Majlis Kepimpinan Utama GMUKM

Kompilasi Kejayaan Manifesto

Provinsi Ungu [Versi Online]

Thursday, October 22, 2009

Laporan: Jelajah GMUKM

Bangi, 22 Oktober 09- Gabungan Mahasiswa UKM (GMUKM) membawa kelainan pada kali ini dengan berbasikal di sekitar kampus UKM Bangi. Seramai 40 orang mahasiswa serba ungu berbasikal bermula di kompleks skuasy menyusuri laluan lingkungan pertama. Riadah ini dimulakan dengan bacaan doa oleh saudara Mohd Nazri Mohd Tahir dari FPI agar tidak berlaku perkara yang tidak diingini. 

Jelajah berbasikal yang diketuai oleh saudara Mohd Hafiz Abdul Razak memulakan perjalanan pada jam 6.00 petang dan berakhir pada jam 7.00 petang. Seorang siswi tahun 2 dari FSSK bernama Jawahir berkata, "Saya rasa sangat seronok kerana berpeluang untuk berbasikal beramai-ramai seperti ini. Harap GMUKM boleh buat lagi selepas ini." Beliau bersama rakan-rakan siswi berjaya menamatkan jelajah ini dengan selamat.

Wartawan GMUKM sempat mengambil testimoni daripada seorang siswi dari Fakulti Pendidikan yang memerhati peserta jelajah bersama temannya yang lain ketika melintasi kawasan Pusanika, "Seronok melihat mereka berbasikal dengan berbaju ungu. Selepas ini, saya akan sertai jelajah ini sekiranya tiada aral melintang." Wartawan GMUKM memaklumkan kepada beliau bahawa GMUKM sangat mengalu-alukan penyertaan rakan-rakan mahasiswa/i ke program anjuran GMUKM.


Saudara Affendi B Abdul Rahman, MPP FPend tahun akhir melahirkan perasaan gembiranya apabila Jelajah GMUKM mendapat sambutan yang menggalakkan, "Saya amat berterima kasih kepada rakan-rakan yang sudi bersama-sama GMUKM untuk berbasikal hari ini sempena dengan Hari Ungu. Moga riadhah ini mampu menyegarkan badan kita yang letih menghadap buku untuk persiapan peperiksaan." Katanya lagi, jika tiada aral, GMUKM mungkin akan menganjurkan jelajah ini pada masa akan datang.


sebahagian peserta Jelajah GMUKM


Saudara Mohd Nazri Tahir mengetuai bacaan doa


peserta siswi memulakan perjalanan

peserta lelaki setelah tamat Jelajah GMUKM


sebahagian peserta siswi yang baru saja selamat tiba

19 comments:

Aspirasi UO said...

Macam budak2 sekolah. Kejap joging..kejap senamrobik..kejap berbasikal..xde kerja lain ke nak buat ya. Baik pergi studi.

Anonymous said...

laaa...korang tuuh kejap joget,kejap konsert,kejap buat dinner mmbazir..cubelaah buat bnde yang beramal skit kat org len..dok pikir perut je...

Anonymous said...

aku tau ko sbenarnye jeles kn anonymous 1..huhu..pasni jom join event gm..rehat otak sikit..b'sukan baik utk kesihtn..huhu..

Hari Pink said...

walaupun saya aspirasi.
saya tetap mengucapkan tahniah GM-UKM.

sebab memperlihatkan kematangan dan strategi perlawanan yang menarik.

Anonymous said...

jgn gaduh2 kt sini..kite berlawan secara adil..kalu aspirasi nk wat jgk berbasikal ke berjoging ke senamrobik ker..kite bleh bergabung..xsalah kan...kita hnye musuh dlm prk...kt luar ni kite adlah shbt2 seperjuangan di UKM...btol x??? =)

keliru said...

keliru..aku nampak kaedah perang prg gmukm pada kali ini amat berbeza dengan lepas..kali nie mreka nampak sedikit matang dan mampu menarik minat orang utk mendekati gmukm..kaedah sbnarnya mampu untuk menggugat pimpinan yg ada pd hari ini..tapi ingat kami aspirasi pun ada kaedah yg menarik jugak..insyaALLah kita bertempur dengan cara baik..

Adeq said...

salam..gm ukm tahniah..walaupun baru tahun pertama saya di sini..saya nampak kematangan gm ukm dalam memimpin mahasiwa..Inilah yang mahasiswa inginkan..tahniah sekali lagi..tahniah juga buat pimpinan Aspirasi kerana dapat mengawal tatacara percakapan..Biar PRK tahun ini bersih..x usah nak ikut sr di luar yang saaaaaaangat kotor..kita pewaris kepimpinan..jadi buktikan..

Anonymous said...

salamalaik...tahniah diucapkan kepada semua barisan pimpinan dan ahli gm ukm...gm ukm telah membuktikan kematangan mereka dalam kepimpinan dan ada cara tersendiri untuk menarik minat mahasiswa untuk turut serta dalam menegakkan Islam di bumi UKM..diharap gm terus mantap .....

sierra said...

ok sume... ready mental n fizikal okaaay....

Anonymous said...

ha, camni la bagus, lau x dulu gm sinonim dgn forum je. lg bagus dr aspirasi yg asyik meetg aje. mane sewa basikal ek, nak main basikal jgk.

Hari Pink said...

kita buat lumba basikal antara GMukm dgn Aspirasi la.
ala macam rumah sukan kanak-kanak dulu.
boleh la hilangkan stress la beradu tenaga.
dok asyik perang politik je.
apa barang...hahha

final year said...

betul aku sokong hari pink..apa kata buat pertandingan lumba basikal antara gm dan aspirasi...sure aku yg menang..hahahah

haqifa24 said...

weh3! aku nak nyebok gak. hahaha... beres! jom. gmukm vs aspirasi. akulah juara!.... rempit. ehehe...

Anonymous said...

akhirnya..inii yang aku nk dgr..gado tyme PRK jerk, tyme len kta kwn..bru la mahasiswa UKM..bru la aku bangga dgn UKM..tyme PRK gado utk membawa kemajuan dan keharmonian UKM..bagus2 troskn kerja2 murni anda GM dan Aspirasi..

ee said...

btol3..
xde pekdah pon gaduh2 neh..
kalo pasal politik pon nk gadoh, itu sangat xmenunjukkan kematangan..
jom3..
kita sama2 riadah ^_^

adeq said...

nak request leh..
hehe..segan la..
sebab campur..
kalau x leh wat gaya bebas..dapat tunjuk bakat..

saya.. said...

ni kot 1st entry yg org komen2 xgaduh...love dis...jgn gduh2....

aimnjannah said...

aimjannah

alhmdulillah...
moga2 pjuangn dtruskn dgn cra baik
gm-ukm kna tingktkn lgi pndekatan dgn 1st year..
masih ramai yg ragu2 dgn gm...

halim said...

salam.......nice actvty.bgus la 2.pasti tbuh la psukan bola GM ke, wt team2 tuk sport ttntu.pastu join even2 y ada.bru kels.hehehe. org agma org y aktif i.ALLAH

Post a Comment

tvGMUKM

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

#Hashtag

#Hashtag

Moving Forward

Wajib Muat Turun !