Majlis Kepimpinan Utama GMUKM

Kompilasi Kejayaan Manifesto

Provinsi Ungu [Versi Online]

Saturday, September 12, 2009

Mohon Lontaran Cadangan Seluruh Mahasiswa Kepada MPP GABUNGAN MAHASISWA


Salam Mahasiswa

Majlis Perwakilan pelajar UKM akan mengadakan mesyuarat semeja bersama Majlis Pengurusan Universiti seperti yang telah dinyatakan dalam surat diatas. Secara ringkasnya mesyuarat bersama MPU ini adalah mesyuarat yang akan membincangkan perjalanan pengurusan mahasiswa yang diwakili oleh MPP dan juga hal-hal lain. Pihak yang terlibat di dalam mesyuarat ini adalah terdiri daripada 4 orang Timbalan Naib Canselor dan seluruh pegawai kanan Universiti seperti yang terdapat pada surat diatas.

Justeru kami di peringkat MPP GABUNGAN MAHASISWA amat mengharapkan lontaran cadangan, idea serta permasalahan daripada seluruh mahasiswa UKM untuk dibawakan ke mesyuarat berkenaan.

Kami di peringkat MPP GABUNGAN MAHASISWA akan berusaha sedaya upaya untuk menyuarakan segala cadangan, saranan dan permasalahan anda di dalam mesyuarat berkenaan.


Ikhlas Daripada,
MPP GABUNGAN MAHASISWA
Sesi 2008/2009

SUARA ANDA KEUTAMAAN KAMI

11 comments:

Anonymous said...

entah pape2 gmukm ni.nak meting ngan tnc tapi tak de isu nak bawak.sampai nak mintak pndgn pelajar.dah bengap ke?sikit pun tak paham problem pelajar.korang masuk meting tu & duduk bisu je lah.m'yesal krng ni ada 12 wakil.....

Anonymous said...

woi! ko lagi bangang!!! org nak gi meting. tu pasal mintak feedback student. ni plng keemasan utk student ckp problem diorng kat nc dan tnc2. tu pasal ukm ade prk utk pilih wakil. klau ko tak de isu, diam jer. jgn cemar usaha murni mpp gmukm.....good job gmukm!!!!

student 1st year yg miskin & tak de laptop said...

slm. i nak complain pasal internet yg jaring provide. i tak de laptop dan pc langsg. mcm mane i nak surf internet? i hanye guna pc kat fac jer. mcm mane i kena bayar rm45 utk internet? tak msk akal lngsng lah. mpp tlg adu kat tnc. tngk apa respon dia???

Anonymous said...

if x daftar jaring UKM tu, UKM x charge pun... but kalu daftar, n u ader id jaring, walau x de pc or laptop, dats why kene bayar, so jgn le daftar online tu...

Anonymous said...

ai seh. mcm ni rupanye!!! tak pe. kalo cm tu, next sem i tak daftar. so, tak jadi isu lah ni....

fitri said...

mintak GMUKM diHARAMKAN (walaupun dh MEMANG HARAM)...hahaha

Anonymous said...

ape hak kite sbagai mnusia nk mengharamkn sesuatu yang sentiasa di jalan Allah..sesungguhnya Allah sentiasa berada di pihak yg benar. bersabarlah gmukm. kemenangan pasti di tangan pihak yang bersabar..tingkatkn usaha.

Anonymous said...

mintak gmukm didaftarkan petubuhannya kerana setiap kolej mempunyai kelab aspirasi. biar kita lawan di padang yang rata. izinkan gmukm bergerak macam persatuan pelajar lain yang berdaftar. baru demokrasi namanya.

Anonymous said...

betul betul betul!!!!

Anonymous said...

tu lahh pasal...cubelah bersaing secara adil dgn penuh sifai kejantanan,face to face aaah

Anonymous said...

Aduhh....KTHO ni aspirasi je smua..bukan tak sokong...tapi tak open minded la mcm tu..skali-skala nak tahu gak tentang gm ni...baru la berkembang skit...aspirasi pun ok gak..whatever slaku first year tunggu dan lihat...mahasisiwa didahulukan,pencapaian diutamakan...

Post a Comment

tvGMUKM

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

#Hashtag

#Hashtag

Moving Forward

Wajib Muat Turun !