Majlis Kepimpinan Utama GMUKM

Kompilasi Kejayaan Manifesto

Provinsi Ungu [Versi Online]

Wednesday, March 31, 2010

Friday, March 26, 2010

"SAYA MAHASISWA PRIHATIN"






Bangi, 25 Mac- MPP Mahasiswa mengambil inisiatif untuk turun ke akar umbi bagi membudayakan nilai murni dalam kalangan mahasiswa, bermula semalam di UKM Kampus KL. "SAYA MAHASISWA PRIHATIN" merupakan suatu bentuk seruan bagi memupuk nilai keprihatinan dalam kalangan mahasiswa.

Seperti biasa, pendekatan 'turun padang' digunakan sebaiknya oleh MPP untuk mendekati mahasiswa/i UKM. Booklet yang mengandungi maklumat tentang Tabung Kebajikan Pelajar dan Audit MQA diedarkan untuk memberi kesedaran kepada mahasiswa. Borang permohonan Tabung Kebajikan Pelajar turut diedarkan dan reaksi yang diterima menunjukkan bahawa masih ramai mahasiswa yang tidak mengetahui kewujudan Tabung tersebut yang berperanan untuk meringankan beban mahasiswa yang kematian waris, kemasukan wad dan mengalami kes-kes tertentu (bencana, kecurian dan sakit kronik).

MPP Umum, Muhamad Faiz Ismail yang ditemui di UKM Kampus KL berkata, mahasiswa perlu menanamkan sikap prihatin kerana ianya semakin pudar dalam kalangan generasi muda.

"Mahasiswa yang tidak prihatin cenderung untuk mementingkan diri sendiri. Kesibukan dengan hal masing-masing membuatkan mahasiswa tidak peka dengan keadaan sekeliling. Kalau boleh kita nak mahasiswa jadi contoh yang baik kepada masyarakat. Suka bantu orang lain, ambil berat dengan isu semasa di kampus dan terlibat sama dalam usaha untuk mencapai halatuju universiti."katanya.

*gambar gerakan merakyat akan menyusul kemudian

Thursday, March 25, 2010

Hari Ungu Kembali !!!


Mari Ramai-ramai kita berbasikal. Ada Bran???

Monday, March 22, 2010

Sunday, March 21, 2010

Kogress Gerakan Mahasiswa - Revolusi Gerakan Mahasiswa

Dewan Sivik MPKJ, 20 Mac - Kongres Gerakan Mahasiswa Malaysia 2010 telah berlangsung dengan jayanya. Ini merupakan satu kejayaan besar bagi seluruh mahasiswa di setiap negeri bagi memusatkan kembali gerakan mahasiswa serta membentuk momentum yang lebih dasyat pada masa yang akan datang. Kehadiran seramai 1000 orang mahasiswa pada kongres kali ini telah memberi isyarat kepada semua pentadbiran kampus bahawasanya mahasiswa sudah bangun sepertimana mahasiswa pada zaman 70-80 an.

Mahasiswa, Ideologist dan Realistic

Pembentangan demi pembentangan yang dilakukan pada setiap front mahasiswa telah membuka minda para hadirin mengenai gerakan mahasiswa. Gerakan mahasiswa bukanlah seperti gerakan mereka yang bernaung di bawah pentadbiran (ASPIRASI) yang semuanya perlu disuap, namun gerakan mahasiswa merupakan gerakan yang mempunyai visi serta matlamat yang jelas demi menjadikan mahasiswa sebagai tonggak utama dalam membentuk negara yang harmoni bebas segala gejala yang menimpa. Kita dapat lihat bagaimana pemerintahan PRO-M UM pada sesi yang lepas. Kejayaan mereka telah membawa satu arus baru dalam masyarakat mahasiswa sejurus meningkatkan kualiti mahasiswa serta kualiti universiti malaya.

