Majlis Kepimpinan Utama GMUKM

Kompilasi Kejayaan Manifesto

Provinsi Ungu [Versi Online]

Tuesday, July 22, 2014

Usah Berbalah Kerana "kerusi"



   Pengumuman daripada Mesyuarat Pimpinan Pusat Parti Keadilan Rakyat menamakan Datin Seri  Dr. Wan Azizah yang juga merupakan isteri kepada Ketua Umum Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai calon untuk jawatan Menteri Besar Selangor telah menghangatkan kembali isu kerusi tersebut pada musim PRU13 yang lalu. Dengan erti kata lain DS Wan Azizah bakal menggantikan Menteri Besar Selangor kini iaitu Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

   Jika dilihat secara kasar, perletakan beliau sebagai calon untuk menggantikan Tan Sri Khalid Ibrahim  merupakan satu strategi supaya DSAI kekal didalam tampuk kepimpinan PKR walaupun beliau bakal kenakan hukuman mahkamah nanti. Jadi dengan meletakkan isterinya sebagai Presiden PKR dan juga sebagai Menteri Besar dilihat  adalah rancangan terbaik supaya pengaruh  DSAI masih kekal didalam parti.

  PRU13 sudah berlalu lebih setahun jangka masanya  tetapi hakikatnya isu kerusi ini masih lagi tidak boleh diselesaikan dengan baik oleh kepimpinan Pakatan Rakyat walaupun sepatutnya Parti Islam Se-Malaysia (PAS) menerajui pentadbiran negeri Selangor kerana kemenangan mereka di Selangor lebih banyak berbanding PKR dan DAP.

   Gabungan Mahasiswa UKM(GMUKM) ingin menyatakan suara mahasiswa bahawasanya jangan menjadikan isu perlantikan Menteri Besar seperti ini adalah isu remeh temeh dan tidak melibatkan rakyat kerana pemilihan kuasa pemerintahan adalah ditentukan atas dasar kepercayaan rakyat secara demokrasi iaitu didalam Pilihan Raya Umum. Harapan kami agar isu-isu sebegini segera diselesaikan dengan adil dan saksama supaya kepercayaan rakyat terhadap Pakatan Rakyat masih relevan dan kekal setia.

Abdul Kahar B. Hamzah
:Speaker GMUKM:


  
Moving Forward! Ber-GM Lebih Baik!

Sunday, July 20, 2014

Misi Pencarian Bermula!


Ramadhan semakin hampir meninggalkan kita dan kita belum pasti akan bertemu semula dengan Bulan Mulia ini di tahun berikutnya.Puasa adalah suatu proses untuk menjana peribadi yang baik jika ia dibina diatas niat yang jelas. Maka hasilnya mampu membentuk peribadi yang terbaik.
Lailatul Qadr merupakan suatu anugerah istimewa yang Allah berikan kepada manusia di akhir zaman yang purata umurnya 60-70 tahun. Kebaikkan yang ada didalamnya menyamai 1000 bulan atau bersamaan 83 tahun. Jelas bahawa Allah itu mempunyai sifat Ar-Rahman yang ingin melihat semua hambaNya berebut-rebut mendekatkan diri kepadaNya dengan menganjari suatu hadiah misteri untuk mendapatkan pahala yang menyamai 83 tahun ini.
Sahabat seperjuangan, rebutlah lailatul Qadr yakni malam yang dijanjikan Tuhan yang tidak pernah memungkiri janjiNya.Berdoalah sebanyak yang mungkin kerana Allah itu bersifat al-Sami' yakni Maha mendengar setiap rintihan,aduan dan luahan hati daripada hamba-hambaNya. Doa itu harapan dan ia mengamit pertolongan Allah untuk melakukan anjakan paradigma yang diharapkan.
Moving Forward! Ber-GM Lebih Baik!

Friday, July 18, 2014

Takziah buat MPP Hafizi


   Ahli Majlis Perwakilan Pelajar UKM, Saudara Hafizi telah terlibat dalam satu kemalangan di negeri kelahirannya di Pulau Pinang. Menurut sumber, beliau pada ketika itu bersama ibunya menaiki sebuah motosikal lau dirempuh oleh motosikal dari arah yang bertentanganketika ingin menuju ke pekan Penanti.

