Majlis Kepimpinan Utama GMUKM

Kompilasi Kejayaan Manifesto

Provinsi Ungu [Versi Online]

Saturday, August 16, 2008

Gelombang UNGU menyerang UKM


BANGI : 14 Ogos 2008 : Gelombang Ungu menyerang bumi Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) hari ini apabila mahasiswa dan mahasiswi bebas mengenakan baju berwarna ungu di Fakulti dan Kolej mereka. Dengan memakai reben ungu, sticker ungu dan juga payung di sesetengah tempat, warna ungu menghiasi pelbagai ceruk di tempat-tempat di UKM ini termasuklah di stesen-stesen bas, pusanika dan lain-lain. Menurut Pengerusi Gabungan Mahasiswa Universiti Kebangsaan Malaysia (GMUKM), Ahmad Farhan Yusoff menyatakan bahawa tanggal 14 Ogos dipilih sebagai Hari Ungu kerana tarikh tersebut merupakan tarikh penubuhan Gabungan Mahasiswa di UKM lima tahun lalu. Tambahnya lagi, Hari Ungu sebagai satu pengisytiharan awal bahawa GMUKM sudah siap-siaga untuk bertempur dengan Aspirasi UKM. “ Hari ini jelas kita menunjukkan kepada warga UKM bahawa GMUKM tidak gentar untuk mengisytiharkan warna ungu sebagai warna rasmi kami. Saya menyeru kepada rakan-rakan dan teman-teman untuk bersatu di atas tiga dasar utama iaitu falsafah Universiti, kebajikan dan keintelektualan serta keilmuan” , ujarnya kepada wartawan GMUKM. Sementara itu, Jurucakap GMUKM, Hazman Abdullah melahirkan rasa bangga kepada mahasiswa yang berani memperagakan pakaian berwarna ungu kepada masyarakat kampus. “ GMUKM mengucapkan tahniah dan syabas kepada mahasiswa yang berani memakai pakaian berwarna ungu walaupun diejek atau ditekankan oleh pihak Universiti ”, tegasnya. Tambahnya lagi bahawa GMUKM akan terus mengadakan sambutan Hari Ungu ini untuk menyedarkan mahasiswa UKM bahawa mereka mempunyai hak dalam melahirkan suara melalui penonjolan warna ungu ini. Secara faktanya, warna Ungu dipilih oleh GMUKM berlatar belakangkan warna cerah dan ceria bagi menggambarkan konsep mesra mahasiswa itu sendiri. – Wartawan GMUKM

0 comments:

Post a Comment

tvGMUKM

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

#Hashtag

#Hashtag

Moving Forward

Wajib Muat Turun !