Majlis Kepimpinan Utama GMUKM

Kompilasi Kejayaan Manifesto

Provinsi Ungu [Versi Online]

Thursday, July 30, 2009

UMNO Masuk Kampus.

Bangi, 30 Julai - Pengerusi Gabungan Mahasiswa Universiti Kebangsaan Malaysia (GMUKM), Hisyamuddin Che Ali memohon penjelasan daripada pihak pentadbiran UKM di atas penganjuran forum yang akan berlangsung pada 1 Ogos ini.

Forum yang bertajuk “Mengangkat Martabat Bangsa” tersebut mencetuskan tanda tanya apabila ianya dianjurkan oleh UMNO bahagian Serdang dan menggunakan dewan yang mulia, Dewan Canselor Tun Abdul Razak (DECTAR).

GMUKM menuntut penjelasan daripada pihak pentadbiran dan juga pihak Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) berhubung penganjuran program tersebut yang dilihat tidak professional dan berat sebelah.

KPT terutamanya perlu mengambil tindakan sewajarnya ke atas Tan Sri Dato’ Seri Prof Dr. Ibrahim Abu Shah kerana secara terang-terangan menghadiri program yang bersifat politik sedangkan dalam masa yang sama beliau merupakan Naib Canselor UiTM.

Didakwa hal tersebut bertentangan dengan Akta Universiti dan Kolej Universiti di bawah KPT sendiri, yang melarang kakitangan universiti daripada menyertai mana-mana pergerakan politik di Malaysia.

Beliau sendiri sudah beberapa kali terlibat secara langsung dalam program anjuran UMNO Barisan Nasional sebelum ini.

Menurut maklumat yang diterima, hebahan mengenai program ini bukan sahaja berlaku di luar kampus malah aktiviti hebahan juga rancak berlaku di dalam kampus melalui risalah dan poster yang ditampal di merata-rata tempat di sekitar kampus berkenaan.

Parti politik tersebut juga didakwa bukan sahaja memperalatkan universiti untuk kepentingan politik, malah turut mengheret mahasiswa dan kakitangan universiti untuk menyokong ideologi parti politik tersebut.

Dipercayai pertikaian timbul apabila program ini bukanlah anjuran mahasiswa sebaliknya dianjurkan oleh UMNO bahagian Serdang sedangkan sebelum ini satu forum pernah dianjurkan oleh Mahasiswa sendiri di Fakulti Sains dan Teknologi yang membariskan pemimpin kerajaan dan pembangkang tetapi telah diganggu oleh pihak pentadbiran universiti.

Hisyamuddin menyatakan, program tersebut sebenarnya diadakan untuk menghalang mahasiswa daripada turun untuk menyertai himpunan membantah akta zalim ISA yang akan diadakan pada tarikh yang sama.

Dalam pada itu, hebahan yang dilakukan secara meluas di dalam kampus yang menjemput semua mahasiswa mahasiswi untuk hadir ke program tersebut.

Flyers yang diedarkan dari bilik ke bilik di kolej-kolej kediaman juga ditemui.

Gabungan mahasiswa tersebut menasihati pihak kementerian dan pentadbiran universiti sewajarnya bertindak lebih profesional dan tidak bias terhadap ideologi politik UMNO semata-mata dan tidak menjadikan universiti sebagai instrumen politik mereka.

Mereka juga berpendapat bahawa Pakatan Rakyat juga seharusnya diberikan ruang yang sama rata supaya pemikiran mahasiswa lebih terbuka dan mampu membuat penilaian sendiri yang dirasakan terbaik untuk diri mereka.

26 comments:

Anonymous said...

kalu dah UMNO,UMNO jugak perangainye....dorang buat xpe,kalo yang membangkang skit buat dituduh mcm2,hampeh ahh sume org UMNO

Anonymous said...

sengal tol la umno nie..dia buat tak pelahk...petadbiran pn sama,kalo pembangkang masuk kecoh satu universiti buat kawalan,tapi UMNO senang2 jer masuk..cmnela orang nak sokong kalo perangai cam sial gini...

Anonymous said...

wei bodoh...dah org ajk..dia pie la..cetek sungguh pemikiran korang nie..
lg pun x salah pergi,bkn terlibat pun...

