Fokus. Mungkin ini ungkapan yang sesuai untuk menggambarkan keadaan mahasiswa yang kini sedang membuat persiapan terakhir menjelang peperiksaan akhir semester yang hanya tinggal beberapa hari sahaja lagi. Sesungguhnya tidak sedikit usaha dan pengorbanan yang diperlukan untuk menguasai ilmu. Semuanya sebagai persediaan untuk ‘pertempuran’ di dewan peperiksaan nanti.
GMUKM MERENTAS KECEMERLANGAN
Segala usaha ke arah kecemerlangan intelektual mahasiswa sangat bertepatan dengan tema KEILMUAN dalam dasar GMUKM. Namun, kecemerlangan akademik belum cukup untuk melahirkan individu yang unggul dalam masyarakat.
GMUKM mendukung FALSAFAH Universiti yang memartabatkan ilmu seiring dengan pembentukan akhlak dan jatidiri mahasiswa. Mahasiswa intelek yang mempunyai jatidiri terpuji akan menzahirkan amalan berbentuk KEBAJIKAN yang bermanfaat kepada orang lain. Semuanya terkandung berpadu sebagai dasar GMUKM: KEILMUAN, FALSAFAH, KEBAJIKAN.
MAHASISWA INTELEK = AGEN PERUBAHAN
Keintelektualan merupakan aset yang tidak ternilai harganya. Jika tidak dipelihara dan digunakan sebaiknya, keintelektualan boleh dimanipulasikan oleh sesetengah pihak untuk kepentingan sendiri. Mungkin juga ‘membeku’ kerana dibiarkan dipengaruhi unsur-unsur kecaman dan ugutan.
Keintelektualan tidak harus menghalang mahasiswa daripada bebas memilih kepimpinan mahasiswa tanpa perlu dipengaruhi rasa takut dan gentar kepada pihak bukan mahasiswa. Kecelaruan sistem urus tadbir kepimpinan sedia ada harus menjadi isyarat kepada semua bahawa mahasiswa perlu berubah pada Pemilihan Majlis Perwakilan Pelajar akan datang. Isyarat ini pasti akan sampai kepada setiap warga kampus agar membentuk suatu kesatuan padu yang ingin berubah. Ayuh, BERSATU BERUBAH!
Justeru ayuh semua mahasiswa berusaha ke arah keintelektualan yang lebih berintegriti. GMUKM mengucapkan Selamat Menghadapi Peperiksaan Akhir Semester buat semua mahasiswa UKM. Semoga setiap usaha dibayar dengan kejayaan. Gandakan usaha, tingkatkan kecemerlangan.
GMUKM.. GOVERNMENT IN WAITING
Pilihanraya Kampus (PRK) merupakan perayaan demokrasi (democracy of ) yang sentiasa diraikan oleh mahasiswa di seluruh negara dan tidak terkecuali di kampus tercinta ini. Dalam pilihanraya kampus lalu, kejayaan Gabungan Mahasiswa Universiti Kebangsaan Malaysia (GMUKM) menafikan majoriti 2/3 yang Aspirasi, merupakan satu kejayaan yang membanggakan dan di luar jangkaan. Dan pada PRK kali ini, kami menetapkan sasaran untuk menduduki kerusi Persatuan Mahasiswa UKM (PMUKM) yang nyata telah gagal dibawa perubahannya oleh Aspirasi pada kali ini. Kegagalan mereka dalam menjadikan UKM universiti perdana dan mahasiswanya bersifat intelek, telah diterjemahkan dengan kejatuhan UKM sebanyak 41 anak tangga iaitu dari tangga 250 pada 2008 ke tangga 291 dalam rangking Higher Education (THE)-QS World University Ranking 2009. Berbanding di UM, kampus mereka berjaya menjadi terulung di Malaysia dan menduduki tangga 180 daripada kedudukan 230 tahun lalu. Fakta yang tidak boleh dinafikan, ianya sedikit sebanyak disebabkan oleh pemerintahan Majlis Perwakilan yang pro mahasiswa, yang tahu apa kehendak dan aspirasi mahasiswa, bukan aspirasi politik luar yang kotor itu.