Pada pilihanraya kampus baru-baru ini, kita dapat lihat betapa kotornya pilihanraya kampus kali dengan penindasan serta pencabulah yang dilakukan oleh HEP. Namun, segala bentuk penindasan ini telah membuahkan satu arus revolusi pada gerakan mahasiswa. Pencabulan demi pencabulan yang dilakukan oleh pihak pentadbir telah memberi view yang jelas kepada mahsiswa. Pencabulan yang dilakukan oleh HEP ini telah memberi isyarat yang jelas kepada mahasiswa. Jika HEP sendiri mampu mencabuli undang-undang yang ditetapkan, bagaimana pula hak kita sebagai mahasiswa.

Sebelum ini, mahasiswa sering dimomokkan dengan AUKU seolah-olah ingin menyekat gerakan mahasiswa. Namun, selepas pencabulan yang dilakukan oleh pentadbiran terhadap undang-undang mereka sendiri, ini sudah memberi signal yang jelas kepada mahasiswa. Tiada gunanya lagi kita takut dengan AUKU jika yang mencabulnya adalah pihak yang menjaganya.

Perlantikan Mohd Syafiq A. Aziz dari MPP GMUKM sebagai pengurusi Majlis Perwakilan Mahasiswa Nasional (MPMN) pada sesi kali ini telah memberi simbol kepada semua MPP mahasiswa di setiap kampus untuk bergerak dalam membela hak dan kebajikan mahasiswa.

"Kami dari MPMN akan sentiasa berusaha dalam menjaga hak dan kebajikan mahasiswa. MPMN kali ini akan bergerak lebih dinamik dalam membentuk mahasiswa ke arah mahasiswa minda kelas pertama disamping menghapuskan halangan yang membebankan mahasiswa" Ujar Syafiq dalam ucapan perlantikan

Pro-M kuasai UNISEL

Kumpulan pro-Mahasiswa (Pro-M) menang besar selepas proses penamaan calon bagi pilihan raya kampus Universiti Industri Selangor (Unisel) - milik kerajaan negeri - berlangsung semalam.

Calon pro-M memenangi tanpa bertanding 15 daripada 19 kerusi yang dipertandingkan. Pilihan raya kampus Unisel dijadual diadakan pada 24 Mac ini.

Menurut jurucakap pro-M, selepas selesai proses penamaan calon di kampus induk Bistari Jaya di Ijok semalam, pro-M menang tanpa bertanding di semua 12 kerusi umum dan tiga kerusi fakulti.

Seorang jurucakap pro-M memberitahu Malaysiakini, kemenangan besar mereka dicapai apabila pro-A tidak meletakkan seorang pun calonnya dalam pilihan raya kampus kali ini.

"Mereka ini tidak berapa berani. Hidup segan mati tidak mahu," kata aktivis pro-M yang enggan namanya dinyatakan.

Satu lagi kerusi diperuntukan untuk pelajar-pelajar daripada luar negara dan tidak melibatkan kedua-dua musuh tradisi itu.

Selain di Ijok, Unisel mempunyai kampus cawangan di Shah Alam. Bagaimanapun, semua proses pilihan rayanya dijalankan di kampus induk Ijok.

Yang menariknya, pilihan raya kampus kali ini menyaksikan pertembungan secara terbuka antara kumpulan pro-M dan pro-Aspirasi (pro-A) di Unisel.

Apabila pilihan raya kampus mulakan diadakan di Unisel tahun lalu, ia membabitkan penyertaan calon-calon yang bertanding secara individu.

Mengulas pilihan raya pada Rabu depan, jurucakap tersebut juga memberitahu, akan berlaku pertandingan satu lawan satu antara calon pro-M dan calon bebas di Fakulti Perniagaan.

Pilihan raya kampus Unisel kali ini turut menarik perhatian apabila tiada pelajarnya yang berminat bertanding di Fakulti Sains Sosial dan Fakulti Pendidikan sehingga universiti terpaksa campur tangan bagi melantik wakil bagi menganggotai Majlis Perwakilan Mahasiswa (MPM).

sumber: Malaysiakini

Universiti Sekat Mahasiswa Berkongres

Petaling Jaya, 21 Mac - dua buah universiti telah didapati menyekat mahasiswanya ke Kongres Gerakan Mahasiswa Nasional 2010 oleh Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM). Universiti Perguruan Sultan Idris (UPSI) dan Universiti Malaya (UM) merupakan dua buah universiti yang telah mengeluarkan notis untuk melarang mahasiswanya ke kongres.

