Kompilasi Kejayaan Manifesto
Provinsi Ungu [Versi Online]
Tuesday, October 27, 2009
Friday, October 23, 2009
Warkah GMUKM kepada seluruh Mahasiswa
GMUKM MERENTAS KECEMERLANGAN
Segala usaha ke arah kecemerlangan intelektual mahasiswa sangat bertepatan dengan tema KEILMUAN dalam dasar GMUKM. Namun, kecemerlangan akademik belum cukup untuk melahirkan individu yang unggul dalam masyarakat.
GMUKM mendukung FALSAFAH Universiti yang memartabatkan ilmu seiring dengan pembentukan akhlak dan jatidiri mahasiswa. Mahasiswa intelek yang mempunyai jatidiri terpuji akan menzahirkan amalan berbentuk KEBAJIKAN yang bermanfaat kepada orang lain. Semuanya terkandung berpadu sebagai dasar GMUKM: KEILMUAN, FALSAFAH, KEBAJIKAN.
MAHASISWA INTELEK = AGEN PERUBAHAN
Keintelektualan merupakan aset yang tidak ternilai harganya. Jika tidak dipelihara dan digunakan sebaiknya, keintelektualan boleh dimanipulasikan oleh sesetengah pihak untuk kepentingan sendiri. Mungkin juga ‘membeku’ kerana dibiarkan dipengaruhi unsur-unsur kecaman dan ugutan.
Keintelektualan tidak harus menghalang mahasiswa daripada bebas memilih kepimpinan mahasiswa tanpa perlu dipengaruhi rasa takut dan gentar kepada pihak bukan mahasiswa. Kecelaruan sistem urus tadbir kepimpinan sedia ada harus menjadi isyarat kepada semua bahawa mahasiswa perlu berubah pada Pemilihan Majlis Perwakilan Pelajar akan datang. Isyarat ini pasti akan sampai kepada setiap warga kampus agar membentuk suatu kesatuan padu yang ingin berubah. Ayuh, BERSATU BERUBAH!
Justeru ayuh semua mahasiswa berusaha ke arah keintelektualan yang lebih berintegriti. GMUKM mengucapkan Selamat Menghadapi Peperiksaan Akhir Semester buat semua mahasiswa UKM. Semoga setiap usaha dibayar dengan kejayaan. Gandakan usaha, tingkatkan kecemerlangan.
GMUKM.. GOVERNMENT IN WAITING
Pilihanraya Kampus (PRK) merupakan perayaan demokrasi (democracy of ) yang sentiasa diraikan oleh mahasiswa di seluruh negara dan tidak terkecuali di kampus tercinta ini. Dalam pilihanraya kampus lalu, kejayaan Gabungan Mahasiswa Universiti Kebangsaan Malaysia (GMUKM) menafikan majoriti 2/3 yang Aspirasi, merupakan satu kejayaan yang membanggakan dan di luar jangkaan. Dan pada PRK kali ini, kami menetapkan sasaran untuk menduduki kerusi Persatuan Mahasiswa UKM (PMUKM) yang nyata telah gagal dibawa perubahannya oleh Aspirasi pada kali ini. Kegagalan mereka dalam menjadikan UKM universiti perdana dan mahasiswanya bersifat intelek, telah diterjemahkan dengan kejatuhan UKM sebanyak 41 anak tangga iaitu dari tangga 250 pada 2008 ke tangga 291 dalam rangking Higher Education (THE)-QS World University Ranking 2009. Berbanding di UM, kampus mereka berjaya menjadi terulung di Malaysia dan menduduki tangga 180 daripada kedudukan 230 tahun lalu. Fakta yang tidak boleh dinafikan, ianya sedikit sebanyak disebabkan oleh pemerintahan Majlis Perwakilan yang pro mahasiswa, yang tahu apa kehendak dan aspirasi mahasiswa, bukan aspirasi politik luar yang kotor itu.