   Akibat daripada kemalangan itu, beliau telah retak pada tangan kirinya dan mengalami sedikit kecedraan pada bahagian mata. Walaubagaimanapun, ibu beliau mengalami kecederaan dibahagian mata dan muka. Kedua-duanya kini telah dibenarkan untuk keluar dari wad hospital.

   Gabungan Mahasiswa UKM (GMUKM) mengucapkan takziah diatas insiden yang menimpa beliau dan ibunya. Kami mendoakan mereka supaya cepat pulih dari kecedaraan lebih-lebih lagi apabila Ramadhan berbaki beberapa hari sahaja lagi.

   Kami juga berharap ahli keluarga yang mereka yang lain terus memberikan sokongan dan mudah-mudahan ujian yang menimpa beliau menjadikan beliau semakin kuat dan tabah .

Speaker GMUKM
:Abdul Kahar B. Hamzah:

   

Moving Forward! Ber-GM Lebih Baik!

Thursday, July 17, 2014

Tahniah! Kempen UKM 4 Palestin


  Kemusnahan dan kezaliman yang dilakukan oleh rejim Zionis Laknatullah keatas umat Islam di Palestin sememangnya suatu perkara yang tidak harus dibutakan oleh semua masyarakat.Melihat kepada isu yang berlaku dikalangan umat Islam di Palestin ini, mahasiswa Universiti Kebangsaan Malaysia dengan kerjasama Persatuan Mahasiswa UKM(PMUKM) telah membuat satu kempen yang diberi nama UKM 4 Palestin bertujuan untuk mengumpul sumbangan orang ramai yang prihatin terhadap isu ini untuk disalurkan kepada NGO yang tertentu untuk diserahkan kepada umat Islam di Palestin sana.

   Di fahamkan sukarelawan UKM 4 Palestin seramai lebih kurang 25 orang telah memulakan gera kkerja dengan mengadakan piket aman beserta edaran tabung di bazar Ramadhan Seksyen 16 berhampiran stesen minyak Shell petang semalam. Kempen ini turut disertai oleh YDP PMUKM sendiri iaitu saudara Mustapha Kamil mengelilingi bazar tersebut serta telah membuat ucapan serta penerangan berkenaan kempen UKM 4 Palestin ini.

   Di peringkat Gabungan Mahasiswa mengucapkan syabas dan tahniah diatas usaha murni mereka ini yang sangat prihatin tentang isu yang berlaku walaupun isu ini berlaku jauh dari mereka namun usaha mereka untuk melakukan kempen sebegini seharusnya dipandang mulia oleh semua pihak.

   Sebagai mahasiswa, seharusnya kita tidak boleh berdiam diri dan membuat tidak endah dengan kejadian-kejadian sebegini kerana ia kejadian ini melibatkan kehilangan nyawa yang ramai terutamanya orang awam yang tidak berdosa menjadi mangsa.

   Akhir kata, kami menyokong sepenuhnya usaha-usaha yang dilakukan oleh pihak-pihak ini dan sama- samalah kita semua berdoa untuk keamanan dan keselamatan penduduk yang berada di Palestin sana.

Abdul Kahar b. Hamzah
:Speaker Gabungan Mahasiswa UKM):










  
   

  

Moving Forward! Ber-GM Lebih Baik!

Tuesday, July 15, 2014

Isu pagar 'panas' di Pusanika

 
Isu pagar yang baru dibina PUSANIKA (Pusat Aneka Kemudahan) yang telah dibina beberapa minggu yang lalu telah mendapat perhatian segelintir pelajar serta pensyarah terutamanya mereka yang kerap ke PUSANIKA untuk melakukan sebarang urusan.

   Isu ini mula mendapat perhatian apabila mantan Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar dan Alumni   (TNC HEPA), Prof Ir Dr. Othman B. A. Karim telah memuat naik beberapa keping gambar didalam akaun Facebook beliau dengan menimbulkan tanda tanya adakah wajar pagar itu dibina.

