara gading ini.

Justeru, kita perlu menghayati setiap saat dan waktu yang berlalu sepanjang keberadaan kita di UKM ini, agar setidak-tidaknya kita tidak tergolong di kalangan mereka yang mensia-siakan peluang keemasan mencabar sambil belajar. Berawaslah supaya kita tidak terjebak ke kancah kemusnahan dan tergolong di dalam kelompok yang menghancurkan budaya keilmuan dan meranapkan impian murni falsafah penubuhan UKM.

Kesuraman Gerakan Mahasiswa

Suasana kampus pada ketika ini boleh dikatakan terlalu suram. Walaupun usaha menghidupkan keceriaan “Student Power” masih berlaku dan diteruskan, namun sambutan Mahasiswa secara keseluruhan terhadap aktiviti dan isu yang diperjuangkan masih hambar dan menakutkan. Keadaan ini melanda hampir kesemua universiti lebih-lebih lagi UKM.

Mahasiswa sepatutnya aktif berpencak di dalam dan di luar bilik kuliah. Sentiasa hidup dan subur dengan idea yang bernas, manifestasi kefahaman melalui tindakan yang bersepadu seterusnya bergerak menjadi agen perubahan dalam masyarakat. Mahasiswa sepatutnya bertindak sebagai mesin yang menggerakkan masyarakat.

Namun, Mahasiswa bukan sahaja gagal menyelesaikan masalah masyarakat, bahkan mereka sudah gagal untuk mempertahankan hak mereka sendiri. Bagaimana ingin disandarkan harapan untuk membaikpulih masyarakat sekiranya pemikiran mereka sendiri turut teruk terjejas dek kerakusan pemerintah mencipta dasar yang karut serta merugikan bangsa, agama dan Negara.

Masalah Kebajikan Yang Tidak Pernah Selesai

Isu kebajikan Mahasiswa sebenarnya sudah sekian lama dibiarkan tanpa penyelesaian. Tiada sebarang usaha yang bersungguh-sungguh untuk bangun menyelesaikan masalah kebajikan ini. Berpunca daripada sikap acuh tidak acuh Mahasiswa terhadap penindasan yang menimpa mereka, di tambah pula dengan sikap negatif sesetengah pentadbir kolej dan universiti juga kroni yang dilantik sebagai JAKSA dan PMUKM menyebabkan tiada Mahasiswa yang berani memperjuangkan hak masing-masing. Sebagai Mahasiswa, kita sebenarnya adalah pelanggan yang perlu ditunaikan haknya. Kita membayar duit yuran yang sangat mahal, maka sebagai balasan pihak bertanggungjawab perlu memberikan layanan yang sewajarnya dan cocok dengan nilai yang kita bayar.

Sebagai Mahasiswa, selepas memperolehi segulung ijazah, kita akan memasuki dunia yang penuh mencabar. Kitalah yang akan bertindak menggantikan kepimpinan Negara di pelbagai sektor dan peringkat pada masa depan. Justeru, keupayaan untuk memimpin perlu bermula dari sekarang. Langkah terawal ialah memimpin diri sendiri dan berjuang untuk mendapatkan apa yang sepatutnya kita punyai.

Keraguan Konkrit ke atas SPKG

Akibat daripada kelesuan Mahasiswa, pentadbir Universiti dilihat menggunakan peluang yang ada untuk mengenakan pelbagai dasar yang karut-marut. Sistem Penilaian Kompetensi Generik (SPKG) misalnya, sangat diragui tujuan dan keberkesanan perlaksanaannya di UKM. Daripada 100 orang pelajar tahun 2 yang ditemui, hanya 30% yang berjaya mendapatkan keputusan SPKG masing-masing. 40% gagal membuat semakan kerana penilai mereka tidak memasukkan markah. Bakinya langsung tidak tahu-menahu mengenai keputusan SPKG masing-masing.

Keraguan yang dicetuskan oleh majority Persatuan Mahasiswa yang ada di UKM pula mempertikaikan aspek pemarkahan sistem ini apabila ianya terlalu berat kepada kolej yang diketahui umum dikuasai oleh Aspirasi-TSB. Keraguan terhadap penilaian ini ada asasnya apabila semakin ramai Mahasiswa yang cenderung untuk terikat dengan aktiviti di Kolej berbanding memilih secara bebas persatuan yang mereka sukai.

