Majlis Kepimpinan Utama GMUKM

Kompilasi Kejayaan Manifesto

Provinsi Ungu [Versi Online]

Tuesday, July 31, 2012

Tarikh Pilihanraya Kampus: USIM Sudah, UKM Bila Lagi?



Landskap Politik Kampus kini telah digemparkan dengan pengumuman tarikh Pilihanraya Kampus. Akhirnya teka-teki tarikh pilihanraya kampus (PRK) terjawab setelah sekian lama menyepi. Baru-baru ini, Universiti Sains Islam Malaysia telah mengumumkan tarikh pilihanraya kampus iaitu pada 27 September 2012. Tarikh ini telah memberi gambaran bahawa Pilihanraya Kampus semakin dekat.



Wednesday, July 25, 2012

BERSIH Sah : GMUKM ucap tahniah


Semalam, keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur telah mengisytiharkan Gabungan Pilihanraya Bersih dan Adil (BERSIH) sebagai satu pertubuhan yang sah sekaligus membatalkan pengisytiharan yang dibuat oleh Menteri Dalam Negeri pada 1 Julai tahun lepas bahawa BERSIH adalah satu pertubuhan yang haram.

GMUKM menerima keputusan mahkamah ini dengan penuh rasa bersyukur  dan mengucapkan tahniah dan syabas kepada jawatankuasa BERSIH kerana mampu dan berjaya membuktikan bahawa BERSIH sebagai satu entiti yang sah.

Walaubagaimanapun, GMUKM yakin bahawa rakyat Malaysia masih belum melupakan tragedi ngeri dan kezaliman yang berlaku pada BERSIH 2.0 yang lepas. Pasti mereka belum mampu melupakan saat-saat dibedil dengan gas pemedih mata dan bom asap, dibelasah dan disepak oleh pihak polis serta operasi penahanan peserta BERSIH secara besar-besaran dalam BERSIH 2.0 yang lepas.

GMUKM berharap dengan keputusan ini mampu memberikan khabar gembira kepada para peserta BERSIH dan ianya juga mampu memberikan makna yang cukup besar kepada penat lelah dan pengorbanan mereka selama ini.

“Kita menerima keputusan ini dengan gembira dan menganggap keputusan ini sebagai salah satu kejayaan BERSIH dan seluruh rakyat yang dambakan sistem pilihanraya yang bersih dan adil,”kata Pengerusi GMUKM, saudara Ahmad Shukran bin Shaharuddin.

Pendirian GMUKM

GMUKM berdiri atas kapasiti perjuangan mahasiswa dan anak muda yang rindukan kebenaran dan keadilan tertegak. GMUKM sekali lagi mengucapkan tahniah dan syabas kepada jawatankuasa BERSIH dan seluruh peserta BERSIH atas keputusan ini. Hal ini merupakan satu kejayaan awal kepada sang pencinta keadilan.

Walaubagaimanapun, GMUKM tetap bertegas dengan pendirian dan menuntut agar 8 tuntutan BERSIH dilaksana dan dilunas oleh pihak kerajaan dan pihak SPR. Yang pasti berita gembira keputusan semalam telah membangkitkan semangat para pendokong dan penyokong BERSIH untuk teruskan perjuangan untuk memastikan 8 tuntutan BERSIH dilaksanakan semoga sistem pilihanraya dalam negara kita berlaku dalam keadaan bersih dan adil.

SYABAS BERSIH!!!!





Monday, July 23, 2012

Perutusan Ramadhan Presiden PMUKM


Saya rasa masih belum terlambat buat kami dari PMUKM dan GMUKM untuk mengucapkan selamat menyambut bulan Ramadhan kepada seluruh umat Islam khususnya kepada warga UKM. Kita bersyukur kepada Allah SWT yang menemukan kita dengan bulan yang mulia dan penuh keberkatan ini.

Sesungguhnya bulan ramadhan merupakan bulan yang menghimpunkan banyak peristiwa-peristiwa dalam Islam antaranya kemenangan Islam dalam peperangan Badar Al-Kubra, Al-Yarmuk, Al-Qadisiah dan lain-lain lagi. Di dalamnya juga terkandung sebaik-baik malam iaitu malam Lailatul Qadr yang penuh barakah dan ganjaran sebagaimana yang telah kita maklumi.

Wednesday, July 11, 2012

Mansuh ISA, Sandiwara Kerajaan Najib

Gabungan Mahasiswa UKM (GMUKM) hari ini dengan tegas menyatakan pendirian bahawa kami secara menyeluruh menolak dan mengecam tindakan Kementerian Dalam Negeri (KDN) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang masih menahan 45 orang tahanan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) yang jelas menafikan hak asasi mereka sebagai orang yang dituduh untuk mendapat pembelaan dan ruang perbicaraan yang adil. Malah laporan Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (SUHAKAM) yang mendedahkan tentang perilaku biadap penjara dan layanan polis terhadap tahanan yang begitu kejam yang dipandang sepi oleh pihak yang bertanggungjawab adalah begitu membimbangkan kami di peringkat mahasiswa UKM.

Tuesday, July 10, 2012

KADS1M : Taktik Licik Kerajaan Kambus Isu PTPTN


Kad Diskaun Siswa 1 Malaysia (KADS1M)

Sungguh bijak tindakan kerajaan Barisan Nasional (BN) yang diketuai oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak kerana memperkenalkan kad siswa 1 Malaysia buat mahasiswa baru-baru ini. Gabungan Mahasiswa Universiti Kebangsaan Malaysia (GMUKM) mengucapkan syabas dan tahniah di atas tindakan  serta keprihatinan yang diberikan oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK).

Tuesday, July 3, 2012

Selamat Bercuti : Tajdid Niat

Selamat pulang ke kampung halaman serta bercuti buat rakan-rakan mahasiswa yang tidak memilih untuk melakukan semester pendek yang bermula pada awal Julai ini.

Selamat bergraduasi buat bakal graduan untuk sesi graduasi akan datang. Tahniah di atas semangat serta keringat yang dikerahkan dalam mencapai kejayaan. Bukan mudah untuk memegang segulung ijazah tanpa bermujahadah.





Ber-GM Lebih Baik!

SMM: Dasar baru SPA tak selesai beban PTPTN

Hazayani Zakaria,
03 Jul 2012
KUALA LUMPUR: Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) menyifatkan dua dasar baru yang diperkenal Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) sebagai 'tidak mengubah apa-apa'.

Pengerusinya, Safwan Anang berkata, kerajaan tidak boleh mengenepikan isu pemegang ijazah yang menanggung beban hutang Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) dengan memperkenalkan dasar baru dalam SPA.

"SMM lihat ini satu lagi masalah besar kerana yang kita kemukakan isu PTPTN. Persoalan SMM, apa mekanisme kerajaan terhadap isu PTPTN?

Adakah kerajaan nak elak dari berhadapan isu PTPTN, kerajaan buat dasar baru ini. Tak kiralah pemegang ijazah boleh mohon sehingga 15 jawatan, mereka tetap terbeban dengan hutang selepas habis belajar," kata beliau kepada Harakahdaily hari ini.

tvGMUKM

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

#Hashtag

#Hashtag

Moving Forward

Wajib Muat Turun !