
MPP Nasiha binti Omar ketika dihubungi Wartawan PM-UKM berkata, " Kita (mahasiswa) sememangnya perlukan (banyak) duit. Dan PTPTN tawarkannya

MPP Nasiha dalam pada itu mengakui pihak kerajaan telah menyediakan pelbagai prasarana termasuk dalam bidang pendidikan hari ini tetapi pada pandangan beliau, pihak kerajaan sepatutnya menyempurnakan tanggungjawab mereka dengan menyediakan sumber kewangan pendidikan seperti biasiswa-biasiswa atau sekurang-kurangnya pinjaman-boleh-ubah yang luas ditawarkan agensi-agensi kerajaan dan Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC) kepada rakyat memandangkan kerajaan saban tahun mengutip bermacam-macam cukai daripada rakyat.
Isu

" Kita akui apa yang kerajaan sediakan hari ini, (tetapi) kerajaan tolong fikirkan idea baru . (Atau) sekurang-kurangnya dengar dulu pandangan kami mahasiswa (berkenaan isu PTPTN ini) sebelum putuskan apa-apa. Kami (mahasiswa ) hari ini belum bekerja lagi awal-awal lagi sudah dipaksa berhutang. Sekarang, hendak dipotong pula duit gaji yang diterima," ujar MPP Farih lagi.
Untuk makluman, Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) akan melaksanakan pemotongan gaji secara wajib bagi mendapatkan semula pinjaman daripada peminjam yang gagal berbuat demikian mulai Jun tahun depan.
Pengerusinya, Datuk Ismail Mohamed Said berkata, mulai Jun tahun depan, semua peminjam terutama lebih 46,000 peminjam yang liat membayarnya, diwajibkan membayar balik pinjaman itu secara potongan gaji melalui Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).
Ismail yang mula memegang jawatan sebagai Pengerusi PTPTN bermula 1 September lepas berkata, pelaksanaan itu akan membabitkan pindaan Akta PTPTN 1997.
Katanya cadangan bagi meminda undang-undang itu akan dibentangkan di Parlimen selewat-lewatnya awal tahun depan.
Ismail yang mula memegang jawatan sebagai Pengerusi PTPTN bermula 1 September lepas berkata, pelaksanaan itu akan membabitkan pindaan Akta PTPTN 1997.
Katanya cadangan bagi meminda undang-undang itu akan dibentangkan di Parlimen selewat-lewatnya awal tahun depan.
1 comments:
Saya sokong 110%.
Cuma yg menyedihkan sy adalah, byk peminjam yg xnak menjelaskanpinjaman ptptn mereka.
Hukum meminjam, setiap yg dipinjam haruslah dipulangkan kembali.
Post a Comment