Pentadbiran Universiti bukan sahaja gagal memberikan penerangan yang jelas dan tuntas mengenai SPKG ini, malah mereka juga gagal memastikan SPKG ini dilaksanakan dengan baik tanpa menjejaskan nilai-nilai keintelektualan Mahasiswa. Ramai meramalkan, SPKG ini hanya akan merobotkan Mahasiswa serta memperlekehkan budaya mencabar di universiti.

Pentadbir yang Bersikap Popularis dan komersialis

Walaupun Mahasiswa bersalah kerana kelesuan mereka, namun pentadbir juga sebenarnya adalah penyumbang saham terbesar dalam usaha menghancurkan masa depan Mahasiswa di UKM ini. Hal ini terjadi apabila sesetengah pentadbir hanya memikirkan mengenai soal nama, untuk meraih sebanyak mungkin populariti. Mereka terlalu berkejar-kejar untuk mendapatkan nama, dengan alasan kononya ingin menjaga status. Tidak kurang ada yang menganggap profesion sebagai pentadbir ini ibarat industry untuk mengaut keuntungan. Apabila sikap materialistik ini meracuni jiwa dan minda mereka, natijahnya lahirlah peraturan dan sistem yang menjerut Mahasiswa.

GMLN yakin, majoriti kakitangan akademik yang terdiri daripada pensyarah-pensyarah di UKM sebenarnya merasai kelesuan yang terdapat pada Mahasiswa semasa di dalam kuliah. GMLN turut yakin bahawa Bumi UKM ini sudah lama menagih bakti dan budi Mahasiswa untuk berpencak menyuburkan suasana keilmuan di UKM ini.

Bersatu Berubah!!!

Tiada guna kita terus menyesal dan mengeluh menangisi hari-hari lalu yang tidak akan kembali. Yang lepas kita jadikan pengajaran untuk menghadapi hari muka dengan kesungguhan. Bulat tak datang bergolek, pipih tak terbang melayang. Kita tidak perlukan omongan kosong, apalagi jeritan kalau sekadar dilepaskan di hati. Mahasiswa perlu bangkit menjernihkan kembali keadaan. Kita bertanggungjawab memastikan sinar harapan terus menyinar di UKM.

Hindarkan dari segala prejudis, hapuskan segala hasad dengki, dan hindarkan dari sebarang hipokrasi. BERSATU UNTUK MENGUBAH DAN BERUBAH!!

Thursday, July 23, 2009

MPP GM Turun Padang di Pusanika Jam 11.30 pagi ini

BANGI: Dalam kerancakkan minggu pengenalan persatuan di Pusanika yang sedang berlangsung sekarang, Majlis Perwakilan Pelajar GMUKM hari ini akan turun padang untuk melawat pameran persatuan dan bermesra dengan mahasiswa.


Minggu Pengenalan Persatuan merupakan program yang diadakan saban tahun bagi membolehkan mahasiswa untuk mendaftar dalam persatuan-persatuan sama ada Persatuan Anak Negeri, Kelab mahupun Urusetia di bawah HEP.


Lawatan tapak MPP GMUKM dijangka akan bermula jam 11.30 pagi dan akan berada di Pusanika kira-kira 1 jam.


MPP Umum Tahun 3, Saudara Fikah Sanusi ketika dihubungi berkata, beliau dan MPP GM lain akan melawat tapak-tapak pameran persatuan untuk menyuntik semangat mereka yang terlibat dalam persatuan di UKM.


Manakala MPP Fakulti Undang-Undang, Saudara Phoon Kar Liang, berkata lawatan itu adalah untuk mendengar permasalahan yang dialami oleh persatuan.

Sebelum ini kecoh dengan sikap Aspirasi yang menyebarkan propaganda bahawa pelajar tahun 1 hanya boleh mendaftar Kelab Aspirasi dan menuduh persatuan lain sebagai persatuan tidak berdaftar semasa minggu 3 M yang lalu.


“Saya terkilan dengan sikap Aspirasi mempolitikkan mahasiswa tahunsatu dan jika Kelab Aspirasi sebuah kelab berstatus jantan, mereka perlu membuka booth pameran di pusanika dan bersaing dengan persatuan lain untuk mendapatkan pelajar baru, bukannya mengugut dan membuat adu domba” katanya yang juga pemimpin KAMI.


Beliau bagaimanapun menambah bahawa Kelab Aspirasi tidak berani bersaing dengan persatuan lain dan akan terkubur seperti Kelab Wawasan yang hanya mempunyai keahlian tidak lebih 10 orang, apabila diletakkan sebaris dengan persatuan-persatuan lain di Pusanika.