E-Undi : Mengekang proses demokrasi sejati (the true democracy)
Pilihanraya kampus di UKM telah ditetapkan pada tahun hadapan iaitu selepas 15 Januari 2010. Ini telah dinyatakan oleh Timbalan Naib Canselor Hal-Ehwal Pelajar & Alumni UKM, Prof. Dato' Dr. Mohamad Abdul Razak ketika menjawab pertanyaan MPP GMUKM pada Mesyuarat Lembaga Pengurusan Universiti pada 28 September lalu. Ia juga selari dengan peruntukkan Perlembagaan Universiti Kebangsaan Malaysia (Pindaan) 1999 yang menyatakan bahawa hendaklah pemegang jawatan MPP itu selama satu tahun. (PRK 2009 dijalankan pada 15 Januari 2009 lalu). Bahkan jaminan TNC HEPA bahawa sistem e-undi atau e-voting, tidak akan digunakan dalam PRK UKM pada tahun hadapan. GMUKM mengucapkan tahniah dan penghargaan kepada Ayahanda TNC kerana mendengar suara mahasiswa berkaitan isu ini. Bukannya kami membantah tanpa ada hujah yang kukuh, tetapi sebenarnya adalah kerana demi kelangsungan demokrasi sebenar di UKM dan juga sistem pilihanraya kampus yang adil dan bersih (free and fair election). Sistem e-undi telah dibuktikan di UPM sebagai satu sistem yang boleh dimanipulasikan, dan pada masa yang sama membuatkan peranan Polling Agent (Agen tempat mengundi) dan Counting agent (Agen kira undi) ibarat patung semata-mata, yang tidak boleh melihat atau mengira kertas undi kerana ianya bersifat illusi ibarat hantu yang susah dilihat, tetapi selalu diceritakan orang ramai.
Kemenangan Moral 2 Pro M UUM
Kemenangan tidak disangka-sangka, dua orang calon pro mahasiswa, seangkatan dengan GMUKM di Universiti Utara Malaysia (UUM) adalah amat mengejutkan. Dan petanda ini jelas bahawa tsunami politik kampus akan melanda UKM tidak lama lagi. Dalam pilihanraya kampus yang penuh kotor dan berat sebelah itu, pihak Aspirasi UUM telah berjaya memenangi 16 kerusi Kolej Kediaman tanpa bertanding. GMUKM juga berharap agar roh kemenangan Parti Demokratik Jepun (DPJ) menumbangkan Parti Liberal Demokratik (LDP) Jepun yang telah memerintah Jepun sejak Perang Dunia Kedua, akan menjadi petunjuk dan harapan kepada GMUKM untuk menjadi wakil rakyat kepada mahasiswa di UKM ini. Dengan dasar yang tidak pernah berubah dan konsisten iaitu perjuangan selari dengan falsafah Universiti, kebajikan mahasiswa diutamakan dan nilai keintelektualan dijunjung, maka GMUKM yakin akan dapat menjadi mata dan telinga kepada mahasiswa untuk menjuarai isu-isu mereka. Banyak lagi isu-isu tertunggak yang gagal diselesaikan oleh Aspirasi. Antara contoh jelas isu jenayah yang dilaporkan oleh OCPD Bangi bahawa UKM paling banyak kes jenayah di Bangi terutamanya kecurian motorsikal. Juga isu-isu kebajikan seperti isu yuran, isu kemalangan jalan raya, isu mahasiswi, isu Sistem Penilaian Kompetensi Generik (SPKG), isu penyalahgunaan kuasa pengetua seperti digambarkan dalam kes Pengetua Ungku Omar yang mendenda pelajar melakukan study circle (usrah) dan pelbagai lagi isu kebajikan mahasiswa. Dan ianya jelas gagal dimainkan oleh Aspirasi dibawah kepimpinan Presiden paling lemah dalam sejarah UKM.
