Majlis Kepimpinan Utama GMUKM

Kompilasi Kejayaan Manifesto

Provinsi Ungu [Versi Online]

Wednesday, May 30, 2012

PRU 13 : UKM Anak Ikan UMNO-BN



Malaysia merupakan salah sebuah negara yang mengamalkan sistem demokrasi dan pemilihan pemimpin melalui ruang pilihanraya. Ruang dan peluang ini perlu dimanfaatkan oleh seluruh rakyat Malaysia baik di bandar, mahupun di luar bandar dalam memilih pemimpin peneraju Malaysia. Pengundian ini adalah kunci kepada hala tuju sesebuah negara kerana undian ini berlandaskan suara majoriti.

Situasi hari ini, suasana disekitar bandar mahupun di kampung-kampung, kelihatan berkibaran bendera-bendera parti politik dengan hasrat menaikkan semangat juang jentera mereka. Namun, Perdana Menteri Malaysia, Dato' Sri Haji Mohd Najib bin Tun Haji Abdul Razak masih bermain dengan teka teki terhadap tarikh sebenar Pilihan Raya Umum 13 (PRU 13).

Pelbagai ramalan yang kita dengar namun ianya sekadar ramalan kosong selagi tarikh tersebut tidak diperakukan oleh PM Malaysia sendiri. Biarpun, tiada tarikh yang tepat, peringkat jentera parti terus berusaha mempersiapkan kekuatan serta strategi mereka dalam memenangi PRU 13.


GMUKM tetap dengan pendirian tuntut pilihanraya adil

Sehubungan itu, GMUKM masih teguh dengan pendirian agar PRU 13 akan datang ini berlangsung dengan sistem yang adil dan telus. Sehubungan itu, GMUKM menyokong sepenuhnya tuntutan yang dibuat oleh pihak Gabungan Pilihanraya Bersih & Adil (BERSIH) yang bertegas menuntut Suruhanjaya Pilihanraya Malaysia agar telus dalam tindakan mereka.

GMUKM menyokong agar pilihanraya di Malaysia khususnya merujuk kepada PRU 13, dilaksanakan dengan adil dan telus. Ini sangat bertepatan dengan 8 tuntutan yang dikemukakan oleh pihak BERSIH.




Bebaskan kampus dari cengkaman parti politik

Belakangan ini, UMNO dan BN berusaha segigih yang mungkin dalam meraih simpati sokongan anak muda. Terbukti dengan perhimpunan jutaan belia yang menuntut penglibatan anak muda Malaysia. Mereka terdesak dalam meraih populariti namun mereka jahil dalam menyalah gunakan istilah ‘wasatiyyah’ yang kencang diperjuangkan UMNO-BN.




Dalam pada itu, PMUKM turut menerima undangan ke program Sambutan 66 tahun UMNO di Stadium Bukit Jalil. Namun, GMUKM memuji tindakan presiden PMUKM yang mengeluarkan kenyataan media untuk tidak menyertai program tersebut. PMUKM berpendirian tersebut kerana menghormati kampus UKM sebagai taman ilmu dan UKM perlu bebas daripada cengkaman parti politik.

Program Kolej Pendeta Za’ba dengan kerjasama UMNO








Terbaru, sekumpulan konvoi bermotor yang diekori beberapa buah lori dipercayai daripada UMNO-BN Kemaman telah masuk ke dalam UKM dengan mengibarkan bendera BN. Pada hemat GMUKM, perkara ini bertentangan dengan AUKU, baik sebelum dipinda mahupun selepas pindaan.

Perkara ini melanyak kesucian UKM sebagai taman ilmu yang mulia. Malah, lebih malang lagi golongan ‘anjing’ UMNO ini sewenang-wenangnya dibenarkan menginap di Kolej Kediaman Za’ba.








GMUKM menegaskan bahawa kami tetap berpendirian non-partisan untuk tidak menyebelahi mana-mana parti politik. Kami sayangkan UKM. GMUKM menuntut agar pentadbiran UKM tidak menutup mata dalam isu politik ini.

Jangan ingat hanya dengan bukti yang dilampirkan disini hanyalah satu-satunya bukti yang GMUKM miliki. Banyak lagi penemuan di sekitar pembukitan ilmu ini dicemari dengan bahan-bahan kempen UMNO-BN serta perkaitannya dengan beberapa badan pelajar yang ‘dihalalkan’ oleh pentadbiran UKM.

Amaran ini jelas menunjukkan GMUKM kesal dengan tindakan pentadbiran UKM yang sengaja tidak peka terhadap perkara yang berlaku. GMUKM menggesa dengan tegas kepada pihak pentadbiran UKM, agar menghentikan ‘lesen’ yang diberikan. ‘Lesen’ yang membenarkan parti politik masuk ke dalam kampus sesuka hati mereka.

GMUKM <3 UKM. GMUKM menjunjung kesucian dan kemuliaan universiti sebagai taman ilmu dan perlu bebas daripada parti politik nasional.

Ber-GM Lebih Baik!

0 comments:

Post a Comment

tvGMUKM

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

#Hashtag

#Hashtag

Moving Forward

Wajib Muat Turun !