Pada tarikh 11 Julai 2014 bersamaan 13 Ramadhan 1435H, Gabungan Mahasiswa Universiti Kebangsaan Malaysia (GMUKM) telah melaksanakan satu program edaran kurma kepada para pelajar, pensyarah serta orang awam yang berada di sekitar UKM sempena menyambut bulan Ramadhan yang kini hampir masuk ke pertengahannya. Sebanyak 140 pek kurma beserta kad yang tertera jadual waktu berbuka dan imsak telah diedarkan.
Aktiviti ini melibatkan seramai lebih kurang 20 orang yang terdiri daripada Speaker GMUKM, Saudara Abdul Kahar B. Hamzah serta beberapa orang ahli Majlis Perwakilan Pelajar UKM. Turut serta dalam edaran ini ialah Presiden Persatuan Mahasiswa UKM (PMUKM), Saudara Mustapha Kamil Husen Abd Kadir dan bermula pada jam 4.30 petang.
Edaran bermula di sekitar bangunan Fakulti Ekonomi dan Pengurusan kemudian bergerak ke masjid kemudian ke Perpustakaan Tun Seri Lanang (PTSL) kemudian destinasi terakhir ke kolej-kolej seperti Kolej Aminudin Baki dan Kolej Ungku Omar. Beberapa pek kurma juga sempat diberikan kepada Unit Keselamatan UKM (Wisma Aman) yang bertugas di pondok pintu masuk utama UKM .
Menurut Speaker GMUKM,Saudara Abdul Kahar mengulas tentang program tersebut bahawa 'ini adalah satu usaha yang baik yang dijalan di peringkat kami dan respon yang diterima di kalangan mahasiswa juga positif. Jadi saya rasa program seperti ini boleh dilakukan lagi pada Ramadhan yang akan datang'. Edaran ini telah berakhir pada jam 6 petang
Moving Forward! Ber-GM Lebih Baik!
0 comments:
Post a Comment