Majlis Kepimpinan Utama GMUKM

Kompilasi Kejayaan Manifesto

Provinsi Ungu [Versi Online]

Thursday, July 23, 2009

H1N1 menyerang UiTM, UKM Perlu berjaga-jaga

Berita hari telah mengejutkan ramai pihak apabila dua cawangan kampus Universiti Teknologi Mara (UiTM), masing-masing di Permatang Pauh dan Seri Iskandar, telah ditutup selama seminggu bagi mengawal wabak selesema A (H1N1).


Menurut laporan bernama mendapati kebanyakan pelajar sudah mula meninggalkan asrama untuk pulang ke rumah masing-masing di kampus UiTM cawangan Permatang Pauh tengah hari ini


Penularan wabak yang dikesan hari ini turut melibatkan lapan kes di Kolej Winfield International, dan tujuh kes di Universiti Pertahanan Nasional Malaysia dan Maktab Tentera Diraja (RMC), Sungai Besi - kedua-duanya di Kuala Lumpur.


Sebelum ini, UiTM Lendu, Melaka turut diarahkan ditutup selama sembilan hari sehingga 24 Julai. Di UKM, menurut laporan terdapat peserta dari Mexico yang akan menyertai program pertukaran di UKM, turut dikuarantin oleh pihak kesihatan. Pada Minggu Suai kenal Pelajar lalu, Timbalan Presiden PMUKM, Saudara Sarfarizmal Mat Saad telah ditegur oleh TNC HEP, Prof Datuk Dr Mohaammad kerana kelalaian beliau dalam ujian saringan H1N1 pada hari pendaftaran.

Kepada warga UKM, anda dinasihati agar mengambil langkah berjaga-jaga bagi mengelakkan virus H1N1 ini merebak ke kampus yang kita cintai ini.


8 comments:

Anonymous said...

ukm dah membuat persiapan yang terapi berhubung dengan h1n1 ni...x perlulah korang wisaukan...jgn nak takut kan budak2 baru ok..kita kena bersatu bukan nak berpecah belahkan..PAHAM!!!!!!!!

Anonymous said...

bagus artikel ni, tp kene jgk ke memburukkan org len??? tnc HEPA, bkn HEP lol... apo jadah ni??

nama yang baik said...

UKM KKL DAH KENE TUTUP

CUTI!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

Anonymous said...

tutup2 r ukm ni..ai ni dh mati sorg plajar...nk tgu bpe rbu mati bru nk tutup!!!!

Anonymous said...

takut ar skrg...bwu td dpat 1 kes mati...

Anonymous said...

tu la.... teruk ar.... ukm tutup crita... padahal dah 38 kes.. dah sorang mati.... nc ukm truk.... nk tgu sume mati ke..

Anonymous said...

buatlah demo.. mintak ukm tutup...

Anonymous said...

ukm sepatutnya utamakan kebajikan warga, bukan pentingkan nama baik sahaja...

Post a Comment

tvGMUKM

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

#Hashtag

#Hashtag

Moving Forward

Wajib Muat Turun !