Majlis Kepimpinan Utama GMUKM

Kompilasi Kejayaan Manifesto

Provinsi Ungu [Versi Online]

Saturday, August 16, 2008

3 Penjuru di Permatang Pauh


SAH!! Pertandingan 3 penjuru. Pilihan raya kecil Parlimen Permatang Pauh pada 26 Ogos ini akan menyaksikan pertandingan tiga penjuru antara Barisan Nasional (BN), Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan parti serpihan Pas, Angkatan Keadilan Insan Malaysia (Akim).

BN mempertaruhkan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Seberang Jaya, Datuk Arif Shah Omar Shah, 52, manakala PKR menampilkan Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim, 61. Akim pula menerusi Presidennya, Hanafi Mamat. Bagaimanapun, Timbalan Ketua Biro Pilihan Raya PKR, Dr Mansor Othman (calon bebas yang diletakkan sebagai langkah berjaga-jaga jika pencalonan Anwar ditolak) yang turut menyerahkan borang pencalonan dan dikatakan bertanding sebagai calon Bebas, bagaimanapun menarik diri.Dato' Arif Shah mendahului menyerahkan kertas pencalonan pada pukul 8.40 pagi, Dato' Seri Anwar pada jam 9.10 pagi manakala calon bebas pada pukul 9.14 pagi.

Suasana jalan masuk ke Maktab Perguruan Tunku Bainun penuh sesak dengan para penyokong Pakatan Rakyat dan BN. Bukan itu sahaja malahan jalan daripada Pekan Penanti telah ditutup buat sementara manakala laluan menerusi Lebuhraya Butterworth-Kulim penuh sesak dengan kenderaan.

Antara yang hadir memberikan sokongan padu ialah Muryidul Am PAS, Dato' Nik Aziz Nik Mat, Bendahari PAS Pusat, Dr Hatta Ramli, Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Dr Mariah Mahmud dan Dr. Lo' Lo' Mohd Ghazali dan pimpinan DAP seperti Lim Kit Siang dan Lim Guang Eng.


Jelas bagi GMUKM bahawa ini bukan pilihanraya kecil sembarangan, hal ini kerana ura-ura menyatakan bahawa kemenangan Anwar di Permatang Pauh akan menjadi batu loncatan Anwar mendiami aras 4 Wisma Putra. GMUKM berharap agar pilihanraya ini bersih daripada penipuan dan berpilihanrayalah secara demokrasi, bagi melengkapkan konsep ‘ good governance’ yang masih lompang di negara kita ini.

0 comments:

Post a Comment

tvGMUKM

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

#Hashtag

#Hashtag

Moving Forward

Wajib Muat Turun !