Anonymous said...

anon 3...
rlek la
bkan terlibat ap....
memg terlibt pun

dilacurkan oleh umno

haaaa mane razali ibrahim, mane md husin, mane kadderi, mane balaci umno lain?

sila jawab

Anonymous said...

wei bodoh balik.... kata org suruh ikut auku, berahim abu shah pun terlibat auku gak, dia kn kakitangan. ni la umno n pengikut bodoh. kata org suruh ikut undang2. yg korang langgar bleh plak. dasar orng utan. undang2 rimba. dia langgar x pe plak..... pengikut mcm engko la bangang...

Anonymous said...

forum tu utk bangsa korang juga...tak kira la sape yg anjur..org macam korang la yg memecah belahkan bangsa melayu...yg dlm blog korang ni promote mcm² utk kepentingan pakatan rakyat yg menjadikan malaysia huru-hara...kena ingat korang belajar pun kerajaan tanggung hampir 30k sorang..kufur nikmat..

Haf said...

"Hisyamuddin menyatakan, program tersebut sebenarnya diadakan untuk menghalang mahasiswa daripada turun untuk menyertai himpunan membantah akta zalim ISA yang akan diadakan pada tarikh yang sama."

Mungkin sepatutnya, bukan pihak UMNO yang sibuk2 turun padang tetapi pihak ISA sendiri untuk menerangkan fungsi sebenar mereka di dalam negara kita. Mungkin mahasiswa kurang jelas dengan beberapa perkara tentang ISA, jadi perlulah penerangan lanjut tentang itu. Tapi, kenapa pula tajuknya "Mengangkat Martabat Bangsa"? Kita ada ATMA yang banyak buat kajian tentang tamadun orang Melayu, kenapa tidak diambil pandangan mereka sahaja?

Aku rasa sepatutnya, kalau nak anjurkan apa2 program pun mesti adakan kerjasama dengan ahli akademik. Mereka dah buat banyak penyelidikan dan sebenarnya penyelidikan itu amat membantu pihak kerajaan. Malangnya penyelidikan ini tidak diendahkan oleh sesiapa pun kerana orang kita lebih sibuk berpolitik di sana sini, membuat tuduhan yang bukan2 tanpa menyelidikinya terlebih dahulu. Apa gunanya ilmu membuat kajian ilmiah dan kajian kes kalau tidak digunakan untuk kemaslahatan pada masa akan datang. Apa guna kita bersusah payah buat assignment tapi tak satu pun daripada ilmu kita digunakan?

Pada pandangan saya, ini yang harus kita mulakan di UKM. Mendedahkan pelajar UKM dengan penyelidikan. Ini bukan sahaja boleh menjamin kejituan keputusan yang bakal diperolehi, malahan dapat menjentik minda mahasiswa ke arah kesyumulan ilmu yang diperoleh.
[Ini dah pergi jauh sangat ni]

Can you see the connection between the paragraphs? Kalau kurang mengerti tidak mengapa, tambah bacaan di PTSL pasti boleh...=)

Anonymous said...

bersyukur kepada manusia atau tuhan..kalau konsep pon dah salah x usah nk tayangkan kebodohan kpd org lain.

Anonymous said...

Anon 6

Betul ke Islam dianggap sebagai pemecah belah masyarakat?

Kalo betul perpaduan melayu, kelantan 2 dh lme dpt royalti la...

sila jawab

peluru pertama

Anonymous said...

mana ada umno nak jaga perpaduan melayu. aku setuju dhn ano di atas. kelantan pun diskriminasi. korang setuju x, umno nak jaga periuk nasi, bukan bangsa? bangsa hanya dijadikan alat dan modal utk tarik sokongan dan kelirukan org bodoh mcm beberapa ano di atas. betul x?

Anonymous said...

hahaha klu pr wat rasanya budak2 gm melompat keriangan

Anonymous said...

myb ader yg berkonvoi siap maen hon motor keliling UKM... lol...

1 OGOS 2009 said...

takyah ahh kecoh2 cpt buat persiapan diri nak turun berdemo esok...baca entry blog ini,sgt berguna untuk yang tak pentingkan diri sendiri,kalo dak aspirasi takyah gi kot...korangkan nak sambut totok UMNO kat UKM kan??

