Majlis Kepimpinan Utama GMUKM

Kompilasi Kejayaan Manifesto

Provinsi Ungu [Versi Online]

Friday, October 16, 2009

Kunjungan ke KPM

Pada jam 10.50 pagi tadi, Majlis Perwakilan Pelajar Gabungan Mahasiswa daripada Fakulti Pendidikan iaitu saudara Affandi Bin Abdul Rahman telah berkunjung ke Pejabat Kementerian Pelajaran untuk berjumpa dengan Menteri Pelajaran Malaysia untuk meminta penjelasan dan berbincang dengan Tan Sri Muhyidin Yasin berkaitan dengan isu yang hangat diperkatakan pada masa sekarang iaitu pembekuan penempatan guru pada tahun hadapan. Berdasarkan kepada maklumat yang diterima oleh wartawan Gabungan Mahasiswa, perancangan untuk bertemu dengan Menteri Pelajaran oleh MPP FPEND serta beberapa orang mahasiswa lain yang turut menyertai perjumpaan itu tidak berjaya. Namun begitu, mereka telah berjaya bertemu dengan beberapa orang pegawai daripada Kementerian Pelajaran Malaysia tersebut.

Hasil pertemuan tersebut, pihak KPM menyatakan tiada sebarang arahan rasmi yang dikeluarkan oleh pihak kementerian terhadap arahan pembekuan tersebut.

Wartawan Gabungan Mahasiswa sempat untuk bertemu dengan saudara Affandi untuk bertanyakan mengenai tindakan yang diambil oleh pihak Gabungan Mahasiswa dalam menangani isu tersebut. Menurut beliau, pihaknya telah berhubung dengan membina kerjasama bersama MPP Pro Mahasiswa daripada universiti lain untuk memastikan isu ini tidak menjadi kenyataan, kerana isu ini adalah isu bersama dan bukannya kepada pelajar ukm sahaja.

Beliau juga memaklumkan bahawa Timbalan Naib Canselor Akademik dan Antarabangsa UPSI Prof Dr Zakaria Kasa baru-baru ini telah menjelaskan semula kenyataan yang dikeluarkannya melalui email yang dihantar kepada pihak UPSIKini. Menurut Prof tersebut, kelewatan penempatan yang dijangka berlaku tahun hadapan itu adalah satu kemungkinan. Selain itu, beliau juga memberi nasihat dan pandangan peribadinya sekiranya kelewatan itu benar-benar berlaku.

6 comments:

Aspirasi kaw kaw said...

Apelah..benda2 kemungkinan pon nak besarkan isu..kesian student..tahniah untuk GMUKM sbb amik langkah untuk slesaikan isu nie..Aspirasi wat ape je..haprak beb..

Hari Pink said...

bagus la gm

tp aku ttp aspirasi

Anonymous said...

elokla tu pi jumpe, sekurang2nye tau lah isu tu sekadar khabar angin... jd pada mereka yg di luar sana jgn lah menyebarkan khabar angin atas dasar kepentingan diri, sbb kitorg bakal cikgu jgk yg huru hara nanti...

Adeq said...

hari pink..
huhu..
x kan nak sokong jak..
jadilah pendukung sekali..
hehe..
sekadar pelawaan kepada yang benar2 menghayati erti perjuangan sebenar..

Hari Pink said...

tq adeq
x guna dunia bola sepak jika hanya ada penyerang team A tapi tiada pertahanan Team B.

permainan hanya nama permainan tanpa kesungguhan.
tiada semangat professional.

macam itulah juga keadaan sekarang.
kalau ada sebelah pihak saja.
sampai bila pun xda yang maju..

jd saya tetap saya..hihi

adeq said...

o.k..tapi team B masih ada penggerak yang lain..kalau seorang yang keluar untuk mencari sinar tidak akan tereffect berikutan kepada besar nya populasi itu..

tidak mengapa..teruslah berjuang..moga perjuangan kita bukan sekadar untuk kepentingan tertentu..'pesanan untuk diri ini'..

biar berbuat untuk kebaikan semua..lillahita'ala..
kerana ingat bumi yang sedang dipijak bukan milik kita..bila3 masa sahaja boleh digulung dan dihancurkan..

sama3 kita semua tidak menyombong di muka bumi ilahi.. @};-

Post a Comment

tvGMUKM

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

#Hashtag

#Hashtag

Moving Forward

Wajib Muat Turun !