Moving Forward! Ber-GM Lebih Baik!
REALITI KEJADIAN YANG BERLAKU DI PALESTIN YANG DISEMBUNYIKAN
Isu pencerobohan di negara Palestin oleh tentera Zionis sememangnya telah mengorbankan ribuan para syuhada yang tetap untuk mempertahankan negara mereka. Ada dikalangan mereka yang di bom, di tembak dan ada juga yang diseksa hidup-hidup kerana berani melawan tentera Zionis walaupun tidak bersenjatakan apa-apa.
Video diatas merupakan antara video yang disembunyikan oleh pihak Barat daripada disebarkan kepada khalayak umum kerana ingin menutup kezaliman dan agenda yang dirancang untuk merampas Palestin supaya negara haram Israel boleh ditubuhkan. Tentera-tentera Zionis tidak mempunyai sifat perikemanusiaan kerana sanggup mencederakan orang-orang awam termasuk kanak-kanak serta orang tua.
Sememangnya cubaan Rejim Israel untuk menutup lubang rahsia tentang kejadian sebenar serta manipulasi media yang berlaku di Palestin tidak dapat disembunyikan oleh mereka kerana segala kezaliman dan kejahatan pasti akan terbongkar juga. Pastinya manipulasi media sebegini sudah muak didengar dan dibaca oleh masyarakat pada hari ini.
Justeru ini, sebagai manusia yang dibekalkan dengan akal untuk berfikir, kita perlu bijak untuk menilai sesuatu kenyataan daripada mana-mana sumber supaya kita tidak mudah tertipu dengan mana-mana pihak yang cuba memutarbelit sesuatu fakta. Kejadian di Palestin dan negara-negara Islam yang lain merupakan satu contoh yang boleh kita ambil supaya selepas ini kita lebih berhati-hati dalam menerima dan mempercayai sesuatu sumber.
oleh,
Abdul Qahar B. Hamzah
(Speaker Gabungan Mahasiswa UKM)
0 comments:
Post a Comment