Selain itu pertukaran tempat program berkali-kali disebabkan halangan pihak-pihak tertentu juga berlaku. Bermula di Chinese Assembly Hall, bertukar ke Dewan Centrum Setiawangsa. Pada petang sehari sebelum program, pihak urusetia yang datang ke Dewan Centrum untuk melakukan rehearsal telah dimaklumkan pemilik dewan bahawa, beliau mendapat arahan untuk tidak membenarkan mana-mana mahasiswa membuat sebarang program di dewan tersebut.

Dengan kekangan dan masa yang suntuk, pihak urusetia menyewa dewan lain sebagai ganti. Akhirnya, mahasiswa tetap terus berkongres di Dewan Banquet MBPJ walau dalam keadaan duduk bersila.

Saudara Shazni Munir B Mohd Ithnin, Pengerusi SMM berkata, "Kita telah melihat betapa mahasiswa kini tidak lagi takut dan gentar dengan segala bentuk kecaman dari pihak yang tidak mahu melihat mahasiswa bangkit.

Adapun sehinggalah berlaku penangkapan-penangkapan mahasiswa dalam memacu keadilan hak asasi mahasiswa dan juga masyarakat. Namun, ia tidak sedikit pun menggentarkan dan melunturkan roh perjuangan dalam diri setiap aktivis."

Tambahnya lagi, "Mahasiswa kini adalah apabila dicampak ke laut mampu menjadi pulau. Kekang lah dengan apa cara sekali pun, mahasiswa tetap boleh bergerak dengan sifat kemandirian yang ada dalam diri setiap aktivis."

Laporan Kongres Gerakan Mahasiswa Nasional 2010

PETALING JAYA, 21 Mac- Kongres Gerakan Mahasiswa Malaysia 2010 telah berlangsung dengan lancar pada pagi semalam bermula jam 9.30am hingga 5.00pm di Dewan Banquet Majlis Perbandaran Petaling Jaya dianjurkan oleh Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM). Kira-kira 35 orang wakil dari UKM yang hadir ke kongres ini.

Barisan kepimpinan gerakan mahasiswa

Majlis dimulakan dengan pembentangan front gerakan mahasiswa di bawah SMM iaitu GAMIS, PKPIM, DEMA, KARISMA dan KAMI. Seterusnya, SMM yang dipengerusikan oleh saudara Shazni Munir Mohd Ithnin telah membentangkan orientasi gerakan SMM. Beliau menghuraikan sejarah SMM yang ditubuhkan pada Mac 2004 yang mana Saudara Mohd Khairol Anwar Mat Zuki sebagai Pengerusi SMM yang pertama. Penubuhan SMM sebenarnya adalah suatu lanjutan atau kesinambungan pada aktivisme Gerakan Mahasiswa Mansuhkan ISA (GMMI)-tahun 2001/2002 dan Gerakan Mahasiswa Anti Peperangan (GEMPAR)-tahun 2002/2003.

Shazni Munir berkata ketika pembentangannya, "Orientasi gerakan ini sangat dinamik dan sering mengambil sisi mencabar dan berbahaya dalam konteks mahasiswa biasa. Lebih menarik, gerakan kaolasi ini tidak bergerak di peringkat kampus semata-mata; tetapi bergerak di pentas nasional dan global."

Menurut beliau lagi, SMM memegang prinsip independen, intelektual, integriti, responsif dan progresif sebagai prinsip pergerakan dan idealisme perjuangan SMM adalah demokrasi, keadilan, hak asasi manusia dan kepimpinan anak muda.