H1N1 menyerang UiTM, UKM Perlu berjaga-jaga

Berita hari telah mengejutkan ramai pihak apabila dua cawangan kampus Universiti Teknologi Mara (UiTM), masing-masing di Permatang Pauh dan Seri Iskandar, telah ditutup selama seminggu bagi mengawal wabak selesema A (H1N1).


Menurut laporan bernama mendapati kebanyakan pelajar sudah mula meninggalkan asrama untuk pulang ke rumah masing-masing di kampus UiTM cawangan Permatang Pauh tengah hari ini


Penularan wabak yang dikesan hari ini turut melibatkan lapan kes di Kolej Winfield International, dan tujuh kes di Universiti Pertahanan Nasional Malaysia dan Maktab Tentera Diraja (RMC), Sungai Besi - kedua-duanya di Kuala Lumpur.


Sebelum ini, UiTM Lendu, Melaka turut diarahkan ditutup selama sembilan hari sehingga 24 Julai. Di UKM, menurut laporan terdapat peserta dari Mexico yang akan menyertai program pertukaran di UKM, turut dikuarantin oleh pihak kesihatan. Pada Minggu Suai kenal Pelajar lalu, Timbalan Presiden PMUKM, Saudara Sarfarizmal Mat Saad telah ditegur oleh TNC HEP, Prof Datuk Dr Mohaammad kerana kelalaian beliau dalam ujian saringan H1N1 pada hari pendaftaran.

Kepada warga UKM, anda dinasihati agar mengambil langkah berjaga-jaga bagi mengelakkan virus H1N1 ini merebak ke kampus yang kita cintai ini.


AUKU Pindaan 2008 : Mahasiswa Masih Terjajah


Walaupun diperkatakan bahawa isu AUKU sebagai isu basi dan taboo bagi mahasiswa, tetapi hasrat penulis adalah untuk menyedarkan mahasiswa dan rakyat Malaysia betapa kejamnya AUKU ini sepertimana Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) itu sendiri. Sekiranya AUKU ini tidak dimansuhkan, mahasiswa ibarat berada dalam jaringan besi yang lebih dahsyat daripada Kem Kamunting itu sendiri.


Mungkin ramai mahasiswa yang tidak memahami berkenaan dengan AUKU 1971 Pindaan 2008 ini malahan ada segelintir yang hanya tahu wujudnya tetapi tidak pernah mengambil tahu untuk memahami kandungan akta mahasiswa ini secara terperinci. Walaubagaimanapun, ia bukannya menjadi alasan bahawa ‘saya tidak tahu maka ini bukan satu kesalahan’ kerana dalam undang-undang, prinsip ignorantia legis non excusat yang bermaksud tidak prihatin kepada undang-undang bukanlah satu alasan untuk dikecualikan daripada terlepas daripada undang-undang terbabit.


AUKU sebenarnya suatu akta yang diwujudkan bagi tujuan mengenakan sekatan politik, berhimpun, bersuara kepada mahasiswa dan juga pensyarah kerana sebelum kewujudan AUKU, Universiti pada ketika itu boleh berdiri tanpa memerlukan akta khas untuk mengawal mereka. AUKU adalah tidak terpakai untuk Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) yang menggunakan Akta Syarikat 1965 (Akta 125) dan Universiti Teknologi Mara yang mempunyai Akta Universiti Teknologi Mara 1976. Bagi institusi pendidikan tinggi swasta (IPTS) pula, ia tertakluk kepada Akta Institusi Pendidikan Tinggi Swasta 1996.


Menyoroti sejarah, AUKU ini telah dikemukakan oleh Allahyarham Dato’ Hussien Onn (Menteri Pendidikan ketika itu) di Parlimen pada 17 Mac 1971 oleh dan mula dikuatkuasakan pada 30 April 1971 di seluruh Malaysia. Penggubalan AUKU dikatakan kerana kebimbangan kerajaan terhadap suara mahasiswa ketika itu yang bersuara lantang dalam pelbagai isu seperti isu anti-kolonialisme oleh Kerajan (1946-1950an; isu anti Tunku (1966); isu pencerobohan AS ke atas Hanoi-Haiphong (1966); isu bahasa dan kependidikan nasional (1967); isu sosio-ekonomi negara (1969); isu tuntutan Sabah oleh Filipina (1969); isu pencerobohan Rusia ke atas Szekoslovakia dan juga pengisytiharan isytihar manifesto mahasiswa dalam PRU ke-4 pada tahun 1969 yang telah menyebabkan kekalahan kerajaan di banyak kerusi pada pilihanraya tersebut. Berdasarkan peristiwa-peristiwa tersebut, Kerajaan lantas membentuk “Jawatankuasa Mengkaji Kampus” sehingga tergubal dan diwartakan AUKU seperti yang ada pada hari ini.


