Persatuan Mahasiswa Universiti
Kebangsaan Malaysia (PMUKM) sesi 2010/2011 terus mewakili mahasiswa UKM dengan
membawa suara mereka ke peringkat pentadbiran universiti.
Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)
telah melancarkan Syarikat Terbitan Universiti (STU) dan Perasmian Pusat
Pembangunan Keusahawanan (UKM-CESMED) dan Syarikat Kecil dan Sederhana (EKS)
pada 31 Januari 2011. Artikel penuh boleh rujuk di sini.
Pada 3 Jun 2011, Pengerusi Biro Perpaduan & Kemasyarakatan hadir pada
perjumpaan bersama Pusat Pengajian Umum (PPU) yang bertujuan membincangkan penstrukturan
semula kursus yang ditawarkan PPU. Hasilnya, Subjek Inovasi Dan Keusahawanan
(CESMED) dikategorikan sebagai kursus pembangunan diri.
Susulan perlaksanaan ini,
Bendahari Kehormat merangkap Pengerusi Biro Keusahawanan dan Kerjaya PMUKM
2010/2011, saudari Nurazidah Binti Mashan mengeluarkan kenyataan
sokongan terhadap usaha perlaksanaan Subjek
Inovasi Dan Keusahawanan (CESMED).
Beberapa program awal telah
dianjurkan PMUKM hasil perbincangan bersama pihak Pengurus Pembangunan EKS dan
Inkubasi Niaga CESMED, Encik Padlee Akirul. Program yang dianjurkan oleh pihak
PMUKM tersebut adalah Program Pembangunan Keusahawanan dan Kerjaya 2011 .
Objektif yang ingin dicapai adalah memberi pendedahan serta menanam minda
usahawan dalam kalangan peserta program.
Baru-baru ini, Saudara Muhammad Helmi Othman turut mewakili PMUKM
menyahut perlaksanaan Kursus Pembangunan Diri ini. Gabungan Mahasiswa Universiti
Kebangsaan Malaysia (GMUKM) melihat usaha murni daripada Sekretariat Aspirasi
Universiti Kebangsaan Malaysia (ASPIRASI) sebagai satu respon mereka terhadap
isu CESMED dan menyokong kenyataan yang dikeluarkan oleh MPP GMUKM,saudari Nurazidah Binti Mashan.
Sokongan serta respon terhadap isu CESMED ini merupakan agenda bersama. ASPIRASI
turut menyokong perlaksanaan CESMED dengan beberapa pindaan. Perbincangan
bersama pihak pentadbiran dihadiri oleh wakil GMUKM, kini ASPIRASI sebagai satu
rakan “Semak-Imbang” terhadap perlaksanaan program ini.
Soal pengurusan yang sistematik perlu ditekankan supaya hasrat murni
pentadbiran UKM tidak sia-sia. Penerapan nilai-nilai keusahawanan dalam diri
mahasiswa perlu mendapat sokongan daripada pengurusan yang sistematik. GMUKM
khuatir sekiranya perlaksanaan ini dilihat tidak strategik, proses penerapan
tersebut pasti terganggu.
Justeru itu, GMUKM berharap agar kursus pembangunan diri ini terus
berlangsung dengan sistematik. Usaha ini memastikan agar nilai tambah terus
wujud dalam diri mahasiswa UKM. GMUKM turut berharap agenda PMUKM terus subur
dengan suasana harmoni dan damai dalam kalangan pimpinannya.
Ber-GM Lebih Baik!
0 comments:
Post a Comment