Majlis Kepimpinan Utama GMUKM

Kompilasi Kejayaan Manifesto

Provinsi Ungu [Versi Online]

Tuesday, July 22, 2014

Usah Berbalah Kerana "kerusi"



   Pengumuman daripada Mesyuarat Pimpinan Pusat Parti Keadilan Rakyat menamakan Datin Seri  Dr. Wan Azizah yang juga merupakan isteri kepada Ketua Umum Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai calon untuk jawatan Menteri Besar Selangor telah menghangatkan kembali isu kerusi tersebut pada musim PRU13 yang lalu. Dengan erti kata lain DS Wan Azizah bakal menggantikan Menteri Besar Selangor kini iaitu Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

   Jika dilihat secara kasar, perletakan beliau sebagai calon untuk menggantikan Tan Sri Khalid Ibrahim  merupakan satu strategi supaya DSAI kekal didalam tampuk kepimpinan PKR walaupun beliau bakal kenakan hukuman mahkamah nanti. Jadi dengan meletakkan isterinya sebagai Presiden PKR dan juga sebagai Menteri Besar dilihat  adalah rancangan terbaik supaya pengaruh  DSAI masih kekal didalam parti.

  PRU13 sudah berlalu lebih setahun jangka masanya  tetapi hakikatnya isu kerusi ini masih lagi tidak boleh diselesaikan dengan baik oleh kepimpinan Pakatan Rakyat walaupun sepatutnya Parti Islam Se-Malaysia (PAS) menerajui pentadbiran negeri Selangor kerana kemenangan mereka di Selangor lebih banyak berbanding PKR dan DAP.

   Gabungan Mahasiswa UKM(GMUKM) ingin menyatakan suara mahasiswa bahawasanya jangan menjadikan isu perlantikan Menteri Besar seperti ini adalah isu remeh temeh dan tidak melibatkan rakyat kerana pemilihan kuasa pemerintahan adalah ditentukan atas dasar kepercayaan rakyat secara demokrasi iaitu didalam Pilihan Raya Umum. Harapan kami agar isu-isu sebegini segera diselesaikan dengan adil dan saksama supaya kepercayaan rakyat terhadap Pakatan Rakyat masih relevan dan kekal setia.

Abdul Kahar B. Hamzah
:Speaker GMUKM:


  
Moving Forward! Ber-GM Lebih Baik!

0 comments:

Post a Comment

tvGMUKM

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

#Hashtag

#Hashtag

Moving Forward

Wajib Muat Turun !