Maka peranan GMUKM yang menjadi penyelamat kepada mahasiswa UKM untuk keluar daripada kepompong ketidakmampuan Aspirasi dalam memperjuangkan suara mahasiswa. Kami berjanji akan terus selari dengan perjuangan Universiti, tetapi pada masa yang sama tidak akan memingkirkan suara mahasiswa yang menjadi prioriti kami. Dengan kehadiran 12 MPP GMUKM dalam pentadbiran PMUKM, ia sedikit sebanyak merealisasikan konsep semak dan imbang (check and balance) kepada PMUKM Aspirasi. Walaupun gagal mendapat jawatan dan dinafikan hak dalam mesyuarat PMUKM (Hanya dua kali dalam seumur hidup 12 MPP), ianya tidak menjadi penghalang kepada 12 MPP kami untuk bergerak kerja dan merealisasikan manifesto mereka. Kemampuan menjadi pendesak utama isu-isu mahasiswa, kejayaan penganjuran program intelektual seperti Festival Ilmu dan Forum, pembaikan jalan-jalan utama kampus, pembinaan hentian bas di FPEND dan FST, perjuangkan isu park and ride, jelas menjadi alibi (bukti-bukti kukuh) bahawa MPP GMUKM bersedia untuk berkhidmat kepada mahasiswa.
Justeru itu, GMUKM menyeru kepada seluruh mahasiswa UKM, untuk sama-sama bersatu hati dalam pengundian pada PRK tahun hadapan, berikanlah kepercayaan undi kepada GMUKM dan lakukan perubahan demi menjadikan varsiti kita dan mahasiswa UKM berkebolehan dalam memenuhi hasrat 1 Malaysia yang diuar-uarkan hari ini. BERSATU BERUBAH.
Thursday, October 22, 2009
Laporan: Jelajah GMUKM
Wednesday, October 21, 2009
Isu Yuran Pelajar: Mahasiswa Sebagai Juara
Monday, October 19, 2009
Semoga Berjaya
Saturday, October 17, 2009
HAPPY DEEPAVALI
Friday, October 16, 2009
Kunjungan ke KPM
Wartawan Gabungan Mahasiswa sempat untuk bertemu dengan saudara Affandi untuk bertanyakan mengenai tindakan yang diambil oleh pihak Gabungan Mahasiswa dalam menangani isu tersebut. Menurut beliau, pihaknya telah berhubung dengan membina kerjasama bersama MPP Pro Mahasiswa daripada universiti lain untuk memastikan isu ini tidak menjadi kenyataan, kerana isu ini adalah isu bersama dan bukannya kepada pelajar ukm sahaja.
Beliau juga memaklumkan bahawa Timbalan Naib Canselor Akademik dan Antarabangsa UPSI Prof Dr Zakaria Kasa baru-baru ini telah menjelaskan semula kenyataan yang dikeluarkannya melalui email yang dihantar kepada pihak UPSIKini. Menurut Prof tersebut, kelewatan penempatan yang dijangka berlaku tahun hadapan itu adalah satu kemungkinan. Selain itu, beliau juga memberi nasihat dan pandangan peribadinya sekiranya kelewatan itu benar-benar berlaku.
Thursday, October 15, 2009
UKM tercorot, salah siapa?
Bangi 14 oktober | Kedudukan UKM sebagai sebuah universiti penyelidikan yang terkeluar daripada 200 ranking universiti terbaik dunia amat dikesali oleh pimpinan GMUKM.
Jika dilihat kembali pada falsafah universiti iaitu Paduan antara iman kepada Allah dan Ilmu yang bermanfaat, serta gabungan antara Teori dan Amal merupakan asas kepada pembangunan Universiti, pembudayaan ilmu, dan pembentukan MASYARAKAT TERPELAJAR, sepatutnya kedudukan UKM boleh berada terus kehadapan bukannya jatuh jauh dari kedudukan terdahulu.
“ Pembudayaan ilmu harus diterap dalam diri pelajar, bukan budaya hiburan yang melampau yang dibawa ASPIRASI. Sepatutnya budaya keintelektualan harus dihidangkan kepada mahasiswa kerena mereka merupakan agen kepada perubahan masyarakat pada masa akan datang” Respon yang diberikan oleh saudara Mohd Fikah bin Sanusi MPP GMUKM apabila diminta pendapat mengenai perkara tersebut.
