Majlis Kepimpinan Utama GMUKM

Kompilasi Kejayaan Manifesto

Provinsi Ungu [Versi Online]

Wednesday, September 1, 2010

Jom Masak-Masak Bubur Lambuk!!


Gabungan Mahasiswa Universiti Kebangsaan Malaysia melalui MPP Mahasiswa dengan ini mengumumkan akan menganjurkan Program 'Jom Masak-Masak Bubur Lambuk' secara bekerjasama Persatuan Mahasiswa Fakulti Kejuruteraan & Alam Bina (PEMATRA).

Program yang dijangkakan bermula seawal pukul 2.30 petang akan diadakan di Tasik FKAB atau lebih dikenali sebagai Tasik Kejut dan dijangka berakhir menjelang pukul 5.00 petang. Selepas itu, kerja-kerja edaran bubur lambuk ini akan dijalankan sekitar UKM.

Program mega ini juga dijalankan bersama-sama Persatuan Mahasiswa Fakulti Pengajian Islam (PMFPI), Persatuan Mahasiswa Fakulti Ekonomi & Pengurusan (PMFEP), Persatuan Mahasiswa Fakulti Sains & Teknologi (PMFST) serta Ikatan Studi Islam UKM (ISIUKM), Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia UKM (PERKIM UKM), Persatuan Mahasiswa Darul Naim (Perdana) dan Persatuan Mahasiswa Anak Melaka (PESAMA).

Justeru diharapkan semua mahasiswa akan turun bersama-sama memeriahkan lagi program ini.


Ber-GM Lebih Baik!

0 comments:

Post a Comment

tvGMUKM

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

#Hashtag

#Hashtag

Moving Forward

Wajib Muat Turun !