  Status beliau didalam akaun Facebook telah mendapat perhatian yang luar biasa dari kalangan pensyarah serta pelajar iaitu hampir 100 komen dan reaksi yang pelbagai telah diberikan. Hasil dari komen yang diberikan, mereka meluahkan rasa kurang senang dan tidak berpuas hati serta menimbulkan banyak persoalan tentang kewajaran pagar itu dibina. Antara komen yang diberikan berkaitan isu ialah  ianya akan menyebabkan 'parking' di tempat tersebut akan berkurangan serta menyukarkan orang lain untuk berurusan di PUSANIKA. Ada juga pelajar yang memberi maklum balas bahawa pembinaan pagar ini akan menyebabkan PUSANIKA tidak menjadi meriah dan tidak menjadi tempat tumpuan pelajar.

   Diharapkan, pihak universiti mengambil cakna tentang isu dan mengambil kira semua pandangan yang diberikan supaya perkara ini tidak berlarutan dan menyediakan solusi yang terbaik dalam menangani  isu sebegini.

Abdul Qahar B. Hamzah
-Speaker Gabungan Mahasiswa UKM-



  

Moving Forward! Ber-GM Lebih Baik!

::Selamat Menyambut Nuzul Al-Quran::


::Selamat Menyambut Nuzul Al-Quran::

Photo: ::Selamat Menyambut Nuzul Al-Quran::

Allah SWT telah menurunkan al-Quran sebagai satu mukjizat terbesar yang membuktikan kerasulan Nabi Muhammad SAW dan kewujudan Allah SWT dengan segala sifat-sifat kesempurnaannya. Membaca al-Quran serta menghayati dan mengamalkannya adalah satu ibadat sunnah.

       Maka peristiwa Nuzul al-Quran memberi makna terlalu besar kepada umat Islam dan kehidupan Nabi SAW khasnya.  Ayat al-Quran diturunkan Allah SWT kepada Nabi Muhammad SAW. melalui perantaraan Malaikat Jibril secara berperingkat-peringkat hingga menjadi lengkap sebagaimana kitab al-Quran yang ada pada kita hari ini.

       Antara hikmah penurunan Al-Quran secara beransur-ansur adalah untuk mendidik masyarakat pada waktu itu. Hal ini akan memudahkan mereka untuk memahami al-Quran dan menghafaznya serta dapat beramal dengannya berdasarkan peristiwa-peristiwa yang berlaku di kalangan mereka. Oleh itu mereka dapat mengikis akidah amalan dan adat yang bertentangan dengan Islam secara beransur-ansur. Oleh itu sedikit demi sedikit ianya dapat dihapuskan dan menguatkan pegangan manusia terhadap manifestasi Akidah yang sebenar.

        Sebagai umat Islam tujuan kita mengingati Nuzul Quran adalah sebagai asas untuk kita membina landasan yang benar, betul dan jelas. Turunnya al-Quran turut membawa pandangan-pandangan baharu manusia terhadap alam semesta, darjat dan martabat manusia, proses memanusiakan manusia, tatacara hidup, jalinan kemasyarakatan dan pemenuhan peranan sebagai seorang individu, keluarga, masyarakat dan bernegara. Menerusi al-Quran kita diberikan pedoman, dan selagi kita memahami, mengamalkan apa yang disarankan di dalamnya agar kita akan terus tabah menghadapi mehnah yang mendatang.

      Akhir kalam, Selamat Menyambut Hari Nuzul Al-Quran kepada seluruh umat Islam di seluruh dunia khusus kepada Mahasiswa/wi UKM. Semoga beroleh kekuatan sepanjang bulan Ramadhan sebelum bersama melaungkan takbir kemenangan di bulan syawal nanti.

~Moving Foward~

Gabungan Mahsiswa
Universiti Kebangsaan Malaysia.

Allah SWT telah menurunkan al-Quran sebagai satu mukjizat terbesar yang membuktikan kerasulan Nabi Muhammad SAW dan kewujudan Allah SWT dengan segala sifat-sifat kesempurnaannya. Membaca al-Quran serta menghayati dan mengamalkannya adalah satu ibadat sunnah.

