Majlis Kepimpinan Utama GMUKM

Kompilasi Kejayaan Manifesto

Provinsi Ungu [Versi Online]

Saturday, August 23, 2008

Siswa UiTM rela kena tindakan

SHAH ALAM 22 Ogos - Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) Universiti Teknologi Mara bersedia untuk menerima tindakan tata tertib daripada pihak universiti atau pihak kementerian, kata yang dipertuanya Luqmannulhakim Mohamad Idris.

“Kami bertanggungjawab dan sedar dengan tindakan (demonstrasi) yang dibuat,” kata Luqmannulhakim ketika dihubungi Malaysiakini.

Beliau menjelaskan, mungkin demonstrasi itu melanggar Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971 (Auku), tetapi menyatakan perjuangan mereka itu betul.

Beliau berkata demikian mengulas kenyataan Timbalan Menteri Pangajian Tinggi, Datuk Idris Haron bahawa pelajar UiTm akan berdepan dengan tindakan dispilin kerana menganjurkan demonstrasi.

Demonstrasi minggu lalu diadakan berikutan cadangan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim agar 10 peratus daripada kuota pelajar di UiTM dibuka kepada bukan Bumiputera serta pelajar asing untuk meningkatkan daya saing institusi pengajian tinggi itu.

Naib canselor Datuk Seri Prof Dr Ibrahim Abu Shah semalam dilaporkan akur dengan arahan kementerian untuk mengenakan tindakan terhadap pemimpin-pemimpin mahasiswa yang menggerakan ribuan pelajar ke jalan raya, 12 Ogos lalu.

Luqmannulhakim menambah, kesediaan pelajar menerima tindakan tatatertib itu dapat mengikis tanggapan masyarakat bahawa demonstrasi mereka itu dipengaruhi oleh pihak-pihak tertentu.

Sementara itu, jelasnya lagi, MPP setakat hari ini masih menunggu jemputan rasmi daripada pihak MB Selangor berhubung kesudian beliau untuk berjumpa dengan pada pelajar UiTM menyelasaikan isu tersebut.

Kata Luqmannulhakim, majlis pelajar itu bersedia berjumpa dan berbincang dengan Abdul Khalid berhubung isu ini walaupun dalam bulan Ramadhan.

MPP juga menjalankan sesi penerangan kepada para pelajar berhubung isu kuota 10 peratus ini.

“Bagi peringkat pelajar, kita mengadakan sesi penerangan kepada pelajar berhubung kedudukan UiTM sebagai benteng terakhir Bumiputera.

“Kita minta pelajar balik ke kampung menceritakan kepada penduduk kampung berhubung pencapaian cemerlang yang diperolehi oleh UiTM di peringkat nasional dan antarabangsa,” jelas Luqmannulhakim.

Sesi penerangan itu telah bermula pada Khamis lepas dan sekarang pelajar-pelajar UiTM sedang bercuti dan pulang ke kampung.

Sehubungan itu, jelas Luqmannulhakim, pihaknya juga akan mengadakan satu forum pda 29 Ogos ini, bersempena dengan kemerdekaan Malaysia.

Mereka menjemput pro canselornya Tan Sri Datuk Arsyad Ayub dan Tan Sri Abdul Rahman Arshad berforum berhubung kepentingan UiTM dan pendidikan Bumiputera.

Selain itu, MPP turut merancang mengedarkan risalah dan brosur penjelasan berhubung isu tersebut kepada masyarakat setempat dan juga akan diletakkan dalam laman web MPP UiTM. - MALAYSIAKINI* Psst : Wah.berani betul Aspirasi UiTM. Nak hadapi AUKU. Tengok selepas ini, apa reaksi KPT dan Menteri. Adakah menteri sanggup nak hukum anak emas mereka. Sama-samalah kita saksikan konpirasi baru. GMUKM beri amaran keras kepada MPP UiTM yang juga ASPIRASI.. Jangan mainkan isu perkauman. Sayangilah negara ini sebagai tempat kita berbakti pada masa hadapan.

0 comments:

Post a Comment

tvGMUKM

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

#Hashtag

#Hashtag

Moving Forward

Wajib Muat Turun !