Perbincangan antara Bendahari UKM dengan Saudara Mohd Idris, Saudara Taufik dan Saudara Hilman yang mewakili pimpinan Persatuan Mahasiswa Sains Politik adalah mengenai isu sistem pakej baru dalam yuran pengajian dan isu mahasiswa yang berhutang tidak boleh membuat pendaftaran awal yang akan menyebabkan pinjaman PTPTN mereka ditahan untuk semester hadapan termasuklah akan didenda RM15.00. Perbincangan itu menghasilkan beberapa keputusan positif kepada mahasiswa:
1) isu pakej baru yuran yang menyebabkan pelajar lama terpaksa membayar yuran lebih walaupun jumlah jam kredit yang diambil adalah sedikit.
Respon Bendahari: Bayaran yuran bagi pelajar lama kembali mengikut sistem lama iaitu mengikut bilangan jam kredit yang diambil. Sekiranya ada di kalangan mahasiswa yang telah membayar lebihan yuran kerana pakej baru, bayaran tersebut akan ditolak kembali pada semester hadapan. Bagi mahasiswa baru, pakej baru diteruskan kerana lebih menguntungkan berbanding sistem lama kerana jumlah jam kredit yang bertambah.
2. Isu mahasiswa yang berhutang tidak boleh membuat pendaftaran awal yang akan menyebabkan pinjaman PTPTN mereka ditahan untuk semester depan termasuklah akan didenda RM15.00
"Saya berpandangan, mereka yang tidak membuat pendaftaran awal bukan semua kerana kelalaian tetapu benar-benar menghadapi masalah kewangan. Justeru, jika mereka tidak dibenarkan mendaftar dan ditahan pinjaman PTPTN, ini lebih memburukkan keadaan mahasiwa yang mempunyai masalah kewangan," Mohd Idris melahirkan rasa kecewanya.
Setelah berbincang, Bendahari UKM telah pun bersetuju untuk menghantar surat kepada Bahagian Akademik yang membolehkan semua mahasiswa yang masih berhutang boleh membuat pendaftaran awal. Beliau memberi jaminan bahawa dalam masa terdekat ini, semua mahasiswa yang masih berhutang boleh membuat pendaftaran awal kursus semester depan.
Mahasiswa/i dinasihatkan untuk mendaftar kursus awal setelah peluang dibuka. Sekiranya masih berlaku permasalahan, sila sampaikan kepada mana-mana MPP mahasiswa.
Gabungan Mahasiswa UKM (GMUKM) sedia berkhidmat untuk mahasiwa.
14 comments:
good work!
^^
good work...
b4 ni baca kat facebook pasal isu ini sekejap je selesai Alhamdulillah...
Tahniah kepada mereka2 yang telah mengambil jalan untuk berbincang terus dengan pengurusan...
Tahniah Mahasiswa!!!!
Alhamdulillah..syukur ke hadrat illahi..
Allah jua yang membuka hati pihak2 pentadbiran..untuk mengubah..namun segalanya atas kekuasaan ALLAH
Syukran jazilan buat ustaz idris, sahabat2 FSSK, sahabat2 seperjuangan dan mahasiswa2 yg mendoakan kejayaan ini..
Alhamdulillah...amin
STUDENT POWER!!!!
huhuhu... tenkiu mpp gm yg wat kije... x de la terbang duit nak byr denda.
well done..gud work
owh patut la..kakak canselori tu jadi karet tadi..sedangkan sy cuma tnya ja..ermmm tapi tahniah sebab memahami...
syabas buat barisan qiadah gmukm..kerana bersungguh dan komitmen dalam menyelesaikan permasalahan mahasiswa..terima kasih keranan membalas kepercayaan kami
alhamdullilah...
kalian lah yg telah membela nasib mahasiswa/i
harapkan pagar, pagar dok jela terjagat kat situ..
xbuat ape2 utk mahasisawa/i...
hidup GM!!!
teruskan usaha kalian!
tahniah kpd anda semua yg bertindak bijak iaitu dengan berbincang dengan pihak pengurusan...
ini barulah dikatakan mahasiswa...tindakan ini sememangnya bijak dari berdemontrasi sana sini...xde faedah dan isu pon xleh selesai..mcm ni kan bgus (berbincang)...lepas ni xyah la demontrasi atau jln keliling UKM dgn terpekik2..
TAHNIAH!!!!anda mmg BIJAK...
SALAM...
TAHNIAH SY UCAPKAN KPD PIHAK GMUKM ATS TINDAKAN YG WAJAR...
ANDA SEMUA BLEH DIKATAKAN SBG PEMIMPIN YG SENTIASA MENGAMBIL BERAT ATAS NASIB-NASIB PELAJAR SEMUA..
SMG BYK PRBHN YG DILAKUKAN.. TAHNIAH!!
1 sahabat, 1 ukm
student mesti menyuarakan segalanya.... hidup mahasiswa/i ukm
Post a Comment