Majlis Kepimpinan Utama GMUKM

Kompilasi Kejayaan Manifesto

Provinsi Ungu [Versi Online]

Thursday, June 18, 2009

Himpunan Menyokong ISA 7 - Mahasiswa Perlu Berikan Sokongan

Kurang 8 Jam sebelum sebutan kes Perbicaraan ISA 7 yang telah masuk tahun ke-6.

Tahniah kepada yang peka terhadap isu di dalam artikel terdahulu berkenaan ISA 7 ini. Jika diperhati, tarikh sebenar artikel tersebut ialah pada tahun 2007, iaitu ketika Sdr Ezam masih bersama PKR. Namun sengaja diletakkan di dalam blog ini dengan harapan isu ini mampu menjadi topik bual bicara Mahasiswa. Hakikat yang perlu diterima, Mahasiswa sudah 8 tahun "sepi" dari sebarang isu yang boleh dibanggakan. Bahkan mungkin lebih daripada itu.

Jika diperhati, di negara-negara jiran, seperti Indonesia dan Thailand, Mahasiswa merupakan nadi juga agen yang menggerakkan masyarakat. Mereka turun ke dalam masyarakat untuk membantu rakyat membebaskan diri daripada cengkaman kezaliman dan penindasan. Mahasiswa tidak gentar pada ugutan dan ancaman, bahkan merekalah yang mendepani segala karut-marut pemerintah.

ISA 7 merupakan permulaan malap gerakan Mahasiswa di Malaysia. Seramai 7 orang Mahasiswa dibicarakan atas tuduhan terlibat dengan demonstrasi membantah akta zalim ISA yang diadakan di Masjid Negara, pada 8 Jun 2001. Susulan daripada kes ini, kesemua Mahasiswa yang dibicarakan telah digantung universiti walaupun masih belum dibuktikan bersalah. Antara yang turut dizalimi, ialah Mahasiswa UKM, Fakulti Sains Kesihatan Bersekutu Tahun 1, Semester Pertama di UKM, Sdr Nik NorHafizi.

Perbicaraan masih berlangsung kerana pihak Pendakwaraya begitu gemar dengan istilah sebutan kes, dan rayuan semula. Sehingga ke hari ini, mereka masih "suci" di sisi undang-undang, namun begitu ada segelintir pengamal undang-undang sendiri yang begitu tekun dan "sungguh hati" memperkosa hak dan kesucian mereka.

Hari ini, adegan memperkosa akan diadakan pada Jam 10 pagi di Kompleks Mahkamah, Jalan Duta, Kuala Lumpur. Mahasiswa perlu turun beramai-ramai sebagai sokongan terhadap kesucian ISA 7 dan menghentikan perbuatan yang tidak bermaruah ini. Kembalikan hak Mahasiswa!

p/s: Mungkin perlu bawak payung kerana dibimbangi atap lama bocor kembali...

1 comments:

Anonymous said...

bersatu berubah

Post a Comment

tvGMUKM

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

#Hashtag

#Hashtag

Moving Forward

Wajib Muat Turun !