E-Undi : Mengekang proses demokrasi sejati (the true democracy)
Pilihanraya kampus di UKM telah ditetapkan pada tahun hadapan iaitu selepas 15 Januari 2010. Ini telah dinyatakan oleh Timbalan Naib Canselor Hal-Ehwal Pelajar & Alumni UKM, Prof. Dato' Dr. Mohamad Abdul Razak ketika menjawab pertanyaan MPP GMUKM pada Mesyuarat Lembaga Pengurusan Universiti pada 28 September lalu. Ia juga selari dengan peruntukkan Perlembagaan Universiti Kebangsaan Malaysia (Pindaan) 1999 yang menyatakan bahawa hendaklah pemegang jawatan MPP itu selama satu tahun. (PRK 2009 dijalankan pada 15 Januari 2009 lalu). Bahkan jaminan TNC HEPA bahawa sistem e-undi atau e-voting, tidak akan digunakan dalam PRK UKM pada tahun hadapan. GMUKM mengucapkan tahniah dan penghargaan kepada Ayahanda TNC kerana mendengar suara mahasiswa berkaitan isu ini. Bukannya kami membantah tanpa ada hujah yang kukuh, tetapi sebenarnya adalah kerana demi kelangsungan demokrasi sebenar di UKM dan juga sistem pilihanraya kampus yang adil dan bersih (free and fair election). Sistem e-undi telah dibuktikan di UPM sebagai satu sistem yang boleh dimanipulasikan, dan pada masa yang sama membuatkan peranan Polling Agent (Agen tempat mengundi) dan Counting agent (Agen kira undi) ibarat patung semata-mata, yang tidak boleh melihat atau mengira kertas undi kerana ianya bersifat illusi ibarat hantu yang susah dilihat, tetapi selalu diceritakan orang ramai.
Kemenangan Moral 2 Pro M UUM
Kemenangan tidak disangka-sangka, dua orang calon pro mahasiswa, seangkatan dengan GMUKM di Universiti Utara Malaysia (UUM) adalah amat mengejutkan. Dan petanda ini jelas bahawa tsunami politik kampus akan melanda UKM tidak lama lagi. Dalam pilihanraya kampus yang penuh kotor dan berat sebelah itu, pihak Aspirasi UUM telah berjaya memenangi 16 kerusi Kolej Kediaman tanpa bertanding. GMUKM juga berharap agar roh kemenangan Parti Demokratik Jepun (DPJ) menumbangkan Parti Liberal Demokratik (LDP) Jepun yang telah memerintah Jepun sejak Perang Dunia Kedua, akan menjadi petunjuk dan harapan kepada GMUKM untuk menjadi wakil rakyat kepada mahasiswa di UKM ini. Dengan dasar yang tidak pernah berubah dan konsisten iaitu perjuangan selari dengan falsafah Universiti, kebajikan mahasiswa diutamakan dan nilai keintelektualan dijunjung, maka GMUKM yakin akan dapat menjadi mata dan telinga kepada mahasiswa untuk menjuarai isu-isu mereka. Banyak lagi isu-isu tertunggak yang gagal diselesaikan oleh Aspirasi. Antara contoh jelas isu jenayah yang dilaporkan oleh OCPD Bangi bahawa UKM paling banyak kes jenayah di Bangi terutamanya kecurian motorsikal. Juga isu-isu kebajikan seperti isu yuran, isu kemalangan jalan raya, isu mahasiswi, isu Sistem Penilaian Kompetensi Generik (SPKG), isu penyalahgunaan kuasa pengetua seperti digambarkan dalam kes Pengetua Ungku Omar yang mendenda pelajar melakukan study circle (usrah) dan pelbagai lagi isu kebajikan mahasiswa. Dan ianya jelas gagal dimainkan oleh Aspirasi dibawah kepimpinan Presiden paling lemah dalam sejarah UKM.
Maka peranan GMUKM yang menjadi penyelamat kepada mahasiswa UKM untuk keluar daripada kepompong ketidakmampuan Aspirasi dalam memperjuangkan suara mahasiswa. Kami berjanji akan terus selari dengan perjuangan Universiti, tetapi pada masa yang sama tidak akan memingkirkan suara mahasiswa yang menjadi prioriti kami. Dengan kehadiran 12 MPP GMUKM dalam pentadbiran PMUKM, ia sedikit sebanyak merealisasikan konsep semak dan imbang (check and balance) kepada PMUKM Aspirasi. Walaupun gagal mendapat jawatan dan dinafikan hak dalam mesyuarat PMUKM (Hanya dua kali dalam seumur hidup 12 MPP), ianya tidak menjadi penghalang kepada 12 MPP kami untuk bergerak kerja dan merealisasikan manifesto mereka. Kemampuan menjadi pendesak utama isu-isu mahasiswa, kejayaan penganjuran program intelektual seperti Festival Ilmu dan Forum, pembaikan jalan-jalan utama kampus, pembinaan hentian bas di FPEND dan FST, perjuangkan isu park and ride, jelas menjadi alibi (bukti-bukti kukuh) bahawa MPP GMUKM bersedia untuk berkhidmat kepada mahasiswa.
