Majlis Kepimpinan Utama GMUKM

Kompilasi Kejayaan Manifesto

Provinsi Ungu [Versi Online]

Wednesday, July 15, 2009

Kenyataan MPP GMUKM Berhubung Artikel ukm-kini.blogspot Bertajuk 'MPP GM Berpecah'

—KENYATAAN MEDIA UNTUK EDARAN SEGERA—

12hb Julai 2009

Kami, pihak Majlis Perwakilan Mahasiswa (MPP) GMUKM merakamkan ucapan terima kasih kepada ukm-kini.blogspot kerana berjaya memberikan promosi percuma kepada MPP GM yang dikatakan berpecah. Syabas juga kami ucapkan kepada ‘wartawan’ blog tersebut yang telah menimbulkan polemik kepada politik kampus di bumi UKM ini.

Tulisan tanpa bertarikh ini telah menyaksikan isu perpecahan MPP GM menjadi perhatian umum. Pelbagai spekulasi dan andaian telah dibuat oleh pihak-pihak tertentu berikutan dari tulisan ini.

MPP GM berpendirian adalah sebaiknya untuk kami menjelaskan isu ini agar ia tidak menjadi virus fitnah yang boleh menghancurkan kepimpinan yang pro kepada mahasiswa. Kami sebagai MPP yang dipilih secara sah dan menjadi wakil mahasiswa, menafikan sama sekali tulisan tersebut dan menegaskan tiada MPP GM yang bersimpati atau bersatu dengan MPP Aspirasi.

Untuk pengetahuan semua, jelas dan tegas bahawa MPP Aspirasi tidak akan sama sekali bersatu dengan MPP GM atas nama kepentingan mahasiswa. Tiada pelantikan dalam jawatan Exco PMUKM, tiadanya kemudahan asasi seperti duit panjar mahupun bilik, cukup menjadi bukti jelas bahawa MPP Aspirasi tidak akan simpati dengan MPP GM disebabkan keegoan dan arahan pihak HEP yang mahukan Aspirasi sepenuhnya mengawal PMUKM demi kepentingan politik mereka.

Sungguhpun begitu, kami tidak menghalang mahupun mempertikaikan hasrat mana-mana pihak Aspirasi untuk berbincang isu-isu yang membabitkan kepentingan mahasiswa terutamanya isu kebajikan.

MPP GM mengambil kesempatan ini untuk mengulangi komitmen kami sebagai MPP untuk memastikan GMUKM sentiasa berada di dalam keadaan kuat dan utuh. Kami yakin bahawa isu yang ditimbulkan ukm-kini ini, lebih kepada kontroversi untuk menaikkan rating blog tersebut. Kami dengan menafikan sepenuhnya berita tersebut dan menyatakan dengan tegas bahawa MPP GM adalah bersatu padu dan mempunyai iltizam yang tinggi demi memastikan agenda perubahan terlaksana di bumi UKM ini.

Kenyataan bersama yang ditandatangani 12 MPP GMUKM

MPP Umum - HISYAMUDDIN BIN CHE ALI

MPP Umum - MOHD FAEZ BIN MAT ZIN

MPP Umum - MOHD FIKAH BIN SANUSI

MPP- FUU PHOON KAR LIANG

MPP FFARMASI - MUHAMMAD HAFIZUL AMIN BIN KHALID

MPP FKAB - SARZLIANA BINTI SOAIDIN @ DJUHARI

MPP FPEND - MUHAMAD FAIZ BIN ISMAIL

MPP FPEND - AFFANDI BIN ABDUL RAHMAN

MPP FPI - MOHD IDRIS BIN MOHD YUSSOFF

MPP FPI - MAHFUZAN GADDAFI BIN MAHMUD

MPP - FPERUBATAN WAN NURUDDIN SHAH BIN WAN JOHAN

MPP - FST MOHD ARIF BIN MISROL

7 comments:

Anti fitnah.. said...

tahu plak korg ni melenting bila kena fitnah..bila fitnah org lain korg xpernah t'fikir plak..men ikut sedap mulut bcakap ng tangan menulis je..korg pon byk wat knyataan yg diragui kbenarannya..so xyah nk mrh org len bila dorg wat bnde yg sama cam korg..k

Anonymous said...

Sapa yg bUAT FITNAH TU. Nmpk sgt ukm-kini ni proksi Aspirasi. Saje nk pech belhkan MPP GM

Anonymous said...

setuju dgn anti fitnah, sangat setuju. wahai mpp GMUKM sekalin, ketahuilah...'saya' sangat sayangkn anda semua. so...bila ditegur,jgn mudah melenting @ gelabah @ paper lah. fokus, fikir dgn Rasional.kalu ada betulnya, xsalah mngakui kesilapan -xsemestinya mngaku, cukup skadar kita myedari & cuba berubah-, kalu xbetul, jadikn sempadan -bukanny mlenting, nak marah jer, nak mmpertahankn jer yg anda betul-
chaiyyok2...saya d belakang anda & ketahuilh yg saya sgt sayangkn anda sumer.
'BERSATU BERUBAH'

Azwar said...

saya tak rasa artikel ni dinamakan melenting. bagi saya ia samada kita menilai, artikel ini prefesional atau tidak...jadi saya tak rasakan 12 mpp yang setuju artikel bersama ini melenting

fitnah ialah tuduhan tanpa asas dan bukti. jadi andaikata GM menulis sesuatu yg ada buktinya, ia tidak dinamakan fitnah...aspirai juga begitu, jika mereka melampir bukti maka ia tidak menjadi fitnah

ewarga said...

kesian aku tengok budak-budak UKM ni..toksah sibuk la nk campur aduk dengan politik di luar sana yang jijik..tak perlulah nk jadi pendokong PKR atau BN..korang pelajar..bawalah idea baru..harapan baru..bukannye befikiran politik sempit..

Anonymous said...

HIDUP GMUKM...PERJUANGKAN LA HAK DAN KEBAJIKAN PELAJAR...USAH GENTAR..SELAMAT BERBAKTI...SALAM..L

MOHD RASYDAN said...

MOHD RASYDAN:

hahahaha.........

Post a Comment

tvGMUKM

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

#Hashtag

#Hashtag

Moving Forward

Wajib Muat Turun !