Ramadhan semakin hampir meninggalkan kita dan kita belum pasti akan
bertemu semula dengan Bulan Mulia ini di tahun berikutnya.Puasa adalah
suatu proses untuk menjana peribadi yang baik jika ia dibina diatas niat
yang jelas. Maka hasilnya mampu membentuk peribadi yang terbaik.
Lailatul Qadr merupakan suatu anugerah istimewa yang Allah berikan kepada manusia di akhir zaman yang purata umurnya 60-70 tahun. Kebaikkan yang ada didalamnya menyamai 1000 bulan atau bersamaan 83 tahun. Jelas bahawa Allah itu mempunyai sifat Ar-Rahman yang ingin melihat semua hambaNya berebut-rebut mendekatkan diri kepadaNya dengan menganjari suatu hadiah misteri untuk mendapatkan pahala yang menyamai 83 tahun ini.
Sahabat seperjuangan, rebutlah lailatul Qadr yakni malam yang dijanjikan Tuhan yang tidak pernah memungkiri janjiNya.Berdoalah sebanyak yang mungkin kerana Allah itu bersifat al-Sami' yakni Maha mendengar setiap rintihan,aduan dan luahan hati daripada hamba-hambaNya. Doa itu harapan dan ia mengamit pertolongan Allah untuk melakukan anjakan paradigma yang diharapkan.

Moving Forward! Ber-GM Lebih Baik!
0 comments:
Post a Comment