Jika dilihat pada Universiti Malaya (UM), selepas daripada pemerintahan ProMahasiswa, kedudukan universiti tersebut telah melonjak sebanyak 50 anak tangga daripada 230 tahun lalu kepada 180 tahun ini. Ini dapat menjelaskan bahawa kepimpinan mahasiswa mampu mengubah suasana dan keadaan universiti dan ini juga membuktikan perlunya mahasiswa yang mampu berdiri diatas kaki sendiri tanpa perlu pencaturan daripada pihak ketiga.
“ Kami pentingkan kebajikan mahasiswa dan pada masa yang sama kami tidak mengabaikan aspek pembinaan kredibiliti mahasiswa samaada dari aspek akademik atau moral. Sebab itulah pembawakan kami dipecahkan kepada tiga iaitu keilmuan,kebajikan dan falsafah universiti” Jelas saudara Fikah.
UKM juga tercatat pada kedudukan keempat daripada seluruh universiti di Malaysia yang diminati oleh masyarakat Malaysia untuk dijadikan tempat menyambung pelajaran. Isu-isu yang tidak ada penjelasan seperti siswi yang dibawa lari oleh pemandu bas beberapa tahun yang lalu disamping siswi yang jatuh bangunan di Kolej Zaaba mungkin menjadi faktor utama populariti UKM menurun. Persoalannya, apa yang dibuat oleh PMUKM?
Mahasiswa harus bijak menilai dan perlu membuka mata untuk melihat pembawakan yang dibawa oleh pimpinan PMUKM sekarang dan mahasiswa perlu lantang untuk memberitahu perkara yang salah bagi penambahbaikan pemerintahan universiti.
Setiap daripada mahasiswa perlu membuka minda tentang siapa yang layak untuk memerintan PMUKM kerana kepimpinan yang lemah akan menghasilkan rakyat yang lemah. – BERSATU BERUBAH!!
Top Colleges and Universities in Malaysia
Monday, October 12, 2009
MPP GMUKM MOHON PENJELASAN KEMENTERIAN PELAJARAN
Menurut malumat yang diperolehi ,Beliau berkata demikian dalam ucapan perasmian simposium halatuju pendidikan fizik di Malaysia, anjuran Persatuan Mahasiswa Sains (PMS) dengan kerjasama Jabatan Hal Ehwal Pelajar dan Alumni (JHEPA) UPSI beberapa hari yang lalu.Prof Dr Zakaria dipetik berkata, punca utamanya adalah disebabkan oleh kelembapan ekonomi negara dan masalah kewangan yang dihadapi dalam pentadbiran kerajaan.
Ketika ditanya kepada saudara Affandi bin Abdul Rahman merupakan Majlis Perwakilan Pelajar Fakulti Pendidikan UKM, berpendirian bahawa pendidikan bukanlah merupakan satu kos tetapi adalah satu pelaburan demi masa depan negara. Beliau berpandangan bahawa kekurangan kewangan bukan alasan untuk membekukan penempatan bagi mahasiswa fakulti Pendidikan di seluruh Negara. Kerajaan bersama Nutp sebagai contohnya perlu mencarai jalan untuk menyelesaikan masalah ini dan jangan biarkan guru-guru dan bakal pendidik menerima kesan dan nasib seperti ini. Pada masa sekarang terdapat kira-kira 380 000 guru di malaysia dan masalah kekurangan guru menjadi masalah yang berterusan. Justeru jika penempatan bagi mereka yang belajar dalam bidang pendidikan dibekukan maka sudah pastinya permasalahan ini akan menjadi lebih rumit.
Sehubungan itu beliau memohon agar, Menteri Pelajaran, Tan Sri Muhyiddin Yassin perlu membuat penjelasan segera agar mahasiswa terutamanya mereka yang belajar dalam bidang pendidikan tidak keliru akan isu ini.