Maka peristiwa Nuzul al-Quran memberi makna terlalu besar kepada umat Islam dan kehidupan Nabi SAW khasnya. Ayat al-Quran diturunkan Allah SWT kepada Nabi Muhammad SAW. melalui perantaraan Malaikat Jibril secara berperingkat-peringkat hingga menjadi lengkap sebagaimana kitab al-Quran yang ada pada kita hari ini.

Antara hikmah penurunan Al-Quran secara beransur-ansur adalah untuk mendidik masyarakat pada waktu itu. Hal ini akan memudahkan mereka untuk memahami al-Quran dan menghafaznya serta dapat beramal dengannya berdasarkan peristiwa-peristiwa yang berlaku di kalangan mereka. Oleh itu mereka dapat mengikis akidah amalan dan adat yang bertentangan dengan Islam secara beransur-ansur. Oleh itu sedikit demi sedikit ianya dapat dihapuskan dan menguatkan pegangan manusia terhadap manifestasi Akidah yang sebenar.

Sebagai umat Islam tujuan kita mengingati Nuzul Quran adalah sebagai asas untuk kita membina landasan yang benar, betul dan jelas. Turunnya al-Quran turut membawa pandangan-pandangan baharu manusia terhadap alam semesta, darjat dan martabat manusia, proses memanusiakan manusia, tatacara hidup, jalinan kemasyarakatan dan pemenuhan peranan sebagai seorang individu, keluarga, masyarakat dan bernegara. Menerusi al-Quran kita diberikan pedoman, dan selagi kita memahami, mengamalkan apa yang disarankan di dalamnya agar kita akan terus tabah menghadapi mehnah yang mendatang.

Akhir kalam, Selamat Menyambut Hari Nuzul Al-Quran kepada seluruh umat Islam di seluruh dunia khusus kepada Mahasiswa/wi UKM. Semoga beroleh kekuatan sepanjang bulan Ramadhan sebelum bersama melaungkan takbir kemenangan di bulan syawal nanti.

~Moving Foward~

Moving Forward! Ber-GM Lebih Baik!

Sunday, July 13, 2014

Boikot barangan Israel


 Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu beranggapan sekiranya kempen boikot terhadap barangan mereka benar-benar dilakukan, maka ekonomi negara mereka akan mengalami satu masalah yang besar.  Hal ini berlaku susulan Britain telah memberi ancaman kepada negara Israel untuk memboikot barangan mereka sehingga Israel membuat perjanjian damai bersama Palestin.

   Terbaru di United Kingdom, terdapat sebuah video yang memaparkan sekumpulan rakyat mereka dengan memakai baju yang tertera 'Boycott Israeli Goods' yang bermaksud boikot barangan Israel. Kejadian ini berlaku di sebuah market yang menjual barangan keluaran  Israel.

   Menurut Menteri Strategi Israel bahawasanya perjanjian ini tidak dapat dilakukan kerana beliau mendakwa bahawa Palestin enggan melakukan perjanjian damai dengan mereka. Jelas sekali bahawa alasan yang diberikan tidak munasabah kerana pembunuhan yang berlaku kepada rakyat Palestin semuanya berpunca daripada Israel yang menceroboh untuk meluaskan pengaruh dan kawasan negara haram Israel.
  
   Kepada rakyat Malaysia yang dikasihi, mari kita bertanya kembali kepada diri kita sendiri, berapa lama kita mampu tahan untuk memboikot barangan keluaran Israel Laknatullah ini?. Adakah sikap memboikot ini hanya untuk sementara sahaja. Kita sudah menanamkan dalam diri untuk membenci kekejaman dan perbuatan yang dilakukan oleh tentera Zionis ini tetapi sejauhmana pengucapan itu dapat di realisasikan melalui melalui perbuatan kita. Akhir kata, teruskan doa-doa kalian kepada saudara-saudara kita yang sedang bertarung nyawa di sana dan juga untuk keselamatan meraka. Mudah-mudahan umat islam yang terkorban mendapat ganjaran syahid dijalan Allah.

   


 

Moving Forward! Ber-GM Lebih Baik!

Saturday, July 12, 2014

Malaysia wajib tolak TPPA


Mengambil artikel dari Malaysia Kini bahawa Bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata penggantinya Datuk Seri Najib Razak perlu menunjukkan ketokohan pemimpin yang kuat, seperti menolak Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik.

