Penangkapan 7 orang mahasiswa termasuk dua mahasiswa UKM ini telah mencerminkan tindakan desperado polis dalam menangani isu sejagat ini. GMUKM mempersoalkan di manakah kebebasan berhimpun yang telah digariskan dalam Perlembagaan kita. Kami juga tertanya-tannya, mengapa tangkapan sama tidak dilakukan terhadap mahasiswa UiTM yang berhimpun di Shah Alam pada 12 Ogos tahun lalu.
Kami dengan tegas mengutuk tangkapan tersebut dan berharap konsep rakyat didahulukan perlu diamalkan dalam mendahulukan hak rakyat terutamanya mahasiswa untuk menyuarakan sesuatu isu.
Isu Selatan Thailand sebenarnya bukanlah isu lapuk mahupun isu bersifat populis semata-mata. Ia adalah isu umat islam sejagat yang perlu disuarakan oleh mahasiswa bagi menyedarkan pemimpin yang sedang membutakan mata, memekakan telinga mereka.
Isu ini telah memakan angka korban beribu-ribu penduduk di negeri terbabit. Rogol, tangkapan ala ISA, bakar rumah dan perlakuan genosid, merupakan fonemena biasa yang berlaku di kawasan terbabit. Paling mengejutkan, dikatakan terdapatnya campurtangan asing dalam isu ini sepertimana yang ditulis oleh Dr Nik Anuar Nik Mahmud, Pensyarah Di Jabatan Sejarah UKM dalam bukunya bertajuk ‘‘Sejarah Perjuangan Melayu Patani 1785-1954″.
GMUKM pada hari ini mendesak agar hak asasi penduduk islam di Selatan dikembalikan semula. Selatan Thailand perlu diberikan satu autonomi melalui refrendum seperti di Acheh. Kami juga mencadangkan isu ini agar disuarakan oleh Perdana Menteri Malaysia dalam persidangan Negara-Negara Berkecuali (NAM) di Sharm al Sheikh, Mesir pada hari ini. Kami juga menuntut badan hak asas dunia mengambil reaksi agresif bagi menangani isu ini. Kami juga meminta agar penjenayah hak asasi ini dibicarakan di Mahkamah Keadilan Antarabangsa.
Kami berjanji akan terus memperjuangkan isu ini bersama-sama dengan gerakan mahasiswa lain bagi mengembalikan hak penduduk di sana. Isu selatan Thai bukannya isu umat islam semata-mata. Ia adalah isu hak asasi sejagat dalam dunia moden pada hari ini. Penegasan akan turut dilakukan andai penindasan sama dikenakan ke atas penganut agama lain.
Oleh kerana isu Selatan Thailand adalah isu sensitif kepada mahasiswa, GMUKM menganggap sebarang usaha halangan oleh pihak tertentu sebagai perbuatan yang tidak bertanggungjawab dan tidak mendokong konsep bahawa suatu bangsa mempunyai hak sama rata di sisi undang-undang antarabangsa.
Kenyataan Pengerusi GMUKM
9 comments:
Ni yg ak mhu. brani b'tmpt. Polis pn tkut dgn geng korg. Habislh Aspirasi kli ni
Ni ada cerita yang menarik sepanjang demo tersebut...
pelik la polis nie..kita bukan wat rusuhan pun..korang x reti tengok yang baik dan yang buruk ke?
Di Malaysia, mana2 perhimpunan perlu mendapat permit polis.
Itu Undang-undang negara.
Walaupun ia seolah2 tidak demokratik, namun selagi namanya undang2, kita sebagai rakyat Malaysia harus patuh.
Hanya bila tiada lagi undang2 mengenai perhimpunan, barulah kita bebas melakukan apa saja.
Sebagai mahasiswa, bertindaklah menurut undang2 dan bukannya perasaan.
Mungkin bila parti politik impian anda berjaya menakluk Malaysia, diwaktu itu perubahan MUNGKIN boleh dilaksanakan terhadap mana2 undang2 yang anda rasakan tidak "demokratik".
Namun selagi status quo wujud, anda harus belajar menghormatinya.
aku bdk uitm.jgn nk salah kan bdk uitm pulak.perhimpunan korng ni x salah.yg slahnya korng ni berproxy kn parti poliitk.faham x?
la nk ckap politik la plak.. aku de tegok video KJ ceramah politik kat uitm, x salah ke??????
lol stakat ckp je wat ape, kalu btol ader video tu, bg le links, x pun screenshot, yg boleh membuktikan... kalu stakat cakap, aku pun bley ckp aku tgk obama makan kat mapley... kui3...
pe r..mhasiswa kne tngkap!!memalukan U je..!!
xyah r nk mencapap wat rusuhan..think!!
Post a Comment