Jika dahulu, ahli politik pasti takut untuk jejakkan kaki ke kampus jika mereka tidak mampu mematikan hujah mahasiswa. Mahasiswa bebas untuk bertanya, bebas untuk menegur tatkala kerajaan salah. Tetapi sekarang keadaan berubah kerana AUKU. Dengan AUKU, jika ada pelajar yang berani sebegitu, sudah pasti pelajar itu akan kena. Diambil tindakan dan kadang-kadang dikenakan hukuman yang tidak relevan. Ini kerana suara mahasiswa mempunyai suatu kuasa yang mesti diberikan perhatian dan diambil perhitungan (a force to be reckoned with) dan mempunyai nilai keyakinan masyarakat (public confident value).


Sejarah dunia menceritakan bahawa mahasiswalah yang mencetuskan gelombang tumbangnya Rejim Papandreou di Greece, Rejim Menderes di Turki pada tahun 1960, rejim korup Dr. Syngman Rhee yang berkuasa selama 12 tahun di Korea Selatan, pengulingan Shah Iran yang zalim di Iran akibat peristiwa Black Friday yang dicetuskan oleh mahasiswa, dan kejatuhan 32 tahun pemerintahan diktator Soeharto di Indonesia juga dikaitkan dengan peranan dan pengorbanan gerakan mahasiswa Universiti Trisakti pada tahun 1998 lalu. Jelas bahawa AUKU tidak boleh lari daripada dikaitkan dengan pengubalan undang-undang untuk mengawal suara keramat mahasiswa.


Terdapat ramai tokoh akademik mengsyorkan bahawa akta lapuk itu dimansuhkan terus, bukannya dipinda seperti sekarang. Dato’ Saifuddin Abdullah, Timbalan Menteri Pengajian Tinggi pernah menyarankan agar AUKU dimansuhkan dalam kertas kerjanya yang bertajuk ‘Mahasiswa, Pemikiran dan Partisipasi’. Laporan Hala Tuju Pengajian Tinggi pada tahun 2005 yang diketuai Tan Sri Dato’ Dr. Wan Mohd Zahid Mohd Noordin turut menggesa agar pemansuhan dilakukan ke atas AUKU dan ini diakui oleh Tan Sri Prof Dr. Khoo Kay Kim, pensyarah kanan Fakulti Sastera dan Sains Sosial Universiti Malaya pernah berkata, pindaan (AUKU) itu wajar dilaksanakan kerana ia sebagai tanda kepercayaan kerajaan terhadap pihak berkenaan (mahasiswa) untuk lebih bersedia berdepan dunia global.


Jelas bahawa tokoh-tokoh akademik menyarankan agar AUKU dimansuhkan terus dalam kamus mahasiswa dan juga para pensyarah. Tindakan melakukan pindaan baru-baru ini dilihat sebagai satu lagi silap mata yang dilakukan oleh pihak pemerintah dalam mengaburi mata pihak mahasiswa akan pelaksanaan AUKU ini. Apa gunanya kebebasan menyertai NGO apabila senarai NGO ini dikeluarkan oleh Naib Canselor dan diluluskan oleh Menteri Pengajian Tinggi sepertimana peruntukkan Seksyen 15 (1) AUKU (pindaan 2008). Juga mahasiswa diberi kebebasan bersuara dan mengeluarkan pendapat, tetapi hanya dalam soal akademik mengikut bidang pengajian masing-masing sebagai contoh, pelajar Fakulti Sains tidak boleh langsung bercakap soal Ekonomi, kerana ini bukan bidang pengajiannya. Malahan lebih kelakar, setiap pendapat mahasiswa dalam sesuatu majlis hanya dibolehkan apabila majlis tersebut telah diluluskan oleh menteri sepertimana Seksyen 15 (6) (b) AUKU (Pindaan) 2008 dan ini adalah sesuatu yang pelik dalam suasana kebebasan bersuara yang telah digariskan dengan jelas dalam Perkara 10 (a) Perlembagaan kita.