Beliau berkata demikian secara menyindir, susulan kenyataan Najib bahawa sesebuah negara memerlukan kepemimpinan yang kuat.

"Saya rasa Najib sendiri yang kata kita memerlukan pemimpin yang kuat. Apa kelayakan seorang pemimpin yang kuat?

"Ia adalah kemampuan dan kesanggupan untuk menentang tekanan asing dan mempertahankan kepentingan negara.

"Jika anda tidak berbuat demikian, anda tidak boleh dianggap sebagai pemimpin yang kuat,” katanya dalam satu sidang media di Shah Alam.

Mahathir bercakap kepada pemberita selepas melancarkan buku bertajuk "TPPA: Malaysia is not for sale" yang diterbitkan oleh Majlis Tindakan Ekonomi Melayu (MTEM).

Ditanya sekiranya beliau berpendapat Najib mempunyai kempimpinan yang kuat, Mahathir berkata: “Saya tidak tahu”.

"Sebab semuanya bergantung kepada ujian atau cabaran yang dihadapi dan bagaimana beliau menghadapinya,” katanya.

Mahathir menegaskan, perjanjian itu sepatutnya terus dibatalkan.

"Pertama, mengapa (TPPA) dibuat secara rahsia jika ia bukan untuk menipu rakyat?

"Saya rasa ciri kepemimpinan yang baik adalah kemampuan untuk menolak apa yang tidak baik bagi negara ini,” katanya.

Dalam ucapannya terdahulu mengenai TPPA, Mahathir berulang kali merujuk kepada kenyataan Najib mengenai keperluan bagi kemimpinan yang kukuh.

Katanya, negara ini mampu berkembang maju tanpa bergantung kepada perjanjian perdagangan bebas sebelum ini.
Moving Forward! Ber-GM Lebih Baik!

MPP UKM mengecam tindakan Israel


Selaku Ahli Majlis Perwakilan Pelajar UKM, Saya mengecam kekejaman Zionis Laknatullah ke atas Muslim GAZA. Tindakan kejam di bulan mulia Ramadan benar-benar menguji mereka di sana. Ayuh, teruskan berdoa untuk keselamatan saudara kita di sana.Moga mereka diberi lindungan dari-Nya ~
-Mohd Hafizi Bin Samsuari-
-Mpp Umum 1/2
-Persatuan Mahasiswa UKM 13/14 (PMUKM)

Moving Forward! Ber-GM Lebih Baik!

10 Orang yang Terkaya


10 ORANG TERKAYA DI MALAYSIA 2014...:-
Guess who's number 1??? Jelosnyeeeeee..... huh!!
💸💸💸💸💸💸💸💸💸
10.Datuk Mokhzani Mahathir
-Naib Pengerusi Eksekutif SapuraKenchana Petroleum, memiliki kekayaan RM4.22b💷💳
9.Puan Seri Lee Kim Hua
-kumpulan Genting, memiliki kekayaan RM7.47b
8.Tan Sri Lim Kok Thay
-kumpulan Genting, memiliki kekayaan RM9.43b
7.Tan Sri Syed Mokhtar
-memiliki yayasan Bukhary, memiliki kekayaan RM11.07b
6.Tan Sri Lee Shin Cheng
-101 groups, memiliki kekayaan RM13.12b
5.Tan Sri Quek Leng Chan
-Hong Leong Group, memiliki kekayaan RM14.11b
4.Tan Sri Teh Hong Piow
-tokoh perbankan Public Bank, memiliki kekayaan RM18.07b💷💸
3.T Ananda Krishnan
-ahli perniagaan, memiliki kekayaan RM33.19b
2.Tan Sri Robert Kuok
-hartawan Malaysia yang berpangkalan di Hong Kong,memiliki kekayaan RM54.48b 💶💷💳💳
1.Org yg solat subuh berjemaah
-memiliki kekayaan yg melebihi dunia dan segala isinya 🌍🌎🌏
Dari Aisyah ra, bahwa Rasulullah SAW bersabda, “Dua rakaat sOlat sunnah fajar(SUBUH), lebih baik daripada dunia dan segala isinya.” (HR. Muslim, TIrmIdzi, Nasa'i & Ahmad)

begitulah kelebihan orang yang mendirikan solat secara berjemaah, bukan sahaja mendapat kekayaan didunia tetapi kekayaan diakhirat. Di kesempatan kita semua khususnya umat Islam, haruslah mengambil kesempatan ini dengan mendirikan solat secara berjemaah. Mudaha-mudahan Ramadhan kali iini lebih baik dari yang sebelumnya. Amin.
Moving Forward! Ber-GM Lebih Baik!