Anonymous said...

hahaha

cybertroopers umno atau aspirasi(yg totok umno) x dpt jawab pasal royalti kelantan

jawab soalan tu dulu
jgn tepis2

Anonymous said...

salam perpaduan. yang sengalnya adalah hisyamudin tu. mandai2 je buat cita. yang pasal risalah tu memng ade orang segaja buat. nak menfitnah , biase la. dirang buat pastu tuduh bdk aspirasi. waoi dah la? taktik ni dah lama la. lagipun bukan salanya program tu nak diadakan sebb naib censelor dah bersetuju. semua kuasa ada di tangan nc so hormati la keputusanya itu. selama ini nc tu dia jenis yang pilih bulu ke. rasa aku nc sekarang ni memng bersikap terbuka . kita diphak aspirasi pun akan dihukum jika ada melakukan kesalan . x payah la nak menuduh ni. tu sebb bangsa kita x maju.lagipun kan baik tun nak datang. orang yang bnyak pengalaman dan ilmu itu pun orang xsudi nak terima. x kisah la sapa penganjurnya.
sekian dari orang kuat aspirasi

Anonymous said...

Alahai, klu umno nak wat something, terus dtg banyak2 spekulasi cani, dari sape?? dari korg jugak kan???? pastu nak berbalah2 dgn spekulasi yg korg wat sendiri, ape kejadahnye korg ni???? jgn ingat korg bace harakah, bc malaysia kini, bc blog sane sini korg dah tau sme bende yg terjadi kat atas muke bumi ni.. sempit nye pemikiran korang, kolot, memalukan golongan yg bergelar PELAJAR!

Anonymous said...

ok ahh bce mcmtuuh..korang tak bce pe pun just jad pak turut je tu untuk korang bleh ahh..kak kan aspirasi????

Anonymous said...

anon2 aspirasi

jgn emosi
kalo ad hujah bg hujah

jgn stakat kte kolot etc
kalo kolot, bg bukti

sbab ap 'bangsa' kita x maju?
bgsa mne satu?
melayu ke umnoputra?

spe yg x tlg bgsa sendiri?
spe yg buruk2 kan org2 bgsa sndiri dlm btn?

soalan skrg
nk bgsa dulu ke agama dulu?

very fundamental

Anonymous said...

anon2 aspirasi

komen kamu menunjukkan kamu masih byk kurang membaca

sila baca peristiwa2 yg berlaku kt msia aka tanah melayu dri 1924-skrg

Anonymous said...

haha, anon2 GM..
hujah je kuat, habuk tarak..

kaji la sejauh mane ISLAM nye kamu..
b4 kate kat org, tgk la sndiri org2 kamu..

same je semue, jgn kate korg lebih bagus..

Anonymous said...

anon atas ni

mane same beb
dgn amal penuh dgn amal sebahagian tinggal sebhagian lain

nak tembak biar tepat

knpe asp biarkan ccc menghina islam?
sila rujuk risalah mereka

haaa sejauh mana islam kite....heeeee

Anonymous said...

anon2 semua... kui3... termasuk admin, nak mintak org bg bukti, tp tuduhan dr admin sendiri x dikepil dengan bukti, amacam???

Anonymous said...

bukan x da
tpi byk sgt

cuba pg ppp, tny dr khaidzir

dia pun x tau

spe plak yg suh bdk 1st yr pg melainkan mereka yg ada kaitan dgn kolej

pengetua? siapa yg lead pengetua2 kolej?

come on la...x yah belit2 la

Anonymous said...

ano yg ckpumno pch blhkn melayu 2..ktrgn bia tpt.sbnrnya bkn prti yg pch blhkn tp dri kta sndiri..mlyu x mju sbb hasad.agma sndri pn kta x dpt jg.lau kta nk mytukn org mlayu kta tlg r nshtkan muda mudi melayu kta dlu yg ISLAM.jg cara kte.kte kne igt dlm ISLAM "matlamat x menghalalkan cara".lau nk bangsa maju kte sme2ja agama kte

Anonymous said...

wei...GM ui..tulisan korang mcm ni la yg jadi salah satu punca melayu makin pecah belah...

Anonymous said...

bodo piang anon ats ni

melayu hebat kerana ISLAM
melayu hebat BUKAN SEBAB UMNGOK
melayu mundur sebab UMNGOK BAWAK SEKULAR UNTUK MEMECAH BELAHKAN MELAYU DARI LANDASAN UBUDIYYAH KPD ALLAH

dh kalah hujah, tuduh plak pemecah belah melayu
nabi sebijik kena cmni, bile musyrikin klah hujah, tuduh la pemecah belah, ahli sihir dll

puak2 pro umno ni memg genetik stupid

Post a Comment

tvGMUKM

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

#Hashtag

#Hashtag

Moving Forward

Wajib Muat Turun !