Majlis Kepimpinan Utama GMUKM

Kompilasi Kejayaan Manifesto

Provinsi Ungu [Versi Online]

Thursday, July 23, 2009

MPP GM Turun Padang di Pusanika Jam 11.30 pagi ini

BANGI: Dalam kerancakkan minggu pengenalan persatuan di Pusanika yang sedang berlangsung sekarang, Majlis Perwakilan Pelajar GMUKM hari ini akan turun padang untuk melawat pameran persatuan dan bermesra dengan mahasiswa.


Minggu Pengenalan Persatuan merupakan program yang diadakan saban tahun bagi membolehkan mahasiswa untuk mendaftar dalam persatuan-persatuan sama ada Persatuan Anak Negeri, Kelab mahupun Urusetia di bawah HEP.


Lawatan tapak MPP GMUKM dijangka akan bermula jam 11.30 pagi dan akan berada di Pusanika kira-kira 1 jam.


MPP Umum Tahun 3, Saudara Fikah Sanusi ketika dihubungi berkata, beliau dan MPP GM lain akan melawat tapak-tapak pameran persatuan untuk menyuntik semangat mereka yang terlibat dalam persatuan di UKM.


Manakala MPP Fakulti Undang-Undang, Saudara Phoon Kar Liang, berkata lawatan itu adalah untuk mendengar permasalahan yang dialami oleh persatuan.

Sebelum ini kecoh dengan sikap Aspirasi yang menyebarkan propaganda bahawa pelajar tahun 1 hanya boleh mendaftar Kelab Aspirasi dan menuduh persatuan lain sebagai persatuan tidak berdaftar semasa minggu 3 M yang lalu.


“Saya terkilan dengan sikap Aspirasi mempolitikkan mahasiswa tahunsatu dan jika Kelab Aspirasi sebuah kelab berstatus jantan, mereka perlu membuka booth pameran di pusanika dan bersaing dengan persatuan lain untuk mendapatkan pelajar baru, bukannya mengugut dan membuat adu domba” katanya yang juga pemimpin KAMI.


Beliau bagaimanapun menambah bahawa Kelab Aspirasi tidak berani bersaing dengan persatuan lain dan akan terkubur seperti Kelab Wawasan yang hanya mempunyai keahlian tidak lebih 10 orang, apabila diletakkan sebaris dengan persatuan-persatuan lain di Pusanika.

16 comments:

Anonymous said...

kalau setakat nak turun nak tunjukkan muka baik duduk kat bilik...kan lebih baik klu anda berusaha bagaimana hendak bergabung dengan aspirasi..1malaysia..bukan nak bergaduh...

warga said...

nama je wakil pelajar, tapi dungu sama sahaja macam politik kat luar sana..fanatik dan sempit..

Anonymous said...

biasalah GM sape yg xkenal.. perangai mang mcm tu.. aku lg suke IPU zaman dulu.. skang sume pemimpin IPU haprak... same je ngan aspirasi..

Anonymous said...

mmg pn semua pemimpin gm skang ni nak tunjuk pandai
tapi keje pun x buat
meeting pn x attend
tp nak org lain hormat,apa cerita ni semua
politik kotor

Anonymous said...

3M da 2 tahun x digunakan... mmg x ikut perkembangan kah???

GMUKMKL said...

salam perjuangan sahabat..to anonymus sila baca artikel ni jap http://gmkkl.blogspot.com/2009/07/laporan-hari-mppk.html

Anonymous said...

kpd penulis blog ini: sile update dgn keadaan semasa. Bagaimana mahu jadi pemimpin jika kita tidak mengetahui keadaan semasa seperti 'katak di bawah tempurung'. Betapa malangnya hidup sbg seorg mahasiswa/i UKM. contohnya Kelab WAWASAN masih lagi aktif di bawah kepimpinan presiden baru dan menjalankan pelbagai program. pendaftaran ahli baru untuk k. WAWASAN tahun ini menghampiri angka 100 orang. Jangan hanya mahu menghentam orang jika kita tidak tahu keadaan sebenar. siasat dahulu sblm berkata-kata. sekian.

Anonymous said...

cakap turun padang.. kalau setakat trun duduk je buat apa... aku rasa dia turun padang bola kot tu yang x tahu keadaan semasa

Anonymous said...

aku pun rasa mcm tu la..mungkin turun padang sebelah rumah aku kot..jangan hanya pandai mengutuk..alangkah baiknya jika kita sama-sama berganding bahu untuk memajukan UKM.jangan mewujudkan dinding penghalang kepada para mahasiswa/i..

Anonymous said...

komen i aspirasi,pmukm gmukm or seangkatannya semua nie dah tak relevan dengan arus pemodenan ukm.U all nie dah tak ada comercial value dan idealogi yang dibawa amat kolot.i sebagai pelajar ukm mahu satu badan yang membawa revolusi kepada pelajar ukm yang seiring dengan pasaran global yang mahukan mahasiswa yang teguh untuk bersaing diperingkat global.i perlukan satu revolusi yang mencipta satu harapan yang baru dan mari sesama kita mengulingkan kepimpinan pelajar yang sedia ada kerana mereka tidak diperlukan lagi...

Anonymous said...

kepada ano di atas, cakap je, buat tidak. engko apa usaha???? semangat tapi pengecut.....

Anonymous said...

ok r ade semanagt... niat tu yg penting.. ade gak dia menyumbang idea.. lebih baik r dr mengutuk org.

Anonymous said...

ok, pasni sape2 nak turun padang, nak turun tangga, nak turun kete, sume bley post lam blog... kui3...

Anonymous said...

kami mahasiswa perlukan revolusi..

Anonymous said...

gmukm ni mcm x tau pape je..klu tau pn,semua die nmpk dr sudut negatif je..gmukm,stahu i klb wwsn,ahli die dh nk dkt 100..next time,kalau nk kutuk2 org 2,biar la dpt information yg btl..

Anonymous said...

aku pon hangin satu badan nih dgn gmukm..wahh..suka ati jahh cakap kelab wawasan bakal terkubor..deyh tambi nk cakap tuh pandang2 r..jagn nk maen tibaii jahh ...cehh ,,hapara ...HAPRAK tol..!

Post a Comment

tvGMUKM

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

#Hashtag

#Hashtag

Moving Forward

Wajib Muat Turun !