Friday, July 11, 2014

Edaran kurma berjalan lancar





Pada tarikh 11 Julai 2014 bersamaan 13 Ramadhan 1435H, Gabungan Mahasiswa Universiti Kebangsaan Malaysia (GMUKM) telah melaksanakan satu program edaran kurma kepada para pelajar, pensyarah serta orang awam yang berada di sekitar UKM sempena menyambut bulan Ramadhan yang kini hampir masuk ke pertengahannya. Sebanyak 140 pek kurma beserta kad yang tertera jadual waktu berbuka dan imsak telah diedarkan.

     Aktiviti ini melibatkan seramai lebih kurang 20 orang yang terdiri daripada Speaker GMUKM, Saudara Abdul Kahar B. Hamzah serta beberapa orang ahli Majlis Perwakilan Pelajar UKM. Turut serta dalam edaran ini ialah Presiden Persatuan Mahasiswa UKM (PMUKM), Saudara Mustapha Kamil Husen Abd Kadir dan bermula pada jam 4.30 petang.

   Edaran bermula di sekitar bangunan Fakulti Ekonomi dan Pengurusan kemudian bergerak ke masjid kemudian ke Perpustakaan Tun Seri Lanang (PTSL) kemudian destinasi terakhir ke kolej-kolej seperti Kolej Aminudin Baki dan Kolej Ungku Omar. Beberapa pek kurma juga sempat diberikan kepada Unit Keselamatan UKM (Wisma Aman) yang bertugas di pondok pintu masuk utama UKM .




 Menurut Speaker GMUKM,Saudara Abdul Kahar mengulas tentang program tersebut bahawa 'ini  adalah satu usaha yang baik yang dijalan di peringkat kami dan respon yang diterima di kalangan mahasiswa juga positif. Jadi saya rasa program seperti ini boleh dilakukan lagi pada Ramadhan yang akan datang'. Edaran ini telah berakhir pada jam 6 petang
 





Moving Forward! Ber-GM Lebih Baik!

Wednesday, July 9, 2014

Pengedaran Kurma Sempena Ramadhan Al-Mubarak



Event Esok.
(Pengedaran Kurma Sempena Ramadhan Al-Mubarak).

Assalamualaikm. Warga kampus sekalian, InsyaAllah esok hari (10July 2014) GMUKM akan mengadakan pengedaran kurma di sekitar UKM. Bagi sesiapa yang berkelapangan bolehlah dapatkan kurma tersebut.
Untuk Maklumat lanjut, sila merujuk butiran maklumat dan poster dibawah :

Tarikh  : 10 Julai 2014
Masa    : 5.00 Pm
Tempat : Masjid UKM, Foyer Kolej Ungku Omar, Foyer Kolej Burhanuddin Helmi, Foyer Kolej Aminuddin Baki.

Temui kami di sana esok.
Selamat menjalani Ibadah Puasa di bulan yang barakah ini.

-Gabungan Mahasiswa UKM.

Moving Forward! Ber-GM Lebih Baik!

GAZA MENANGIS DAN BERDARAH LAGI



Jalur Gaza adalah sebuah wilayah di Palestina, luasnya sekitar 365 km persegi, dihuni oleh sekitar 1.5 juta orang, sangat terkenal kerana perjuangan rakyatnya yang gigih dan tidak kenal lelah melawan penjajah Zionis Israel.

sekian waktu,
engkau menangis lagi,
merintih, memohon keajaiban berlaku

Ya Allah, bantulah rakyat palestin daripada cengkaman Yahudi si penjajah laknatullah.



Gaza bermandi darah lagi!
terdengar jeritan di sana sini.

