Majlis Kepimpinan Utama GMUKM

Kompilasi Kejayaan Manifesto

Provinsi Ungu [Versi Online]

Monday, October 12, 2009

MPP GMUKM MOHON PENJELASAN KEMENTERIAN PELAJARAN

Majlis Perwakilan Pelajar Gabungan Mahasiswa, Universiti Kebangsaan Malaysia meminta penjelasan daripada kerajaan berhubung laporan akan berlaku kelewatan penempatan guru-guru lepasan graduan institusi pengajian tinggi (IPT) yang mengikuti program pendidikan.
Laporan mengenai kelewatan tersebut disiarkan dalam blog upsikini.blogspot.com yang memetik Timbalan Naib Canselor Akademik dan Antarabangsa Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Prof Dr Zakaria Kasa sebagai menyatakan demikian.

Menurut malumat yang diperolehi ,Beliau berkata demikian dalam ucapan perasmian simposium halatuju pendidikan fizik di Malaysia, anjuran Persatuan Mahasiswa Sains (PMS) dengan kerjasama Jabatan Hal Ehwal Pelajar dan Alumni (JHEPA) UPSI beberapa hari yang lalu.Prof Dr Zakaria dipetik berkata, punca utamanya adalah disebabkan oleh kelembapan ekonomi negara dan masalah kewangan yang dihadapi dalam pentadbiran kerajaan.

Ketika ditanya kepada saudara Affandi bin Abdul Rahman merupakan Majlis Perwakilan Pelajar Fakulti Pendidikan UKM, berpendirian bahawa pendidikan bukanlah merupakan satu kos tetapi adalah satu pelaburan demi masa depan negara. Beliau berpandangan bahawa kekurangan kewangan bukan alasan untuk membekukan penempatan bagi mahasiswa fakulti Pendidikan di seluruh Negara. Kerajaan bersama Nutp sebagai contohnya perlu mencarai jalan untuk menyelesaikan masalah ini dan jangan biarkan guru-guru dan bakal pendidik menerima kesan dan nasib seperti ini. Pada masa sekarang terdapat kira-kira 380 000 guru di malaysia dan masalah kekurangan guru menjadi masalah yang berterusan. Justeru jika penempatan bagi mereka yang belajar dalam bidang pendidikan dibekukan maka sudah pastinya permasalahan ini akan menjadi lebih rumit.
Sehubungan itu beliau memohon agar, Menteri Pelajaran, Tan Sri Muhyiddin Yassin perlu membuat penjelasan segera agar mahasiswa terutamanya mereka yang belajar dalam bidang pendidikan tidak keliru akan isu ini.

Ketika soalan diajukan kepada seorang lagi MPP dari Fakulti pendidikan dan merupakan pelajar tahun akhir iaitu saudara faez bin mat zin berkaitan dengan respon mahasiswa berkaitan isu ini , beliau memberitahu bahawa banyak menerima pelbagai respon daripada mahasiswa Fakulti Pendidikan berkaitan dengan isu ini, mereka amat bimbang jika pembekuan penempatan ini benar-benar berlaku. Justeru, beliau bersama dengan Majlis perwakilan pelajar daripada fakulti Pendidikan yang lain dengan sokongan seluruh pelajar fakulti pendidikan memohon agar pihak kementerian menjelaskan situasi yang berlaku dengan sebaiknya sekurang-kurangnya mampu untuk mengurangkan spekulasi pelbagai yang dibuat oleh mahasiswa seluruh Negara.

18 comments:

Anonymous said...

insyaAllah...mudah mudahan tkde pape....UPSI tgh kecoh skng ni...dilaporkn ade student yg down...n kurg motivasi utk blaja pas dgr isu ni....hrp2 ianya tak jd knyataan....ksian la kt kmi semua nie....

Anonymous said...

harap saudara faez bin mat zin merangkap MPP FPend dan juga MPP2 yang lain terutama dri Fpend boleh adakn perjumpaan dalam ms terdekt dgn menteri pelajaran berkaitan isu ni....kami pelajar2 Fpend mnyokong penuh anda dri belakang...perjuangkan hak dan nasib kami ni....

Anonymous said...

maslah duit alasan utama disamping Graduan2 Emas IPG (Lulusan Ijazah) akn grad 2011 nnti.....jap2...maslh duit????.....giler ke ape. Apsl lak wat Team F1 boleh pdhal ratusn juta abis tu. Ape pekdahnyer??..Tu yg labur kt dr SMS utk pegi ISS tu. Juta2 GAK TU...Senyap dah. Aku xnmpk pun pekdahnyer..Yg kitorg ni modal insan negara di anaktirikan...ape citer ni?? cmne la najib perintah Malaysia...HRP2 APE YG AKU DGR NI TAK BETUL DAN HANYALAH SPEKULASI TAK BERGUNA untuk pecah belahkan semua orang...