Terdapat banyak lagi pindaan AUKU 2008 yang lebih bersifat kosmetik dan ini ditunjukan juga dalam hak mahasiswa untuk menganggotai parti politik dan kebenaran hanya dibolehkan apabila segala butiran peribadi diberikan kepada Naib Canselor untuk kelulusan dan rekod Universiti melalui peruntukkan Seksyen 15 (4) Akta AUKU ini. Persoalan besar yang perlu kita tanya ialah beberapa ramai yang berani memberikan butiran peribadi kepada pihak Universiti berkaitan parti politik yang ingin dianggotai mereka dan adakah terdapat jaminan bahawa data tersebut tidak digunakan sebagai ugutan ataupun kawalan pihak Special Branch? Berdasarkan sejarah, mahasiswa yang menganggotai parti politik bukan kerajaan pasti akan dilakukan pemtauan 24 jam dan mereka ini akan dinafikan hak dalam pelbagai aspek termasuklah kelulusan mendiami kolej, peluang untuk menyambung pelajaran seperti di peringkat master dan phd atau ruang untuk kenaikan pangkat bagi para pensyarah.

Sebelum ini, pelbagai alasan diberikan oleh golongan bukan mahasiswa antara lainnya bahawa AUKU perlu diwujudkan kerana mahasiswa hari ini tidak bersikap dewasa dan bertanggungjawab. Mungkin berbangkit persoalan, adakah kita sebagai mahsiswa sudah lebih dewasa dan bertanggungjawab? Ukuran dewasa atau tidak, bertanggungjawab atau tidak, adalah subjektif. Dan tidak boleh diukur sesuka hati sahaja. AUKU sebenarnya boleh mengundang penghasilan pelajar yang suam-suam kuku, kerana sekatan ini akan menghasilkan mahasiswa yang jelas sekadar angguk-angguk, tetapi tidak berani geleng-geleng.


Selain itu, mahasiswa dihalang berpolitik kerana dikatakan akan menjejaskan daya berfikir mahasiswa. Sebenarnya ini adalah alasan yang berbentuk metafora, bersifat tuduhan semata-mata tanpa adanya satu kajian saintifik yang menunjukkan bahawa penglibatan dalam politik akan membantutkan daya berfikir mahasiswa. Satu lagi persoalan besar yang perlu dirungkaikan ialah wajarkah AUKU dikala mahasiswa juga mempunyai hak sebagai warganegara Malaysia layak untuk mengundi di dalam pilihan raya umum? Kita semua sedia maklum, purata umur mahasiswa dalam lingkungan 20 tahun. Berdasarkan Perlembagaan Negara, terang lagi bersuluh menyatakan bahawa semua warganegara Malaysia yang berusia 21 tahun ke atas berhak untuk mengundi di dalam pilihan raya umum.

Kita sedia maklum bahawa pilihan raya umum adalah medan terbaik untuk semua warganegara Malaysia memanifestasikan hak demokrasi mereka dengan menentukan parti politik yang akan menerajui tampuk pemerintahan negara. Pengundi yang bijak pastinya mengikuti arus politik negara sebelum membuat keputusan untuk memangkah kertas undi. Namun, realiti dalam konteks mahasiswa: Bagaimana mahasiswa hendak mengikuti perkembangan politik? Adakah semata-mata berdasarkan sajian media massa yang majoritinya jelas berat sebelah dan 'double-standard' terhadap parti pembangkang? Ingatkah kita tentang cerita orang-orang buta dengan gajah? Bijakkah kita bila membuat keputusan berdasarkan satu perspektif sahaja dengan bulat-bulat mengabaikan perspektif2 yang lain?


Juga kebebasan untuk terlibat dengan politik, tidakkah kita sedar bahawa dengan penafian hak mahasiswa untuk terlibat di dalam politik ini, mereka akan dikategorikan sebagai pengundi yang tidak cerdik, buta tuli atau golongan yang pangkah ikut suka hati tanpa ada fikiran utk memikirkan parti mana yang terbaik untuk masa depan mereka? Pelik tapi benar yang mana mahasiswa punya hak mengundi, namun dalam masa yang sama, mahasiswa juga dinafikan hak menyertai politik. Inilah realiti dilemma mahasiswa di Malaysia.


