Majlis Kepimpinan Utama GMUKM

Kompilasi Kejayaan Manifesto

Provinsi Ungu [Versi Online]

Tuesday, May 22, 2012

Debat Sinar PTPTN: Mahasiswa fokus pada tawaran bukan parti

Akram Ikrami Taib Azamudden
22 Mei 2012
Bahang isu mansuh PTPTN dan pendidikan percuma masih lagi terasa walaupun pelbagai isu muncul mewarnai dunia politik tanah air.

Terbaru, hari ini, akan berlangsung debat berkenaan PTPTN hala tuju pendidikan tinggi, anjuran Sinar Harian, yang bakal memanaskan kembali isu mansuh PTPTN  dan pendidikan percuma.

Debat tersebut menampilkan dua orang tokoh anak muda iaitu Khairy Jamaluddin Abu Bakar, Ketua Pemuda Umno dan Rafizi Ramli, Pengarah Strategi PKR. Melihat kepada kredebiliti dua tokoh anak muda tersebut, sudah meyakinkan debat tersebut akan berlangsung dengan penuh intelektual dan matang.

Debat tersebut sedikit sebanyak mengimbau debat politik anjuran Himpunan Mahasiswa United Kingdom dan Ireland (UKEC) membabitkan mereka berdua. Mereka berhujah dan mencabar minda mengenai Wawasan 2020 dan benarkah Malaysia berada di landasan betul untuk mencapai taraf negara maju yang tinggal lapan tahun lagi.

Gabungan Mahasiswa Islam SeMalaysia (Gamis) menyokong penganjuran debat ini dan melihat ia satu medium untuk rakyat mendapatkan maklumat secara adil. Pihak Gamis juga yakin bahawa isu ini bukan isu yang dipolitikkan, tetapi isu yang memperjuangkan hak dan kebajikan rakyat khususnya mahasiswa.

Dari perspektif berbeza, Gamis yakin dengan penganjuran debat ini, ia mampu menyerlahkan lagi peranan kerajaan dan oposisi iaitu saling melengkapi bukannya sekadar mahu melihat parti mana yang lemah atau kuat, hasilnya rakyat akan mendapat keuntungan daripada proses saling melengkapi dari sudut gagasan dan tawaran.

Menariknya, debat ini sejajar dengan kandungan Deklarasi Inspirasi Anak Muda (Inspirasi) yang dilancarkan oleh Gamis pada 25 Mac lalu iaitu dalam membela hak dan kebajikan mahasiswa dalam pembiayaan pengajian.

Akram Ikrami Taib Azamudden, Presiden Gamis

Ber-GM Lebih Baik

0 comments:

Post a Comment

tvGMUKM

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

#Hashtag

#Hashtag

Moving Forward

Wajib Muat Turun !