Anonymous said...

i malaysia, kroni umno didahulukan, rasuah diutamakan..........

tesl tahun 4 said...

salam tahniah pada mpp fpend..moga perancangan anda semua diredhai ilahi hendaknya...pada affandi kami sokong anda dengan spenuh hati..sblum nie dah berjaya perjuangkan elaun praktikum bagi pelajar yg mendapat tajaan ptptn...tahniah..kami doakan pada kali ini juga anda akan berjaya...

Anonymous said...

malaysia mane ader dah team F1, A1 ader la.

Anonymous said...

thn dpn da ade f1.....sila bc paper...

Anonymous said...

Takya bagi posting kat budak2 kaki DEMO ni... Buat rosak budak2 sekolah je... Biar dorang keje kat 7-11 lagi baik...
(teringat kat sorang budak extreem GM a.k.a. MAMPU yang keje kat 7-11 PKNS... Da grad tapi tak dapat keje..

Anonymous said...

Team F1 tu bukan under gomen lah...
tapi apa2 pun... tak suke budak2 KPLI

Anonymous said...

Cuma harap budak2 FPEND ni tak memilih tempat je.. Maklumlah lulusan Universiti.. High standard konon.... Try apply kat kawasan2 pedalaman sabah sarawak... sure dapat sbb tempat tu tak cukup Cikgu pun... ni nak gak keje kat sebelah rumah... Tanak transfer sebab nak kawen... BODOH!!!!

langsi said...

isu ni isu yg serius..nape la smpi isu serius pon ade gk org yg jumud.cube pk kalo fmly korg yg jd cm dowg??kowg blh la ckap..nk tnye la kt owg yg ckap sal demo tu..pimpina2 pakatan rakyat yg join demo kt luar tu keje cikai2 kew?xde ilmu kew??jgn la jumud..owg demo ade sbb bkn sje2 dari ckap n komen jew tau tp apa pon xde..ak doakn ko brjye..jgn smpi ko yg keje cuci tnds suda..

Anonymous said...

Yang Demo kat luar tu da kaya2... Dorang buat apa suka hati dorang da..da stabil.. Ni tahap2 kuman2 kecik nak diperguna untuk gi Demo buat pe?
Kalo betul tak dapat keje? Betul orang2 kaya tu tolong?
Tringat masa perhimpunan bersih... Si Melayu jerit di jalah raya.. Pemimpin cina tengok dari atas bangunan senyum2 je...

Padang Lalang said...

korg ni napela..smpai isu2 demo lak yg nk dibangkitkan....skng ni mslhnyer kitorg dak2 fpend tgh rsau kalu2 bnda ni akan bg kesn yg besr kt kmi smua....bukn stakat thn 4 dan 3...tp jgk jnior2 thn 1, 2 dan jugak bkal2 junior yang baru...hrp2 menteri pelajaran akan wat pnyelesaian yg terbaik sbb kita smua ni modal insan...tmbhn pendidikan ni sbnrnya keperluan kepada kita semua rakyat Malaysia nie..

Anonymous said...

kenapa keluarkan komen aku semalam....

Anonymous said...

then ape reaksi KPT???

Anonymous said...

hmmm...nmpaknye serangan peribadi cube dimainkan...kalau dh rezeki die krja kat 7-11 pas grade nk buat camne,GM ke aspirasi ke sume ni dlm kampus je,aku tau ahh ko ni jenis sng dpt krja kan,x yah ahh nk belagak nk mampus katse,kte nii sme2 mnusia last2 dlm tanah jugak tau,jgn nak mnyombong sgt

Anonymous said...

2 tahun keje kat 7-11 lepas grad tu maksudnya mmg ada masalah....
kesian mak bapak antar universiti utk blajar, dapat keje baik, bantu family...
ni datang U nak berpolitik.. bukan tak tau risiko ekstrem kat politik..
tgkla budak2 yang exktrem bodoh.. tak kiralah aspirasi ke, gm ke... dapat keje cepat ke tak?

bukan semua kes tapi mmmg ada yang tak dapat capai apa yang mak bapak harapkan pun...
budak CCC?
senang je dapat keje.. melayu je mcm ni...

Adeq said...

demi Islam ku sanggup pertaruhkan segalaNYA..
Dari dy kita datang dan kepada Dia kita kembali..
_cukuplah kematian sebagai peringatan_

Post a Comment

tvGMUKM

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

#Hashtag

#Hashtag

Moving Forward

Wajib Muat Turun !