Sedangkan di Amerika Syarikat, yang menduduki senarai top 10 universiti dalam Times Higher Education Ranking, memberikan kebebasan penuh kepada mahasiswa untuk berpolitik dan tiada akta draconian seumpama AUKU dijalankan di sana. Hinggakan seorang mahasiswa yang berusia 19 tahun telah berjaya dipilih menjadi Datuk Bandar Muskogee yang mempunyai penduduk seramai 38,000 orang. John Tayler Hammons yang masih mengikuti pengajian tahun pertamanya di universiti di Norman telah menerima 57 peratus undi menewaskan bekas datuk bandar Hershel Ray McBride. Ini jelas menunjukkan bahawa keterlibatan dalam politik tidak akan mencacatkan keputusan dan keintelektualan seseorang mahasiswa malahan memberikan dorongan semangat kepada mereka yang telah dilepaskan daripada sangkar AUKU yang tidak relevan ini.


AUKU juga wajar dimansuhkan terus daripada hidup mahasiswa atas alasan bahawa akta ini telah menafikan hak-hak asasi manusia bagi mahasiswa. Terdapat banyak peruntukkan dalam AUKU yang bercanggah dengan Piagam Bangsa-Bangsa Bersatu 1945 dan juga Deklarasi Bangsa-Bangsa Bersatu mengenai Hak Asasi Manusia 1948, yang mana Malaysia menjadi salah satu anggotanya. Sebagai contoh, Artikel 19 dan 20 Universal Declaration of Human Rights jelas memberi jaminan hak setiap individu di dunia untuk menyatakan pandangan, berhimpun dan berpersatuan. (Rujuk Resolusi 217 A (III) bertarikh 10 Disember 1948 Perhimpunan Agung PBB) dan ini bercanggah dengan pindaan AUKU 2008 yang mensyaratkan bahawa kebebasan bersuara secara terhad. Apatah lagi hak mahasiswa untuk berhimpun, yang dinafikan sama sekali dalam AUKU terbaru ini.


Selain itu, AUKU bukan sahaja berjaya tidak mendisiplinkan mahasiswa malah berjaya mengikis kepekaan golongan intelek ini terhadap persoalan semasa yang berlaku di dalam dan luar kampus. Pelajar menjadi pasif dan isu-isu penting seperti isu rasuah, penyalahgunaan kuasa, gejala sosial dan lain-lain dipandang sepi. Jika ini yang dididik dari sekarang, apakah agaknya bayangan kita terhadap cara berfikir pemimpin 20 tahun akan datang? Belum lagi bercakap soal sikap sikap dan minat terhadap kegiatan Mahasiswa. Sekatan yang dikenakan menyebabkan mahasiswa mengambil sikap protes dengan bersikap individualistik dan tidak peduli hal-hal sejagat.Ambil sahaja iktibar dari sambutan Pilihanraya Kampus yang berlaku. Ada sebuah universiti yang mana sememangnya sudah terkenal dengan kepincangan demokrasinya, terpaksa menggula-gulakan mahasiswa dengan tindakan tatatertib dan umpan pemberian barangan percuma demi memaksa mereka turun memeriahkan pesta tersebut. Ini amat membahayakan negara kelak dalam arena demokrasi.


Premis hujah menyatakan bahawa AUKU wajar dimansuhkan juga bertitik tolak daripada keangkuhan Hal Ehwal Pelajar (HEP) yang diberi imuniti atau kekebalan yang tinggi oleh AUKU. HEP sebenarnnya ditubuhkan adalah untuk melicinkan segala urusan yang berkaitan urusan kemahasiswaan yang merangkumi soal kewangan, penginapan, kebajikan , kebudayaan , sukan hubungan dengan masyarakat luar dan sebagainya. Malangnya, melalui terma “budi bicara HEP” , bidangkuasa HEP boleh ditafsirkan sesuka hati seseorang pegawai dalam menentukan sesuatu perkara. Ada universiti menggunakan berbagai peruntukan yang ada dengan mengetatkan pengalawalan ke atas pelajar dan sindrom sperti pilih kasih, double standard juga wujud. Jelas AUKU sengaja dicipta bagi memberikan satu kekebalan kepada HEP yang dari segi rekodnya, banyak melakukan diskriminasi kepada mahasiswa yang bersifat anti-HEP.


Terdapat juga suara-suara nakal dan tuduhan melulu yang dilemparkan menyatakan bahawa mahasiswa malas membaca sepertimana ucapan ahli parlimen Pasir Salak, Datuk Tajuddin Abdul Rahman semasa perbahasan AUKU tahun lalu. Setakat ini masih tiada kajian empirikal yang dapat mengaitkan gerakan pelajar dengan kemerosotan akademik pelajar. Justeru tiada bukti yang menunjukkan bahawa gerakan pelajar mampu menyumbang kearah kemerosotan akademik pelajar..Pencapaian akademik adalah bergantung pada usaha dan sikap individu masing –masing dan AUKU tidak diperlukan untuk menyuruh mahasiswa belajar. Cukuplah statut perlembagaan universiti yang mensyaratkan bahawa setiap mahasiswa wajib mendapat PNGK 2.00 ke atas dan sekiranya gagal dua kali berturut-turut, mereka akan disingkirkan daripada Universiti. Lantas, kenyataan ini menafikan bahawa AUKU adalah instrument atau alat untuk meningkatkan mutu akademik pelajar adalah tidak berasas sama sekali dan kenyataan ini lebih bersikap pesimis terhadap mahasiswa.