"Kita telah melihat betapa mahasiswa kini tidak lagi takut dan gentar dengan segala bentuk kecaman dari pihak yang tidak mahu melihat mahasiswa bangkit. Adapun sehinggalah berlaku penangkapan-penangkapan mahasiswa dalam memacu keadilan hak asasi mahasiswa dan juga masyarakat. Namun, ia tidak sedikit pun menggentarkan dan melunturkan roh perjuangan dalam diri setiap aktivis, " syarahnya ketika perbentangan.

Seterusnya, majlis perasmian diadakan bermula dengan ucapan oleh saudara Muhammad Hilman Idham (Pengerusi KAMI) selaku pengarah program. Dalam ucapannya, beliau melahirkan rasa kesal kerana terdapat pihak yang berkali-kali membuat cubaan untuk menghalang kongres ini daripada diadakan untuk menghimpunkan mahasiswa dari seluruh pelusuk walaupun jauh iaitu dari Sabah, Johor, Kedah. Malahan, wakil gerakan mahasiswa dari Pattani (Thailand) dan Singapura juga turut hadir. Wakil-wakil dari parti-parti politik juga turut serta menjadi pemerhati kongres. Kekangan yang berlaku adalah bermula dari Chinese Assembly Hall, bertukar pula ke Dewan Centrum Setiawangsa, dan akhirnya pertukaran tempat secara adhoc pada petang hari sebelum program ke Dewan Banquet MBPJ. Dalam keadaan suntuk dan kekangan, kongres akhirnya dapat dijalankan di dewan berhawa dingin itu dalam keadaan duduk bersila.

Beliau juga menjelaskan kontroversi yang timbul kerana menjemput Nurul Izzah Anwar sebagai perasmi kongres. Katanya, perasmi pertama yang dijemput adalah YB Saifuddin Abdullah selaku Timbalan Kementerian Pengajian Tinggi yang sangat signifikan dengan gerakan mahasiswa ketika beliau di kampus. Namun disebabkan pembatalan beliau selaku perasmi akibat tuntutannya ke kawasan parlimen beliau, pihak penganjur memutuskan untuk menjemput YB Nurul Izzah kerana sejarahnya yang menyertai gerakan mahasiswa di kampus.

Beliau juga menyatakan bukti bahawa pendirian SMM sebagai 'check and balance' bagi kerajaan dan juga parti pembangkang, "Kita berpegang kepada prinsip yang telah kita persetujui bersama. Sebagai contoh, satu demonstrasi yang telah dianjurkan oleh UMNO di Kelantan dan Pulau Pinang, dan ketika itu pemuda PAS dan Angkatan Muda Keadilan telah membuat laporan polis. Di pihak SMM telah pun membuat kenyataan berupa mengecam tindakan pemuda PAS dan Angkatan Muda Keadilan."

Selepas perasmian oleh YB Nurul Izzah, sidang media telah diadakan di kalangan dif-dif jemputan dan pimpinan gerakan mahasiswa. Pada sesi petang pula, pembentangan diteruskan oleh Saudara Mohd Shafie Hashim selaku Pengerusi Pro Mahasiswa Nasional telah menjelaskan sejarah penubuhan pertubuhan Pro M.

Tegasnya juga, "Perjuangan Pro M telah diperluas ke semua kampus-kampus termasuklah di Borneo, pantai timur, utara, selatan selain di kampus lembah kelang. Ianya berteraskan 4 paksi iaitu demokrasi, integriti, intelektual dan kebajikan mahasiswa.

Saudara Mohd Shafie, Pengerusi Pro Mahasiswa Nasional

Majlis diteruskan lagi dengan sesi soal jawab antara pimpinan gerakan mahasiswa dengan para aktivis dan diteruskan lagi dengan perbentangan dari wakil Gabungan Mahasiswa Bantah E-voting (BANTAH) oleh Mohd Ridzuan Othman selaku Jurucakap BANTAH. Berikutan dengan penggunaan e-voting dalam pilihanraya kampus di UM, beliau telah menceritakan bagaimana usaha BANTAH dalam menolak sistem e-undi yang korup.
Muhammad Hilman Idham (KAMI), Shazni Munir (SMM), Idris Yusoff (GAMIS), Abu Qassim (PKPIM), Abdullah Omar (KARISMA), Hei Lung (DEMA), Mohd Shafie (Pro M Nasional)

