Majlis Kepimpinan Utama GMUKM

Kompilasi Kejayaan Manifesto

Provinsi Ungu [Versi Online]

Thursday, October 8, 2009

Khaled tak hormat hak mahasiswa, kata MPMN


BANGI, 8 Oktober- Majlis Perwakilan Mahasiswa Nasional (MPMN) membantah kenyataan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin terhadap tindakan mahasiswa yang menolak sistem pengundian berkomputer, atau dikenali e-undi di Pilihanraya Kecil Bagan Pinang dan menyifatkannya sebagai tidak menghormati hak asasi mahasiswa.

Timbalan Pengerusi MPMN, Hishamuddin Che Ali berkata kenyataan tersebut yang disiarkan oleh Malaysiakini, tidak wajar dikeluarkan oleh Khaled Nordin terutamanya menyamakan tindakan Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) itu dengan sikap parti pembangkang.

“Apabila memperkatakan mahasiswa bersekutu dengan pembangkang atas isu e-voting ini, kami berasa terkilan dan terkejut dengan kenyataan ini kerana isu e-voting adalah isu hak asasi seseorang warganegara bernama mahasiswa, bukannya isu yang bersifat pro pembangkang, ” katanya dalam satu kenyataan kepada media.

Hishamuddin berkata kenyataan seperti itu tidak membantu menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh mahasiswa danMPMN mencadangkan agar mahasiswa duduk semeja dengan pihak kementrian terutamannya menteri itu sendiri.

“MPMN amat menghormati pendirian Menteri (Dato’ Khalid) dan  tidak mahu memanjangkan isu ini keranan ia tidak menguntungkan kedua-dua pihak ,” katanya lagi.

Tetapi ujarnya lagi bahawa menjadi tanggungjawab Kementrian untuk menggesa semua pihak Universiti untuk menjalankan pilihanraya adil dan berdemokrasi dengan menggunakan sistem pemangkahan undi melalui kertas (ballout paper), bukannya menggunakan sistem e-undi yang sebenarnya telah ditolak oleh 90 peratus daripada lebih kurang 200 wakil calon dalam pemilihan UMNO mac lalu.

Kaedah mengundi secara elektronik telah mula diperkenalkan di Universiti Putra Malaysia (UPM) pada 2003 dan kemudian di Universiti Islam Antarabangsa (UIA) serta dilaporkan akan digunakan di kampus-kampus lain yang dijangka akan mengadakan Pilihanraya Kampus (PRK)  bermula pada pertengahan bulan ini sehingga awal tahun depan, bergantung kepada keputusan di peringkat universiti masing-masing.

Dilaporkan bahawa penamaan calon bagi pilihan raya kampus UUM akan berlangsung hari ini, manakala pengundian dijadualkan pada 12 Oktober.

Sementara di Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) pula, penamaan calon telah bermula semalam dan pengundiannya 14 Oktober ini.

MPMN katanya akan bersama-sama dengan gerakan mahasiswa lain bagi menbantah pengunaan sistem e-undi disebabkan oleh sistem yang boleh dimanipulasikan dan juga pengunaannya boleh mencacatkan pengamalan sistem demokrasi di negara ini.

“ Adakah logik apabila pilihanraya di kampus menggunakan komputer untuk mengundi, tetapi apabila mengundi di luar, mereka ini (mahasiswa) akan menggunakan sistem manual,” ujarnya yang juga merupakan Ahli Majlis Perwakilan Umum Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).

Dalam pada itu, Hisyamuddin turut mengulas tentang kenyataan beramaran Menteri bahawa pelajar yang dikenal pasti terbabit dalam pilihan raya kecil Bagan Pinang akan dikenakan tindakan di bawah Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU).

Katanya ia adalah isu lapuk dan bukannya senjata ampuh untuk takutkan mahasiswa kerana mahasiswa sudah lama memijak-mijak akta ini termasuk pindaan terbaru serta tidak mengiktiraf akta zalim ini.

“ AUKU sudah tidak relevan dalam kancah politik baru Malaysia dan jika pengunaan AUKU dikenakan kepada mahasiswa, ianya akan dilihat oleh kaca mata masyarakat sivil sebagai sesuatu yang tidak adil”, tegasnya.

“ Sekiranya pihak Kementrian beria-ia untuk kenakan mahasiswa dengan AUKU, sepatutnya mahasiswa UiTM Shah Alam yang berdemontrasi pada 12 Ogos tahun lepas yang perlu diambil tindakan terlebih dahulu dan bukannya melakukan pendakwaan secaa terpilih,” ujarnya sambil menambah bahawa demontrasi haram mahasiswa UiTM adalah merupakan binding precedent case (kes duluan mengikat) bagi seluruh mahasiswa apabila berbicara soal AUKU.

Tambahnya lagi bahawa isu AUKU merupakan isu taboo bagi mahasiswa dan ianya perlu diselesaikan segera agar mahasiswa tidak takut dengan akta terbabit.