Pemansuhannya adalah untuk membebaskan mahasiswa dan para akademik daripada kekangan birokratik, supaya mahasiswa-mahasiswi dan ahli-ahli akademik dapat mempelajari ilmu dan menjalankan kajiselidik terhadap ilmu alam semesta dalam suasana yang bebas. Pemansuhannya juga membolehkan mahasiswa-mahasiswi untuk lebih mendekati apa yang berlaku di luar menara gading, dan seterusnya dapat memperbaiki keadaan di dalam masyarakat apabila tamat pengajian nanti.


Kita perlu menerima hakikat bahawa kehidupan mahasiswa tidak hanya terhad kepada dewan kuliah, bilik tutorial, makmal dan perpustakaan. Sebaliknya, ia membabitkan seluruh kehidupan universiti, termasuk aktiviti kokurikulum, politik kampus, kebajikan, hak dan keadilan mahasiswa, dan sebagainya. Kehidupan mahasiswa tidak terhad dalam batasan pagar universiti saja. Mahasiswa adalah sebahagian daripada masyarakat yang perlu mendengar denyut nadi mereka, menjadi jurubicara dan agen perubahan dalam masyarakat.


Kehidupan mahasiswa bukan kehidupan berseorangan. Ia adalah kehidupan berkumpulan dan berorganisasi. Apabila berkumpulan dan berorganisasi, ia menjadi berstruktur, berprinsip dan punya hala tuju yang kemas, lalu menjadi satu gerakan yang dipanggil gerakan mahasiswa. Apabila wujud gerakan mahasiswa, ia lazimnya mempunyai rukunnya sendiri, iaitu idealisme, aktivisme dan intelektualisme.

Auku telah menyaksikan lahirnya mahasiswa yang lemah segala saraf kepekaan mereka terhadap isu yang menimpa rakyat dan negara. Bisu dan kelu terhadap kerakusan golongan penguasa menindas golongan marhean. Mengangguk dan mengiyakan segala penyalahgunaan kuasa dan penyelewengan amanah sang penguasa. Tidak hairan apabila negara ketandusan pemimpin bertaraf nasional dan berwibawa pada hari ini untuk diketengah gunakan untuk menerajui kepimpinan negara.


Hakikatnya bahawa proses penggubalan, pindaan dan praktis penekanan AUKU lebih banyak bermotif politik adalah tidak dapat disangkal lagi. Malah saat AUKU didapati gagal mengawal kesedaran masyarakat universiti kerana Reformasi 1998, diwujudkan pula Aku Janji untuk memastikan rasa takut ini berterusan. Tuduhan bahawa mahasiswa dan pensyarah sebagai anti-kerajaan, berkecenderungan ganas, tidak bersyukur dan lain-lain hanya menunjukkan keangkuhan kuasa dan penghinaan besar kepada maruah insan dan dunia keilmuan. Janganlah kita sebagai pihak berkuasa bersikap doli incapax (bersikap angkuh) dalam menekan pelajar kerana mahasiswa mempunyai kedaulatan yang disifatkan sebagai ‘cream of the society’ atau ‘mahasiswa jurubicara masyarakat’.


Jelas secara tuntasnya bahawa pindaan AUKU 2008 tidak lebih sekadar memenuhi harapan sedikit orang sedangkan ia tidak diiktiraf oleh ramai komuniti yang terikat dengan undang-undang tersebut. Seorang falsafah barat, Jeremy Bentham telah menyatakan undang-undang sedimikian adalah bersifat zalim kerana ia dikeluarkan oleh pemerintah tidak berdaulat, sebuah pemerintah yang dipertikaikan oleh orang ramai. Justeru, kita menghapkan agar pemansuhan AUKU terus dilakukan dan suara mahasiswa amat diperlukan dalam memansuhkan Akta ini daripada pewartaan di Parlimen. Semoga iklim kebebasan yang lebih baik akan memacu penghargaan kepada kemuliaan insan dan memartabatkan dunia keilmuan di samping memberikan kecerian kepada Malaysia yang impikan seorang pemimpin yang berkarisma dan berkaliber, yang hanya boleh dicapai dengan memansuhkan AUKU Pindaan 2008 ini.