Menurut beliau, "E-undi di kampus-kampus merupakan 'pilot test' bagi pelaksanaan e-undi di peringkat Pilihanraya Umum (PRU) yang akan datang. Ini merupakan suatu pencabulan demokrasi ke atas mahasiswa, malah akan diteruskan pencabulan ini ke PRU nanti. "

Ini adalah berikutan dengan kunjungan Perdana Menteri Malaysia ke India iaitu ke pusat IT yang terkenal di sana. Projek e-undi ini berfungsi untuk menukar sistem manual ke sistem e-undi dalam PRU akan datang adalah dikatakan berpusat di sana.

Seterusnya, ucapan dari saudara Mohd Ridzuan, mantan pengerusi Majlis Perwakilan Mahasiswa Nasional (MPMN). Ucapan beliau sedikit sebanyak dapat menyuntik semangat para aktivis khususnya para MPP memandangkan MPMN merupakan pertubuhan MPP Mahasiswa yang menang bertanding di kampus-kampus.
Mohd Shafiq A. Aziz (MPP Mahasiswa UKM) menerima watikah perlantikan sebagai Pengerusi MPMN yang baru.
Saudara Mohd Syafiq

Usai saja ucapan beliau, Majlis Watikah Perlantikan diadakan. Pengerusi MPMN yang baru iaitu saudara Mohd Syafiq A. Aziz, MPP Mahasiswa UKM tampil menerima watikah perlantikan daripada mantan pengerusi MPMN. Kongres berakhir dengan slot resolusi yang dipersetujui bersama pada kira-kira jam 5.00pm.

penuh semangat menyanyikan lagu Pro Mahasiswa
Mahasiswa/i yang hadir menyanyikan lagu Pro M

Friday, March 19, 2010

MPP Aspirasi Adakan Mesyuarat Sulit

Bangi, 18 Mac - Wartawan GMUKM mendapat maklumat bahawa pada mesyuarat MPP baru-baru ini, terdapat satu isu hangat telah dibangkitkan dan mendapat perhatian pihak Presiden sendiri. Maklumat yang diperolehi menyatakan bahawa MPP Aspirasi telah mengadakan meeting sulit tanpa pengetahuan MPP Mahasiswa sehari sebelum Pra-MPPK diadakan iaitu pada 5 Mac 2010.

Justeru, Muhd Syafiq Abd Aziz, MPP Umum bertanya kepada Presiden untuk mendapatkan kepastian sama ada maklumat tersebut sahih atau tidak. Namun begitu, Hamzah dalam keadaan teragak-agak menafikan hal itu. Katanya, beliau bukan mengadakan meeting pada hari tersebut tetapi sekadar ‘borak-borak’ dengan rakan-rakan exco.

Hal ini tercetus berikutan penemuan nota tanpa pengirim yang menyatakan dengan jelas berkaitan maklumat meeting tersebut. Senario ini menimbulkan tanda tanya, bagaimana meeting tersebut boleh diadakan tanpa pengetahuan MPP Mahasiswa sedangkan ianya jelas bertentangan dengan Peraturan Mesyuarat MPP yang menyatakan bahawa keanggotaan mesyuarat mestilah 2/3 daripada jumlah keseluruhan ahli MPP.

Muhammad Syafiq yang ditemui semalam berkata bahawa ‘undang-undang rimba’ tidak seharusnya digunapakai.

“Saya cuma nak dapatkan kepastian, bukan menuduh. Kalau betul tak buat, tak perlu gelabah.
Kalau buat tapi tak mengaku, baguslah. Saya harap mereka (baca: MPP Aspirasi) boleh perbanyakkan latihan lepas ni supaya mutu ‘lakonan’ mereka lebih berkesan.”ujarnya.

