Semalam saudara Mohammad
Abdullah Mohamed Yusoff (gambar), ahli Majlis Perwakilan Pelajar Persatuan Mahasiswa
Universiti Kebangsaan Malaysia (PMUKM) mengeluarkan kenyataan berhubung
tindakan Aspirasi Kampus UKM.
Aspirasi Kampus UKM sebelum ini
mendakwa saudara Mohammad telah membatalkan forum PTPTN dan AUKU pada minit
terakhir sebelum forum bermula.
Gabungan Mahasiswa Universiti
Kebangsaan Malaysia (GMUKM) menyelar sekeras-kerasnya tindakan Aspirasi Kampus
UKM di laman sosial Facebook. Tindakan ini secara jelas ingin mengaibkan
saudara Mohammad pada pandangan masyarakat umum.
Rakan-rakan mahasiswa Universiti
Kebangsaan Malaysia, tindakan ini bukanlah yang pertama diterima oleh kebanyakan
MPP yang berpihak kepada GMUKM. Namun, tindakan kali ini jelas menunjukkan
perasaan hasad dengki yang tidak terhingga oleh pihak Aspirasi Kampus UKM
terhadap GMUKM.
Meskipun, fitnah yang disebarkan
oleh Aspirasi Kampus UKM ini menyerang saudara Mohammad atas kapasiti individu,
tetapi tidak bagi GMUKM. Tindakan ini bukan sahaja ingin mengaibkan maruah
saudara Mohammad, bahkan imej GMUKM juga.
Untuk makluman rakan-rakan
mahasiswa, forum tersebut dibatalkan oleh pihak pentadbiran yang diwakili oleh
Jabatan Perkhidmatan Pelajar (JPPel). Pesanan ringkas sudah dihantar kepada
setiap wakil panel forum oleh JPPel.
GMUKM turut yakin bahawa pesanan
ringkas tersebut pasti sampai kepada wakil Sekretariat Aspirasi UKM. Perkara
ini jelas menunjukkan bahawa dakwaan Aspirasi Kampus UKM meleset sama sekali.
Tindakan memurnikan semula keadaan
Kenyataan yang dikeluarkan oleh
saudara Mohammad adalah bertujuan memberi penjelasan yang sebenar. Malah, GMUKM
merasakan kenyataan tersebut berbaur lembut serta ingin menegur Admin Aspirasi
Kampus UKM supaya sedar akan tindakannya.
Kenyataan balas daripada MPP
Aspirasi UKM, Muhammad
Helmi Othman turut menjadi perhatian. Sekretariat Aspirasi UKM juga tidak mengetahui
dalang tindakan fitnah ini. Aspirasi UKM juga menyatakan bahawa secara
prinsipnya mereka tidak akan melakukan perbuatan “kurang pandai” tersebut.
Saudara Helmi turut menegaskan
bahawa segala kenyataan yang dikeluarkan oleh Admin Aspirasi Kampus UKM tidak
mencerminkan personaliti Aspirasi yang sebenar. GMUKM merasakan tindakan yang
dilakukan oleh Admin Aspirasi Kampus UKM sebagai tindakan yang bacul.
Jika benar kenyataan sauadara
Helmi terhadap situasi yang berlaku, GMUKM merasakan bahawa wujudnya entiti
yang pengecut yang telah memperkudakan nama Aspirasi UKM. Tindakan ini secara
jelas ingin melagakan 2 entiti politik gergasi di UKM.
GMUKM enggan bermuka-muka dalam situasi ini. GMUKM menolak segala unsur politik fitnah yang memburukkan imej individu yang berada dalam gelanggang politik kampus.
GMUKM berharap agar Admin
Aspirasi Kampus UKM sedar akan perbuatan yang telah dilakukan serta meneliti
warkah yang telah ditulis sendiri oleh saudara Mohammad. Kenyataan tersebut
boleh didapati di sini.
GMUKM pada akhir kata menyambut
baik hasrat yang diidamkan oleh saudara Mohammad untuk bersemuka, berdebat,
mahupun forum bersama. Atas semangat mendokong kewibawaan intelektual, GMUKM
mencabar Aspirasi UKM menyahut seruan untuk berdebat secara berdepan.
Ber-GM Lebih Baik!
0 comments:
Post a Comment