Justeru itu, GMUKM menyeru kepada seluruh mahasiswa UKM, untuk sama-sama bersatu hati dalam pengundian pada PRK tahun hadapan, berikanlah kepercayaan undi kepada GMUKM dan lakukan perubahan demi menjadikan varsiti kita dan mahasiswa UKM berkebolehan dalam memenuhi hasrat 1 Malaysia yang diuar-uarkan hari ini. BERSATU BERUBAH.

41 comments:
kamu tau kriteria apa yg menilai ranking uni tak? suka hati menyalahkan org lain jeh!
gmukm xsalahkn la bro..tp dia mgajak sume org muhasabah..huhu
pasal curi2 motor tuuh...TOLONG LAAAAAH saya dah kehilangan motor baru saya yng sy beli dgn duit gaji saya sendiri...TOLONGLAH cari malaun mana yg mencuri motor saya...sy orng susah dan menggunakan moto tuuh untuk ulang alik ke tmpet kerja..knapa CCTV yang banyk kat UKM nii tak di tonton semula untuk mncari sape yng bwa kuar motor saya..CCTV tuuh berfungsi ke tak??nape Polis@ wisma aman tak tolong tgkkn CCTV tuuh..amek gambar pandai plak pak guard niih..tolong tgk gambar tak bleh ke???MOTOR ku EX5 baru warna hitam..aku rse nak nangis mngenangkannya
sabar ye...
mungkin ada motor yang lebih baik di kemudian hari..
tentang dwet uh mungkin nak dilakukan pembersihan..
mana la tahu..andai gaji kita x selayak nya dengan pekerjaan kita..
bersangka baik dengan YANG ESA ye..
yela.. xkn kecurian moto slh aspirasi, rangking jatuh salah aspirasi.. klaka la GM nie cam budak2 sekolah rendah... hahahahaha.. abis ngan program forum korg tu bleh nekkan rangking ke?? hahahahahahahaha
bukan salah kan aspirasi sbb motor hilang atau apapun...nak soh aspirasi bekrja skit untuk mahasiswa dan universiti..aspirasi kan de kuasa dlm PMUKM..gunekn kuase dgn sbaik mungkin..tapi ape kte soh GMUKM pegang PMUKM jap...pe cer??kalau sme je peel die..2 2 pun bleh blaah...
setuju..
kita bagi gmukm memimpin dan lihat bagaimana..
kalau rasa x sesuai dan x membawa faedah baru leh tukar..
x cuba x tahu ~
betul.3 kte bagi gm peluang dlu, aku nak tengok perubahan yang diorang boleh bwk..aku suke gak tgk perubahan lain dari yang lain
ala member aku baru pakai motor 2 minggu je.
125 bayar cash. tak ada pulak dia salahkan keselamatan.
dia siap salahkan diri dia lagi.
ayat ko tu menyakitkan mata aku tahu tak.
ko tak pernah kerja guard.
jadi ko tak tahu.
so..
jangan kecoh la...!!!!!!!
die org kaye hari pink..aku ni mncari kerja bukn utk aku sorang...aku cari krja utk mak aku kat kedah tuuh,bapak aku dh tue weei...aku ank sulung,tanggungjawab kat bahu aku....laptop aku niih pun aku beli gune duit PT..duit gaji aku gune beli motor,aku tak salahkan pak guard..aku mintak dorang tgk je balik CCTV mse hr kejadian...kalo salah mnyalahkn walaupun salahkn diri sndiri..beli nk selesai msalah kecurian moto..
hari pink ni msti hidup senang je kan,.. xmerasa keperitan hidup..
smua org lain hari pink.. xleh nk samakan..
ko kaya.. senang2 pelekeh org miskin..
tp ngan kaya tu ape leh dapat kalu akhlak xde..
cube memahami org len..
to hari pink: camni ke perangai bdk2 aspirasi..mat motor tu da mslh, ko lekeh die buat pe heh.. xdekat lgsung ngan mahasiswa.. suara mahasiswa korg xdgr..jgn harap aspirasi menang kalu cmni gaya korg.... huh
anyway mhon kepadaNya..mg kita dapat pemimpin yang lebih baik kelak
aku mmg serius taknak mintak simpati katsini..aku cume harap kjadian curi motor kat UKM dibentras hbis-hbisan..dah tau sape dalang pun jadilaah walaupun aku yakin untuk mndapatkn motor aku balik takkan berjaya..aku akn cube jd setenang mungkin,tapi aku harap kwn2 senasib susah mcm aku tak dianiya lagi..Wassalam
Ayat minta simpati dowh...