Hishamuddin Che Ali

Penulis merupakan Pengerusi Gabungan Mahasiswa Universiti Kebangsaan Malaysia (GMUKM)





Monday, July 20, 2009

Sudah jatuh ditimpa tangga

Mahasiswa UKM sentiasa dizalimi??

Inilah fakta-fakta yang memperlihatkan bahawa mahasiswa UKM terus dizalimi oleh golongan bukan mahasiswa. Antara kes yang menunjukkan mahasiswa terus tertindas ialah :

1. Awal Julai lau, heboh diperkatan daripada za’ba hinggalah ke keris mas, bahawa harga yuran kolej telah turun. Dikatakan yuran sekitar 400 semata-mata berbanding sebelum ini sebanyak 700 lebih di Za’ba dan Keris Mas. Tapi rupa-rupanya ini adalah satu penipuan hidup-hidup. Selang pertengahan Julai, hutang pelajar naik tiba-tiba dengan yuran-yuran tambahan. Antaranya wang tidak diaudit RM 100 kepada JAKSA yang terkenal dengan kurangnya integriti itu. Bayangkan setiap semester mendapat RM 50,000 (RM 100 X 500 orang) tanpa mahasiswa tidak tahu ke mana duit itu pergi.



2. Duit denda lambat daftar kursus amat membebankan. Lambat daftar kursus ijazah didenda sebanyak RM 15. Manakala diploma RM 30. Paling malang,kerana lewat mendaftar, segala pinjaman PTPTN, biasiswa JPA dan KPM dibekukan dan tidak tahu bila akan dimasukkan. Ramai yang merungut perkara ini. Duit nak makan, beli buku, pakaian, terpaksa dirayu pada papa dan mama. Malah lebih teruk, ada sesetengah pengajian meminta yuran awal bagi mengelakkan mereka extand. Bagi yang dibekukan kantung duit mereka, terpaksalah rayu sana sini.



3. MPP PMUKM Aspirasi terus gagal dalam perjuangkan kebajikan mahasiswa. Khabar angin merebak di seluruh kampus, bahawa Presiden PMUKM adalah presiden paling lembut..dan lemah dalam sejarah. Ini keluar dari mulut pentadbiran. Rasanya seluruh Malaysia pun tahu apabila melihat lintas langsung suara siswa di RTM. Malu betul UKM. Terketar-ketar beri hujah..Terkial jawab soalan..Nak cerita, ada ke si Presiden ni ceduk ucapan dasar lepas, menyebabkan perkara yang sudah dibuat, dikatakan tidak buat. Kesian kat pihak pentadbir kena jawab dengan NC kerana kelemahan Presiden dalam sejarah. Dan buat mahasiswa, mereka turut menempa sejarah apabila ditipu bulat-bulat oleh Aspirasi ini. Satu lagi kezaliman buat mahasiswa.



4. Kes kecurian makin menjadi buat mahasiswa. Mahasiswa baru tidak terkecuali. Baru-baru ini, ada mahasiswa baru kehilangan motorsikal di Pusanika. Nampaknya sejarah sentiasa berulang. Mempertaruhkan harta mahasiswa yang sentiasa diancam kecurian.



5. Mahasiswa terutama persatuan di bawah HEP. Anak negeri atau kelab sentiasa dizalimi Aspirasi. Kelab haram, Kelab Aspirasi telah melakukan road show di seluruh kolej, menggesa mahasiswa tahun satu hanya masuk Kelab Aspirasi sahaja. Jangan masuk persatuan lain. Paling tragis dan amalan biasa mereka, mereka menuduh persatuan tertentu sebagai persatuan berdaetar. Apalagi tunggu mahasiswa yang berpersatuan, masih anda sayang lagi pada Aspirasi yang telah menikam anda dari belakang..

Inilhah bukti-bukti kezaliman pada mahasiswa. Seperti nyanyian lagu kopratasa iaitu ada mata lihat, ada telinga dengar..ada mulut..diaaamm..lu pikir la sendiri..Jangn biarkan kezaliman terus menyelubungi diri anda..Kuburkan Aspirasi




tvGMUKM

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

#Hashtag

#Hashtag

Moving Forward

Wajib Muat Turun !