Majlis Kepimpinan Utama GMUKM

Kompilasi Kejayaan Manifesto

Provinsi Ungu [Versi Online]

Saturday, July 18, 2009

Berubah Sebelum Rebah




Negara hari ini dikejutkan dengan aksi lompat parti. Kali ini, rally lompat parti diteruskan oleh kemasukan bekas Menteri kesihatan, Datuk Dr Chua Jui Meng yang telah mengumumkan keluar dari MCA dan menyertai PKR pada hari ini di suatu majlis forum anjuran PKR di Sunway.

Dr. Chua yang juga bekas Naib Presiden MCA, orang kanan no 2 dalam parti Cina itu sebelum ini telah mengumumkan melepaskan jawatan ketua MCA bahagian Bakri yang dipegangnya selama 23 tahun. Dalam ucapannya, Chua berkata beliau telah melepaskan jawatan ketua MCA bahagian Bakri untuk menempuh perjalanan baru untuk perubahan.

Katanya lagi bahawa sebab beliau menyertai PKR ialah kerana sistem dua parti ini berdepan dengan ancaman dari Umno. Malahan kata beliau lagi bahawa ia yakin telah membuat keputusan yang betul, untuk menyertai PKR, terutama dalam detik penting dalam sejarah negara.

Dilaporkan juga sebab beliau meninggalkan MCA adalah kerana kematian Teoh Beng Hock - Setiausaha politik exco kerajaan Selangor, Ean Yong Hian Wah, yang menjadi pendorong penting baginya untuk melompat menyertai pembangkang. Beliau turut berjanji akan mendedahkan konspirasi skandal Pelabuhan Klang Free Zone (PKFZ) melibatkan pemimpin MCA dan juga konspirasi rasuah menjatukan kerajaan sah PR Februari lalu.

Selain Chua, turut mengumumkan menyertai PKR ialah bekas senator MCA, David Yeoh yang juga bekas ahli Parlimen Lumut. Sebelum ini, bekas Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Dato Seri Zaid Ibrahim turut keluar parti UMNO dan memasuki PKR, parti dominan pembangkang pada hari ini.

Situasi lompat parti adalah normal pada masa kini. Itu belum dikira dengan penyokong parti BN yang berbondong-bondong masuki PR. Ini tak lain adalah kerana politik baru di Malaysia hari ini. Situasi dua parti seperti di Amerika Syarikat, memungkinkan mereka bebas keluar masuk parti demi mencari satu pembaharuan.

Di UKM, ada ura-ura menyatakan bahawa Chinese Community Council (CCC), yang selalu ditindas oleh Aspirasi, untuk berkolabarasi dengan GM dalam PRK akan datang. Ini kerana Aspirasi gagal dalam perjuangkan nasib kaum mereka. Begitu juga Persatuan Agama Hindu (PAH), walaupun hanya mempunyai kira-kira 600 lebih mahasiwa India di UKM. Mereka masih merasakan ditindas oleh Aspirasi yang gagal dalam kepimpinan dan gagal dalam membela nasib mereka. Dengan pentadbiran PMUKM yang tunggang-langgang dan dengan pencapaian Presiden PMUKM yang paling lemah dalam sejarah, menyebabkan kedua-dua gerakan berasaskan kaum ini berfikir untuk ‘menyeberangi’ ke kem GMUKM.

Berbanding GM, motto mereka yang memperjuangkan kebajikan semua kaum. Terbukti telah dilakukan oleh MPP GM dalam semester pertama lepas. Perjuangan Phoon Kar Liang, MPP FUU dalam isu makanan halal kaum India dan Cina di UKM wajar dipuji. Begitu juga ada MPP UMUM Tahun 3, Hisyamuddin Che Ali yang sanggup berbasah dalam hujan renyai-renyai, semata-mata membantu mahasiswi Cina yang kemalangan di UKM. Malahan beliau dikatakan berkawan rapat dengan mahasiswa India yang telah membantu beliau dalam forum keselamatan April lalu. Beliau yang juga pengerusi GM, turut dikatakan mendapat sokongan ramai bangsa bukan Melayu. MPP Perubatan, Saudara Wan Nuruddin pula mengambil langkah perpaduan dengan melantik mahasiswa Cina sebagai PAnya dalam menyuarakan isu-isu kebajikan di fakulti bakal-bakal Doktor itu.

Justeru cakap-cakap kosong bahawa GM pro nasionalis, terlalu islamik adalah sekadar cakap-cakap kosong. Memang GM tegar mempertahankan prinsip agama yang syumul, pada masa yang sama memperjuangkan keadilan buat semua. Kepada CCC, dan PAH, tinggalah Aspirasi yang tiada halatuju yang jelas itu. Dan bersama-samalah berjuang dengan GM bagi kepentingan mahasiswa dan misi melaksanakan agenda perubahan di bumi bertuah UKM ini. Pintu masih terbuka. Berubahlah sebelum rebah kerana Aspirasi sudah tidak relevan pada hari ini yang menunggu masa untuk ditalqinkan sahaja.

· * Penulisan ini cuba dikaitkan dengan situasi semasa di UKM. Bukannya mengistilahkan GM sebagai PR dan CCC dan PAH sebagai Dr. Chua. Ia adalah tiada kaitan antara hidup dan mati. Cuma falsafah dan pengajaran boleh dijadikan sebagai satu analogi.

1 comments:

Anonymous said...

kamu semua mmg bantu kaum lain ka?
tidak ade bukti cakap mcm betul je...
think b4 u talk lor....

Post a Comment

tvGMUKM

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

#Hashtag

#Hashtag

Moving Forward

Wajib Muat Turun !