Pengemis memang macam ni...
ni bukan ayat minta simpati.
ini ayat membina diri la.
mat motor lain kali lembutkan ayat itu.
baru orang lain rasa ingin membantu dari menyalahkan guard saja kn.
kita bersama membanteras.
InsyaAllah dengan izinNya.
banyakkan doa..
kepada Anonymous2..
ko paham x ayat ni
" nape Polis@ wisma aman tak tolong tgkkn CCTV tuuh..amek gambar pandai plak pak guard niih..tolong tgk gambar tak bleh ke???"
yg dia tulis..korang mmg x trsa..
aku pernah kerja guard tau. aku pun tahu macam mana tau.. jangan bising klu korang kt aku org kaya na..
hahah skang taw plak nk mintak tolong ngan guard.. ari tu maki hamun je keje korg.. dinafikan hak la konon.. wei tukaq arr taju entry ni wat "fitnah GM untuk ASpirasi" baru la seronok..
'Panas betul kat sini.....'
mangkok ar kkrang..korang ingat denagn salahkan ukm itu n ini boleh korang dapat semula motor tu ke???korang kena ingat,setiap kejadian yg belaku dekat diri kita mesti ade sebab yg telah di tentukan..jgn salahkan org lain..cerminkan diri sendiri dulu..PAHAM!!!!!!!!!
kalo dok muhasabah tak hbis2 takde ikthiar pe kejadahnyee??
pak guard niih tak salah..mcm yg pres ISI katakn dlm blog die...pntadbiran mmpergunakan pak guard utk kpentingan sendiri padahal pak guard byk krja lain yg diorang bleh buat selain dpd mngambil gambar or mngugut student UKM,tak adilnya kat sini hnya segelintir puak student shj yng pentdbiran diskriminasi dgn mnggunakn khidmat pak guard,pak guard yg mncari nafkah utk ank bini trpaksa mlakuknnya wlaupun scra peribadi diorang kesian kat ank2 niih...pak guard2 sume niih gerenti faham perjuangan ank muda nii sbb mreka juga mmpunyai anak..cuma pntadbiran mmpergunakan mereka..jad sbg ank muda yg tau hak dan kbebasan bersuara adlh hak semua...diorang takkan bodoh mngikut telunjuk pentadbirn yg mnyusahkn student..
mmg dorang byk mmbntu,tapi pningkatan kualiti jgn d pndang ringan...selagi sstu kualiti kerja bleh dtingkatkan..tak salh terima mna2 pndapat
bagus. so jangan salahkan guard la kalau hilang motor.
sebab guard pun mesti tak nak benda ni jadi.
kalau nak jadi baik dia sendiri curi kan.
so..
bersama-sama membantu ek..
owhh camtu, cepat-cepat pegi report polis sama. pastu pegi mintak duit kat bendahari, duit kehilangan moto. rasanya boleh dapat skit, walaupun x bnyk, tp lebih baik dari x dak langsung.
cuba anda bygkan jika gm yg akan uruskan pesta konvo jika mereka pgg pmukm..bagaimana ya?hmmm..
knape? belum cuba belum tau kan.. jgn buat andaian awal..
bagaimana ye??
bagai ini,takkan de konsert2 yang bwa artis2 yng berpaedah..paling2 pun hiburan yg ala kadar je...x mmbazir duit bayar kat artis...pastu msti byk progrm2 ilmiyah n myb mule2 org akn bosan..lme2 tgklaah student UKM paling berilmiyah dalam dunie...betul kte kwn kat atas nii..belum cuba blum tau
SAYA SETUJU!!