Justeru itu dilaporkan bahawa MPMN sedang menyiapkan laporan tentang kezaliman AUKU untuk diserahkan kepada Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (SUHAKAM) bagi laporan tahunan 2009.

Badan mahasiswa itu juga turut merancang untuk menghidupkan kembali Gabungan Mahasiswa Mansuhkan AUKU (GMMA) dan akan melancarkan satu deklarasi mengenai Akta yang telah berusia 28 tahun itu dalam masa terdekat. 

15 comments:

Anonymous said...

Waduh..beraninya bah

abu said...

abis tu mahasiswa xhormat khaleed pn

Anonymous said...

ape alasan nak guna e-voting? kos amat mahal. kena pakai bnyk computer. setahun hnya pakai sekali. komputer tu tak blh pakai untk tujuan lain pun. krn ada maklumat sulit. prinsip undi rahsia akn dilanggar krn komputer akn rekod siapa undi siapa. pegawai prk yg ade password akn blh tau segala maklumat. i tak nampak ape kelebihannye. mungkin sape2 blh jelaskan????

bunga said...

setuju...dah tak rahsialah kalau mcm tu, senanglah dia nak serang kita...hahaha

Hamba Allah said...

wahai Hamba Allah yang kerjanya mengupdate blog GM nih..tlonglah!saya merayu!Allah kurniakan akal utk kita berfikir.Jgn buka peluang kpd org len utk sebar fitnah kpd kita..Tolonglah bunag segala komen yg boleh membawa fitnah ini.Tlonglah! especially ad iblis bertopengkan manusia yg buat link ke You tube yg membawa kpd fitnah trhadap org Islam.malunye weih!! Tlonglah buang!!Bukannye kite x de kudrat!Jgn lak satu ari nanti, blog ni jd blog yg boleh link manusia seluruh dunia ke web yg LUCAH!Antum sumer ada akal,fikirlah.jngn blog ni jd fitnah tebesr bg umat Islam seluruh dunia!

jngn buang komen..... said...

i rase tak wajar orng yg mantain blog gm ni buang komen yg keterlaluan. kite patut hormat hak setiap insan utk bersuara. walaupun kita tak setuju dgn hujahnya. tak kisah tu fitnah atau lucah. yg patut rase malu & dosa tu bkn orng yg jaga blog gm @ leadernye. tp orng yng buat komen tu. biar pembaca nilai. jngn buang ape-ape komen. biar seimbang. kalau tidak, nanti hanye komen yng baik aje yng keluar. nmpk hipokrit pulak blog gm ni nanti. i percaya pembaca dah matang. tau nak nilai komen. jngn anggap pembaca ni budak kecik.....

Anonymous said...

bukan komputer simpan data tapi server . bodo tol la....idup e-undi

bagan pinang said...

bistu post2 fitnah GM jgn lupe buang skali k.. byk sgt entry dalam nie auta dr fakta.. bile utarakan sesuatu xde bukti pun hahaha...

Siti SArah Ahmad Rusli said...

BERSATU BERUBAH!!!

Anonymous said...

mmg betul server yg simpan data. tp pc yg guna utk e-undi ni tak blh pakai utk tujuan lain. krn blh instal spy ware @ malware. setiap username & password dan ape2 yg korng klik kat pc akan direkod. dah hilang kerahsiaan undi. sebab tu lah, pc utk e-undi ni tak leh guna utk tujuan umum. khas utk e-undi jer. bukan ke bazir je???

Anonymous said...

kalau cam tu mmng bazir duit. prinsip kerahsiaan undi pun dilanggar. bantah e-undi.... baik jadikan peruntukan e-undi sebgai zakat pelajar miskin. lagi bermakna.....

Anonymous said...

komform ke e-undi tu?

Adeq said...

to jangan buang komen..
x salah nak maintain komentar anda semua meskipun BUSUK!!
cuma jika perkara itu menggugat Islam dan sangat tidak sesuai diperlihatkan kepada umum ada baik nya dilontar dari pandangan..
Demi Allah,jika manusia yang menggugat Islam akan ku bunh apatah lagi komentar..
teringat ketika zaman pemerintahan islam dahulu..Apabila pemimpin melanggar syariat islam maka dikeluarkan fatwa "halal darah nya untuk di bunuh"..

Anonymous said...

"halal darah nya untuk di bunuh"..
hmmm Menarik....

Can we go more detail on that?

Anonymous said...

setuju ngan adeq..apa relevannya membiarkan komen yang menghina islam???bukan ke 2 dah menyentuh isu sensitif di negara ini..dalam perlembagaan pn dh nyatakn x bleh membangkitkan isu sensitiff..hal ini hanya akan menyebabkan tragedi 13 mei kembali berulang..pk2 kanlah..kenapa kalau islam dihina x de org yg jg blog ni nk sekat???menapa??x syg agama ke?

Post a Comment

tvGMUKM

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

#Hashtag

#Hashtag

Moving Forward

Wajib Muat Turun !