Muhammad Safwan Anang @ Talib, |
Muhammad Safwan Anang |
Kemenangan pertama mahasiswa adalah apabila mahkamah juga telah
memutuskan kemenangan bagi pihak 4 orang mahasiswa daripada Universiti
Kebangsaan Malaysia (UKM) yang telah di dakwa melanggar AUKU kerana
terlibat dengan kempen pilihanraya kecil Hulu Selangor. Akhirnya
mahkamah juga telah memutuskan kemenangan bagi pihak mahasiswa walaupun
selepas itu kedengaran Perdana Menteri akan membawa kes itu ke Mahkamah
Rayuan pula.
Perkara ini sangat mendukacitakan kerana sebelum diputuskan
kemenangan mahasiswa tersebut, kerajaan juga telah membuat pengumuman
penting bahawa mahasiswa akan dibenarkan terlibat dengan politik setelah
AUKU dipinda. Mahasiswa masih ragu dengan perubahan yang bakal
dilaksana oleh kerajaan melihat kepada senario yang melanda dalam kes 4
mahasiswa UKM ini.
Apa yang mahu saya tegaskan di sini, memandangkan kes 5 orang
mahasiswa daripada KUIN ini adalah berbeza daripada apa yang berlaku di
kampus-kampus IPT lain adalah berkenaan pentadbiran KUIN dibawah
kerajaan Pakatan Rakyat Kedah seharusnya menolak penggunaan sebarang
undang-undang zalim seperti AUKU yang mencengkam kebebasan suara
mahasiswa. Terbaru juga mengenai AUKU apabila saya dan 2 orang mahasiswa
Universiti Malaya juga telah digantung pengajian dek kerana demonstrasi
pemansuhan PTPTN. Inilah undang-undang yang membuatkan ramai kalangan
mahasiswa tidak berani kehadapan sedangkan mereka adalah jurubicara
rakyat!
Menjelang pilihanraya umum ke – 13 ini, amat besarlah hasrat
mahasiswa untuk melihat perubahan dalam negara menuju Malaysia yang
lebih sejahtera. Perubahan yang bakal terlaksana dalam negara terutama
kami di peringkat mahasiswa mahu AUKU dimansuhkan dan bukan sekadar
dipinda bagi kepentingan mana-mana parti politik sekalipun.
Universiti perlu dibebaskan sama sekali daripada pengaruh politik dan
mahasiswa perlu diberikan kuasa autonomi seperti mana yang telah
dituntut dalam Gerakan Menuntut Kebebasan Akademik sebelum ini iaitu
memansuhkan AUKU dan AKTA 174, membebaskan ilmuan berakademik,
membebaskan mahasiswa bersuara, memberi hak mahasiswa mengurus pilihan
raya kampus, membebaskan mahasiswa mengurus persatuan dan aktiviti dan
memberi hak kepada mahasiswa berpartisipasi dalam politik sepenuhnya.
Kami merasakan pemansuhan AUKU ini akan memberikan banyak perubahan
kepada mahasiswa di menara gading. Salah satu perkara yang ingin saya
tegaskan juga kepada mahasiswa di luar sana, janganlah berfikiran
tertutup dengan agenda pemansuhan AUKU ini. Kami sering dikaitkan dengan
agenda pembangkang sekiranya tidak selari dengan kerajaan sedangkan
agenda pemansuhan AUKU ini tiada kaitan langsung dalam memberi
kepentingan kepada pembangkang mahupun kerajaan. Ianya adalah tuntutan
hak mahasiswa dan ahli akademik supaya tidak dicengkam undang-undang
zalim.
Kita tahu bahawa semua pihak ingin melihat mahasiswa maju tampil
kehadapan dan bukan sekadar belajar di bilik kuliah tanpa mempedulikan
keadaan sekeliling serta menyelesaikan permasalahan yang kian meruncing
dalam negara termasuklah gejala-gejala negatif, membanteras rasuah,
menolak politik tidak matang dan memimpin negara akan datang. Ayuh,
bebaskan mahasiswa!
Muhammad Safwan ialah Pengerusi Solidariti Mahasiswa Malaysia sesi 2012/2013
Artikel ini ditulis oleh Muhammad Safwan selaku Pengerusi Solidari Mahasiswa Mahasiswa 2012/2013. Tulisan ini pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya menggambarkan pendirian rasmi GMUKM.
1 comments:
Kami mohon sangat2 agar semua anak2 muda mengundi PR pada PRU ke-13. Mesti undi PAS, PKR dan DAP. Kita mesti ambil serius soal ekonomi dan perpaduan kaum. BN telah meninggalkan banyak hutang di setiap negeri. Ini akan membebankan kita.. Percayalah. Lihat sendiri selangor, bila PR memerintah, hutang selesai. Mereka pun tahu tapi tetap mahu menafikannya.. sememangnya betul..
Terang2 tak wujud perpaduan dalam BN. MCA dan MIC terang2 menolak BN.
Pastikan anda memberitahu rakan2, emak ayah dan saudara yang kurang tahu soal ekonomi dan perpaduan kaum.... Walaupun terpaksa berada dlm kem BN dan UMNO, pastikan undi anda tetap kpd PR.... Yakin dan percayalah, anda tak rugi apa2 jika bg peluang kpd PR malah untung..
Jika adik2 semua tak yakin, buktikan video dibawah adalah tidak benar
http://www.youtube.com/watch?v=TtEnNzCwXCk&feature=player_embedded
Kekejaman Terhadap Orang Muda - ( Lihat sendiri BUKTI, Kenapa kami KELUAR UMNO dan TAKKAN kembali lagi. Buktikan jika ia PALSU )
1~BUKTI 1 * (MESTI TONTON)
2~BUKTI 2 * (HOT)
3~BUKTI 3
4~BUKTI 4
5~BUKTI 5 * (HOT)
6~BUKTI 6
7~BUKTI 7
8~BUKTI 8
9~BUKTI 9
10~BUKTI 10
~ Orang Muda Geng Kita - Usaha Dengan Doa ~
p/s: Ubahsuai (copy&paste) dari 'Adik Sayang'
Post a Comment