Jika ia mampu melahirkan generasi inTelektual..dan BERMARUAH ~
anda yakin ke dengan buat program ilmiah ni student UKM akan berilmu.
sedangkan yang datang dengar bicara hari pesta konvo tu aku tengok ada berapa kerat je.
nak ilmiah camnenye. yang komen pun mesti men komen je.
ish...komen tak pikir..
hbs tu...?? ko nk hiburann je br jadi student yg berilmu...haih~
wei mangkok...korang ni,cb pkir ke hadapan sedikit boleh..selama ni pun,program yang bentuk ilmiah ader ke korang datang??x de benda nya korang nak takbik..hidup ini,kena seimbang baru ar boleh menjadi org yang berilmu ke hadapan..jgn asyik duduk di bawah tempurung sajer..
aspirasi adalah satu perjuang yg belum selesai..semakin hari,aspirasi memikirkan bagaimana untuk menjaga kesemua pihak..bkn macam gm..memikirakan tentang diri sendiri n kononnya mahasiswa..betul ke die org perjuangkan mahasiswa???renungkanlah..
hentikan ckap2 kosong..STUDENT POWER!!
salam..akulah org yg mengemukakan persoalan ini..aku sengaja menimbulkan hal ini kerana ak dh agk mst korg ckp psl tu nye..
bkn nk memburukkan mane2 pihak tp xnmpak ke sume penyertaan program brunsur kan ilmiah dan pembangunan nilai mahasiswa smakin merundum.. xkire peringkat kolej ke pusat,aspirasi ke gm,pentadbiran ke student yg wat..shebat mane pon KP program tu mst terpakse panggil kwn trun sbb de mkn free,sruh ahli2 br trun..maksudnye kroni2 yg wat keje tu gak la yg dtg.xdenye juz wat iklan trus berduyun2 dtg..jd disini kite kene memikirkan same2 apekah formula sesuai untuk rakan2 kite berminat degan ilmu nih..kite sume kne kerjasama wlpn ideologi kita berbeza ttp objektif kita ttp sama,ingin BERSAMA- SAMA menjadi dan lahirkan graduan ukm yg dipandang tinggi kerana begitu tinggi ilmunya di dada..
bagi sya..perdebatan adalh salah satu cra perkongsian ilmu yang menarik..tapi tajuk debat jgnlah mcm kite skolah2 dulu..mungkin tjuk yg lebih universal cam politik,ideologi2,kes2 jenayah...sebab kalo ceramah je,mcm penceramah tuu yg berckp,so xde beze mcm kte kuliah2 bese...kalo perdebatan sume org akn rse impaknye,tapi pentadbiran UKM laah kne terbuka n bg ruang skit..
tau pun. kalau penceramah pun bagi ceramah yang nak uat orang lena ja. baik tido dekat bilik je x yah datang.
strategi cari penceramah tu kena betul.
kalau x. korang memang main sembang je..
waaa...
panas2...
sejuk lah pula..hari mendung nhe..hehe..
kpd hari pink...gayanya anda memang berpihak kpd aspirasi yek...rajin anda post comment disini...tp nape ek blog aspirasi x update sgt...boring...cmne org nak tertarik...hari pink pun x post commnet kat sne ek...saje je tanye...coz sye dak thn 1 baru nak bljak...
woit dak thn satu..
aku pun bdk thn satu la sbnrnya..haha
tah la spe yg handle blog 2..
lembap..xde bnda yg best nk di komen..
nk bc pun borink je..
sini panas sikit..
ad adeq yg sejuk...best smbg..hehe
woh..
Hari Pink tahun 1 gak ke..
tapi saya tetap adeq..hehe..
ahah la kak,dah komen gak kat ASPIRASI nya blog..Agak HAMBAR juga..Harap ada yang ambil tindakan..kat sini meriah sikit kan..riang ria di hari raya tol..
huhu..
_sejuk itu dingin_
to hari pink.. baru thn satu ye.. tapi gaya cm da berbelas tahun handle UKM.. ni mesti mase hari pertame daftar da kne doktrin ngan PC ntah pape suh sokong aspirasi.. aku x nak la kate sape betol tapi kalo ape2 yg melibatkan Islam dan Ilmiah aku mmg pantang.. hari pink jage ayat elok2.. bimbang menggugat iman dan aqidah.. taw x majlis ilmu 2 dipayungi lebaran sayap malaikat.. Imam Ghazali pn pesan suruh menghadiri majlis ilmu.. ko x yah la nk band majlis2 ilmiah ni.. istigfar same2.. maaf atas kelancangan menulis..
Post a Comment