Ketika soalan diajukan kepada seorang lagi MPP dari Fakulti pendidikan dan merupakan pelajar tahun akhir iaitu saudara faez bin mat zin berkaitan dengan respon mahasiswa berkaitan isu ini , beliau memberitahu bahawa banyak menerima pelbagai respon daripada mahasiswa Fakulti Pendidikan berkaitan dengan isu ini, mereka amat bimbang jika pembekuan penempatan ini benar-benar berlaku. Justeru, beliau bersama dengan Majlis perwakilan pelajar daripada fakulti Pendidikan yang lain dengan sokongan seluruh pelajar fakulti pendidikan memohon agar pihak kementerian menjelaskan situasi yang berlaku dengan sebaiknya sekurang-kurangnya mampu untuk mengurangkan spekulasi pelbagai yang dibuat oleh mahasiswa seluruh Negara.
Friday, October 9, 2009
GMUKM anjur aktiviti riadah
BANGI, 9 Oktober 5.45pm | Penyokong GMUKM telah berhimpun di Stadium UKM petang semalam untuk bersenam bersama-sama bersempena Hari Ungu pada setiap hari khamis. Saudara Zulqarnain, duta GMUKM Kolej Ibu Zain telah memimpin senamrobik pada petang itu.
Siswi yang hadir
“Suasana petang yang damai memang cukup asyik untuk melapangkan fikiran setelah letih melalui kehidupan di kampus. Saya berharap aktiviti seperti ini dapat diteruskan,” kata saudari Jawahir, siswi dari FSSK. Beliau melahirkan kenyataannya yang akan sentiasa menyokong GMUKM.
Terdahulu, GMUKM telah banyak menganjurkan pelbagai aktiviti selain Hari Ungu seperti Dialog bersama MPP Mahasiswa, Kempen Kesedaran Wabak H1N1, pengedaran buah kurma, mahupun kad raya. Terdapat juga pelbagai program keintelektualan yang dianjurkan oleh MPP Mahasiswa.
Thursday, October 8, 2009
Khaled tak hormat hak mahasiswa, kata MPMN
BANGI, 8 Oktober- Majlis Perwakilan Mahasiswa Nasional (MPMN) membantah kenyataan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin terhadap tindakan mahasiswa yang menolak sistem pengundian berkomputer, atau dikenali e-undi di Pilihanraya Kecil Bagan Pinang dan menyifatkannya sebagai tidak menghormati hak asasi mahasiswa.
Timbalan Pengerusi MPMN, Hishamuddin Che Ali berkata kenyataan tersebut yang disiarkan oleh Malaysiakini, tidak wajar dikeluarkan oleh Khaled Nordin terutamanya menyamakan tindakan Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) itu dengan sikap parti pembangkang.
“Apabila memperkatakan mahasiswa bersekutu dengan pembangkang atas isu e-voting ini, kami berasa terkilan dan terkejut dengan kenyataan ini kerana isu e-voting adalah isu hak asasi seseorang warganegara bernama mahasiswa, bukannya isu yang bersifat pro pembangkang, ” katanya dalam satu kenyataan kepada media.
Hishamuddin berkata kenyataan seperti itu tidak membantu menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh mahasiswa danMPMN mencadangkan agar mahasiswa duduk semeja dengan pihak kementrian terutamannya menteri itu sendiri.
“MPMN amat menghormati pendirian Menteri (Dato’ Khalid) dan tidak mahu memanjangkan isu ini keranan ia tidak menguntungkan kedua-dua pihak ,” katanya lagi.
Tetapi ujarnya lagi bahawa menjadi tanggungjawab Kementrian untuk menggesa semua pihak Universiti untuk menjalankan pilihanraya adil dan berdemokrasi dengan menggunakan sistem pemangkahan undi melalui kertas (ballout paper), bukannya menggunakan sistem e-undi yang sebenarnya telah ditolak oleh 90 peratus daripada lebih kurang 200 wakil calon dalam pemilihan UMNO mac lalu.
Kaedah mengundi secara elektronik telah mula diperkenalkan di Universiti Putra Malaysia (UPM) pada 2003 dan kemudian di Universiti Islam Antarabangsa (UIA) serta dilaporkan akan digunakan di kampus-kampus lain yang dijangka akan mengadakan Pilihanraya Kampus (PRK) bermula pada pertengahan bulan ini sehingga awal tahun depan, bergantung kepada keputusan di peringkat universiti masing-masing.