Israel kian angkuh dengan penindasan yang dilakukannya terhadap bumi Gaza dan rakyatnya. Ketegangan semakin meningkat hingga ke hari ini ekoran berita serangan udara Israel di Gaza. Perjuangan Palestin akan terus menghadapi serangan zionis terhadap bangsa Palestina di Tebing Barat dan Gaza. Mewakili mahasiswa, kami menyeru kepada pimpinan Palestin dan Liga Arab serta dunia Islam dan masyarakat antarabangsa untuk menekan penjajah zionis agar menghentikan serangan mereka dan mengembalikan hak-hak Palestin kepada pemiliknya.



Kepada seluruh Mahasiswa, ayuh bersama-sama menunjukkan kecaknaan anda terhadap isu sensitif ini. Kagum dengan mereka yang turut merasai kehangatan kekejaman Israel. Namun saya masih bimbang akan kita yang diserang, telah diserang sejak sekian lama, dan sentiasa diserang dengan pelbagai ideologi. penjajahan pemikiran, emosi, sikap kita dan hati kita. Mungkin kita terpaksa menghitung diri kita semula selepas ni? serangan saraf yang lebih berbahaya dan tidak dapat dilihat dengan mata kasar. Renungan.

Ketika Ibrahim bin Adham (seorang ahli tasawwuf yang masyhur) berada di tengah-tengah pasar Basrah, beliau dikerumuni oleh orang ramai. Di antara mereka ada yang bertanya: mengapakah doa mereka tidak dikabulkan Allah padahal mereka selalu berdoa kepadanya? 

Beliau menjawab : kerana hati kamu buta disebabkan sepuluh perkara, iaitu:

1. Kamu mengenal Allah, tetapi kamu tidak tunaikan hak-Nya
2. Kamu sangka bahawa kamu cinta kepada Rasulullah saw tetapi kamu tinggalkan sunnahnya.
3. Kamu telah membaca al-Quran, tetapi kamu tidak beramal dengannya
4. Kamu telah makan nikmat-nikamat Allah, tetapi kamu tidak tunaikan syukur-Nya
5. Kamu telah berkata syaitan itu musuh kamu tetapi kamu tidak menentangnya
6. Kamu telah berkata bahawa syurga itu benar tetapi kamu tidak beramal untuknya
7. Kamu telah berkata bahawa neraka itu benar tapi kamu tidak lari daripadanya
8. Kamu telah berkata bahawa mati itu benar tapi kamu tidak bersedia baginya
9. Kamu bangun dari tidur lalu kamu ceritakan segala keaiban manusia tapi kamu lupa keaiban kamu sendiri.
10. Kamu kebumikan mayat-mayat manusia tetapi kamu tidak mengambil iktibar daripada mereka.

Siapakah yang mahu menghibur rakyat Jalur Gaza yang sedang menangis agar dapat tersenyum? Siapakah yang mahu menghapus linangan “air mata darah” yang membasahi bumi para Nabi?








Siti Nor Bahijah Mohd Zaki
MPP Umum Tahun 1/2


Moving Forward! Ber-GM Lebih Baik!

Suasana yang didiamkan di Palestin




Moving Forward! Ber-GM Lebih Baik!
 REALITI KEJADIAN YANG BERLAKU DI PALESTIN YANG DISEMBUNYIKAN

  Isu pencerobohan di negara Palestin oleh tentera Zionis sememangnya telah mengorbankan ribuan para syuhada yang tetap untuk mempertahankan negara mereka. Ada dikalangan mereka yang di bom, di tembak dan ada juga yang diseksa hidup-hidup kerana berani melawan tentera Zionis walaupun tidak bersenjatakan apa-apa.

     Video diatas merupakan antara video yang disembunyikan oleh pihak Barat daripada disebarkan kepada khalayak umum kerana ingin menutup kezaliman dan agenda yang dirancang untuk merampas Palestin supaya negara haram Israel boleh ditubuhkan. Tentera-tentera Zionis tidak mempunyai sifat perikemanusiaan kerana sanggup mencederakan orang-orang awam termasuk kanak-kanak serta orang tua.