Dilaporkan bahawa penamaan calon bagi pilihan raya kampus UUM akan berlangsung hari ini, manakala pengundian dijadualkan pada 12 Oktober.
Sementara di Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) pula, penamaan calon telah bermula semalam dan pengundiannya 14 Oktober ini.
MPMN katanya akan bersama-sama dengan gerakan mahasiswa lain bagi menbantah pengunaan sistem e-undi disebabkan oleh sistem yang boleh dimanipulasikan dan juga pengunaannya boleh mencacatkan pengamalan sistem demokrasi di negara ini.
“ Adakah logik apabila pilihanraya di kampus menggunakan komputer untuk mengundi, tetapi apabila mengundi di luar, mereka ini (mahasiswa) akan menggunakan sistem manual,” ujarnya yang juga merupakan Ahli Majlis Perwakilan Umum Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).
Dalam pada itu, Hisyamuddin turut mengulas tentang kenyataan beramaran Menteri bahawa pelajar yang dikenal pasti terbabit dalam pilihan raya kecil Bagan Pinang akan dikenakan tindakan di bawah Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU).
Katanya ia adalah isu lapuk dan bukannya senjata ampuh untuk takutkan mahasiswa kerana mahasiswa sudah lama memijak-mijak akta ini termasuk pindaan terbaru serta tidak mengiktiraf akta zalim ini.
“ AUKU sudah tidak relevan dalam kancah politik baru Malaysia dan jika pengunaan AUKU dikenakan kepada mahasiswa, ianya akan dilihat oleh kaca mata masyarakat sivil sebagai sesuatu yang tidak adil”, tegasnya.
“ Sekiranya pihak Kementrian beria-ia untuk kenakan mahasiswa dengan AUKU, sepatutnya mahasiswa UiTM Shah Alam yang berdemontrasi pada 12 Ogos tahun lepas yang perlu diambil tindakan terlebih dahulu dan bukannya melakukan pendakwaan secaa terpilih,” ujarnya sambil menambah bahawa demontrasi haram mahasiswa UiTM adalah merupakan binding precedent case (kes duluan mengikat) bagi seluruh mahasiswa apabila berbicara soal AUKU.
Tambahnya lagi bahawa isu AUKU merupakan isu taboo bagi mahasiswa dan ianya perlu diselesaikan segera agar mahasiswa tidak takut dengan akta terbabit.
Justeru itu dilaporkan bahawa MPMN sedang menyiapkan laporan tentang kezaliman AUKU untuk diserahkan kepada Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (SUHAKAM) bagi laporan tahunan 2009.
Badan mahasiswa itu juga turut merancang untuk menghidupkan kembali Gabungan Mahasiswa Mansuhkan AUKU (GMMA) dan akan melancarkan satu deklarasi mengenai Akta yang telah berusia 28 tahun itu dalam masa terdekat.
Monday, October 5, 2009
BERSAMA MPP MAHASISWA
2 Oktober, Jumaat - Siri jelajah MPP GMUKM kali ke-2 di UKM Kampus Kuala Lumpur (di sini) setelah sirinya yang pertama pada Rabu,12 Ogos 2009 sempena kempen pencegahan H1N1 yang dilncarkan oleh MPP GMUKM besar-besaran di peringkat UKM.
Pengerusi GMUKM saudara Hisyamuddin sedang memberikan kuih dan kad raya kepada mahasiswa.
Pertemuan antara pemimpin dengan pemimpin. Dari kiri, saudara Amin MPP Farmasi, saudara Ilyas YDP JAKSA KTSN dan saudara Hisyamuddin Pengerusi GMUKM merangkap MPP Umum.
Rombongan yang diketuai oleh Pengerusi GMUKM merangkap MPP Umum Mahasiswa Saudara Hisyamuddin Che Ali, 2 MPP Umum yang lain Saudara Fikah Sanusi dan Saudara Faez Mat Zain. Saudara Mohd Hafizul Amin bin Khalid, MPP Fakulti Farmasi juga turut sama turun padang.
Respon yang diberikan oleh mahasiswa UKM Kampus Kuala Lumpur cukup membanggakan, mereka gembira dengan kehadiran MPP GMUKM datang dari jauh semata-mata untuk menziarahi mereka sambil mengedarkan kuih raya beserta kad raya, sumbangan ikhlas dari GMUKM.
"dari MAHASISWA kepada MAHASISWA"
Dimaklumkan kepada wartawan GMUKM, kedatangan MPP GMUKM tersebut di sini pada pukul 11 tengahari dan berangkat pulang ke Bangi kira-kira jam 12.45 tengahari. Sebanyak 675 kuih raya dan 800 keping kad raya telag diedarkan baik kepada mahasiswa mahupun staff kakitangan UKM.
Untuk makluman semua , objektif bagi aktiviti turun padang dan ziarah seumpama ini bukanlah aktiviti yang tiada nilainya seperti buang masa, tunjuk muka semata, dan berlagak lebih seperti yang dicanangkan oleh pihak tertentu yang tidak arif mengenai perkara sebegini.
Malah aktiviti dan perkara paling asas sebagai seorang pemimpin ini amat penting dalam membina ikatan hati dan silaturrahim dengan masyarakat sekitar. Bukan mudah untuk seseorang itu hendak menceritakan dan memberitahu permasalahan mereka jika pemimpin itu sendiri jarang bertegur sapa, apatah lagi jika tidak pernah menjengukkan dirinya di tanah lapang.
Dakyah negatif bagi mereka yang berfikiran sempit harus disemai dengan hujah yang professional selari dengan slogan kami "Bersama Mahasiswa, Memimpin Kecemerlangan".
Kepada fakulti-fakulti lain, MPP Mahasiswa akan turun ke sana suatu masa nanti dan tunggulah kemunculan pimpinan GMUKM untuk bersama mahasiswa, kita rancakkan gelombang PERUBAHAN.
"Suara Anda, Keutamaan Kami"
Thursday, October 1, 2009
Jangan Nafikan hak kami
Segala tanggapan yang mengatakan GMUKM jumud dan hanya berlegar-legar dalam kelompok sendiri tidak benar sama sekali apabila pada hari ini mereka turun beriadah bersama masyarakat kampus.
“ Apa yang dilakukan oleh pihak keselamatan sangat mengecewakan kami. Adakah salah disisi undang-undang university untuk beriadah pada waktu petang di stadium?” Persoalan yang diajukan oleh saudara Affandi Abdul Rahman MPP tahun 3 Fakulti Pendidikan apabila diminta merespon berkaitan kehadiran ramai pegawai keselamatan pada petang tadi.
Kehadiran mereka telah menggambarkah seolah-olah penyokong GMUKM telah melakukan satu kesalahan yang besar dan keadaan ini telah menunjukkan bahawa meresa sangat prejudis terhadap GMUKM.
“Kami selalu dinafikan hak dalam semua aspek. Aktiviti pada petang ini adalah salah satu contoh ketara yang mereka tunjukkan”. Berkata Zulkarnain yang merupakan duta GMUKM di Kolej Antarabangsa Ibu Zain.
Walaupun kehadiran ramai pegawai keselamatan pada petang tadi, semangat penyokong GMUKM tetap tinggi dan aktiviti yang dirancang tetap berjalan seperti yang dirancang.
Laungan “student power” turut memecahkan suasana stadium dan kehebatan siswi ditunjukkan apabila mereka turut melaungkan slogan “Siswi Aktif,Hebat, Mantap..mantap..mantap!!”
“Kami akan tetap menyokong GMUKM dan akan mengikuti aktiviti yang pimpinan GMUKM adakan tanpa ada sebarang rasa takut dan gentar” Ujar Rabiatul Adawiyyah yang juga duta kepada Sarzliana, MPP GMUKM di fakulti Kejuruteraan.
Walaupun pelbagai tekanan dikenakan terhadap GMUKM, semangat yang ditunjukkan oleh pimpinan GMUKM untuk membela hak mahasiswa dan berusaha untuk turun mendekati mahasiswa akan tetap diteruskan.-Wartawan GMUKM