   Sememangnya cubaan Rejim Israel untuk menutup lubang rahsia tentang kejadian sebenar  serta manipulasi media yang berlaku di Palestin tidak dapat disembunyikan oleh mereka kerana segala kezaliman dan kejahatan pasti akan terbongkar juga. Pastinya manipulasi media sebegini sudah muak didengar dan dibaca oleh masyarakat pada hari ini.

   Justeru ini, sebagai manusia yang dibekalkan dengan akal untuk berfikir, kita perlu bijak untuk menilai sesuatu kenyataan daripada mana-mana sumber supaya kita tidak mudah tertipu dengan mana-mana pihak yang cuba memutarbelit sesuatu fakta. Kejadian di Palestin dan negara-negara Islam yang lain merupakan satu contoh yang boleh kita ambil supaya selepas ini kita lebih berhati-hati dalam menerima dan mempercayai sesuatu sumber.

oleh,
Abdul Qahar B. Hamzah
(Speaker Gabungan Mahasiswa UKM)



 

China larang Muslim berpuasa




Moving Forward! Ber-GM Lebih Baik!


Persatuan Mahasiswa UKM Sesi 2013/2014  

Setiap manusia mempunyai pegangan agama yang tersendiri mengikut kepercayaan masing-masing. Menyekat sesetengah masyarakat yang hidup dalam pelbagai kaum untuk mengamalkan agama yang telah dipercayai adalah satu perkara yang tidak semestinya berlaku dalam sesebuah negara yang mempunyai masyarakat yang berbilang bangsa dan agama.

Bulan Ramadhan merupakan satu bulan yang sangat mulia bagi umat Islam. Pada bulan ini juga Umat Islam diwajibkan untuk menunaikan Ibadat Puasa sebagaimana firman Allah SWT :


يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا كُتِبَ عَلَيْكُمُ الصِّيَامُ كَمَا كُتِبَ عَلَى الَّذِينَ مِن قَبْلِكُمْ لَعَلَّكُمْ تَتَّقُونَ 

Wahai orang-orang yang beriman! Kamu diwajibkan berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang yang dahulu daripada kamu, supaya kamu bertakwa.

(Surah al-Baqarah: 183)

Selaku mahasiswa, saya amat kecewa apabila mendengar masalah yang dihadapi oleh umat Islam yang tinggal di Xinjiang. Mereka telah dihalang untuk melakukan ibadah puasa oleh pihak pemerintah. Peristiwa ini secara tidak langsung menunjukkan satu ancaman dan sekatan secara terbuka bagi menyekat kebebasan beragama dalam masayarakat majmuk. Walaupun umat Islam disana merupakan golongan minoriti namun jangan sesekali menyekat umat Islam untuk mengamalkan Ibadat yang telah diperintahkan oleh agama mereka. Sesungguhnya Islam itu tidak menyekat mana-mana agama untuk mengamalkan ibadat mengikut kefahaman masing-masing sebagaimana yang ditunjukkan didalam pemerintahan Rasulullah SAW.

Sesungguhnya Nabi SAW telah bersabda :


بُنِيَ الإِسْلاَمُ عَلَى خَمْسٍ: شَهَادَةِ أَنْ لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللَّهُ، وَأَنَّ مُحَمَّدًا رَسُولُ اللَّهِ، وَإِقَامِ الصَّلاَةِ، وَإِيتَاءِ الزَّكَاةِ، وَالْحَجِّ، وَصَوْمِ رَمَضَانَ

Maksudnya: “Islam dibina atas lima perkara, iaitu bersaksi bahawa tiada Tuhan yang disembah dengan sebenar-benarnya selain Allah, dan Nabi Muhammad ialah pesuruh Allah, mendirikan solat, menunaikan zakat, mengerjakan ibadah haji, dan puasa di bulan Ramadhan.”

Kepada seluruh Mahasiswa/I UKM marilah sama-sama kita mendoakan semoga umat Islam di Xinjiang dapat melaksanakan ibadah puasa sebagaimana yang kita lakukan di bumi yang tercinta ini.
oleh,
Saudara Ammar Azlan 
(Speaker Dewan Mahasiswa)

tvGMUKM

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

#Hashtag

#Hashtag

Moving Forward

Wajib Muat Turun !