Wednesday, March 17, 2010

Portfolio Kerohanian perlu berfokus - MPP Mahasiswa

Bangi, 17 Mac- Isu ketiadaan portfolio kerohanian telah dibangkitkan dalam mesyuarat pertama PMUKM semalam. Dalam memberi penjelasan mengenai ketidakwujudan jawatan tersebut, 3 ahli mesyuarat dari Majlis Tertinggi PMUKM mengeluarkan kenyataan yang berbeza-beza. Secara mudahnya, portfolio kerohanian ini dipikul oleh 3 orang iaitu Presiden, Timbalan Presiden dan Setiausaha.

Wartawan GMUKM telah bertemu Mohd Faiz Ismail yang merupakan MPP Umum Tahun 3 & 4, beliau melontarkan sesuatu untuk fikiran bersama apabila mengingatkan kembali Falsafah Universiti iaitu , Paduan antara iman kepada Allah dan Ilmu yang bermanfaat, serta gabungan antara teori dan amal merupakan dasar utama bagi perkembangan ilmu, proses pembinaan masyarakat terpelajar dan pembangunan universiti. Beliau merasakan tanpa portfolio khusus bagi soal kerohanian dan keagamaan dalam kabinet PMUKM, pasti terdapat kesukaran dalam mencapai Falsafah universiti seluruhnya.

Saudari Alia Suzana Bt Asri, MPP Umum Tahun 3 & 4 ketika ditemui memberi komen, "Bagaimana mereka sanggup zalimi diri dengan memegang portfolio yang banyak? Saya begitu hairan bagaimana ia boleh dipandang remeh kerana pembangunan insan dan kerohanian masyarakat kampus patut diberi perhatian setelah banyak kelompangan rohani dan moral yang begitu menjadi-jadi. Justeru itu, portfolio ini seharusnya menjadi portfolio yang khusus dan usah bebankan Majlis Tertinggi yang sedia maklum berat amanahnya."
Beliau berkata lagi "Tidakkah ia menjadi suatu 'jobscope' yang tidak berfokus sedangkan Exco Kebajikan dipecahkan kepada 3 sektor yang lebih khusus. Jadi, bagaimana mahasiswa/i mahu merujuk jika ada perkara bersangkutan dengan kerohanian? Ini mungkin akan merumitkan urusan mahasiswa/i."
REALISASI VARSITI

Mesyuarat Pertama PMUKM, 4 Usul Lulus

Bangi, 17 Mac- Mesyuarat kali pertama PMUKM telah diadakan pada 16 Mac 2010, jam 9.00 malam bertempat di bilik Gerakan HEP. Seramai 13 orang MPP Mahasiswa dan 19 orang MPP Aspirasi telah menghadiri mesyuarat ini. Saudara Nik Shafie, MPP Fakulti Pengajian Islam tahun 3&4 tidak dapat menghadiri mesyuarat kerana terpaksa mengikuti kajian lapangan untuk tesis beliau di Kelantan. MPP Mahasiswa mula memenuhi ruang bilik gerakan HEP seawal jam 9.00 malam manakala MPP Aspirasi masuk ke dalam bilik 5 minit kemudian. Agenda yang dibincangkan di dalam mesyuarat kali pertama ini ialah pembentangan perkembangan exco kebajikan yang meliputi 3 bidang iaitu :

i) prasarana, keselamatan dan pengangkutan ( saudara Rasydan )
ii) air, tenaga dan komunikasi ( saudara Yong Yoon Kian )
iii) hal ehwal pengguna dan kesihatan ( saudari Nasiha Sakina-tidak dapat hadir)

hasil mesyuarat pada malam itu, ahli mesyuarat sebulat suara meluluskan 4 usul untuk dilaksanakan dalam gerak kerja yang seterusnya iaitu:

i) Mahasiswa/I yang mendapatkan rawatan di hospital-hospital berdekatan dipindahkan ke HUKM sekiranya perlu
ii) Penambahan router di tempat-tempat kritikal untuk meningkatkan pencapaian internet serta servis berkala untuk meningkatkan kualiti perkhidmatan internet
iii) Mana-mana MPP yang tidak dapat datang mesyuarat untuk membentangkan laporan gerak kerja perlu mencari wakil untuk pembentangannya dan setiap exco hendaklah memaklumkan perkembangan gerak kerja masing-masing kepada semua MPP.
iv) PMUKM perlu menyediakan laporan kewangan perbelanjaan setiap aktiviti yang dijalankan oleh PMUKM bermula pada sesi 09/10 dan perlu dibentangkan kepada semua MPP pada akhir sesi.
Selain itu, antara perkara yang dibangkitkan adalah jawatan Exco Kerohanian atau Pembangunan Insan yang tidak diwujudkan dalam kabinet PMUKM tetapi bidang tugas Exco Kerohanian dipikul oleh 3 orang Majlis Tertinggi iaitu Presiden, Timbalan Presiden dan Setiausaha. Tambahan pula jawatan-jawatan kabinet PMUKM masih belum disahkan oleh Naib Canselor UKM, Prof. Tan Sri Dato' Dr Sharifah Hapsah Syed Hassan Shahabudin walaupun setelah tamatnya majlis watikah perlantikan.
REALISASI VARSITI

Sunday, March 14, 2010

Kongres Gerakan Mahasiswa Nasional 2010


Tarikh : 20 Mac 2010 ( Sabtu )
Tempat : Kuala Lumpur Selangor Chinese Assembly Hall ( KLSCAH )
Anjuran : Solidariti Mahasiswa Malaysia ( SMM )*

- Terbuka kepada seluruh anak muda mahasiswa & orang awam -


Pengenalan


Kongres Mahasiswa adalah satu perkara yang mustahak yang perlu dilakukan dalam negara ke arah mencapai negara maju. Kongres ini penting untuk aktivis mahasiswa khususnya membentuk gerakan yang bersifat yang lebih bersepadu, menyeluruh dan berkesan untuk memajukan negara pada masa akan datang.

SMM mengambil inisiatif untuk mengadakan kongres mahasiswa sebagai usaha untuk menyatukan idea-idea aktivis-aktivis di Malaysia bukan sahaja di peringkat mahasiswa malah aktivis negara. Program ini akan menjadi perintis ke arah SMM untuk menyatukan dan memperkasakan 'wajah' Malaysia agar menjadi negara yang unggul bukan sahaja dari satu aspek malahan meliputi keseluruhan aspek utama dalam mentadbir negara maju.

Jika dilihat kepada realiti kepada keadaan Malaysia pada hari ini, sewajarnya gerakan mahasiswa perlu diber nafas baru yang lebih segar seterusnya meninggalkan ciri-ciri mahasiswa lesu, bisu dan kaku yang akhirnya mencerminkan corak Malaysia akan datang. Oleh itu generasi bakal pemimpin perlu bersedia menggunakan daya intelektual yang ada bergabung suara dan tenaga supaya bakal pemimpin negara akan datang lebih berdaya maju, berkarisma dan prihatin kepada kebajikan masyarakat.

Objektif Kongres

1. Menyusun semula gerakan mahasiswa peringkat nasional.

2. Memperkemaskan struktur gerakan di setiap peringkat ( Nasional dan Kampus )

3. Re-branding semula SMM sebagai satu wadah dan koalasi gerakan mahasiswa yang terbesar di peringkat nasional.


Matlamat Kongres

1. Memberi penerangan kepada semua aktivis mahasiswa berkenaan struktur gerakan serta halatuju dan matlamat SMM.

2. Memperkenalkan pimpinan setiap kampus kepada seluruh aktivis.

3. Menyusun semula perwakilan yang terpilih dalam satu organisasi di peringkat Nasional
( MPMN )

4. Membuka keahlian SMM secara terus dan menarik lebih ramai anak muda menyertai SMM.

*Solidariti Mahasiswa Malaysia merupakan himpunan gerakan mahasiswa iaitu
Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia (GAMIS), Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM), Malaysia Youth and Students Democratic Movement (DEMA), Pro Mahasiswa Nasional, Kelab Rakan Islah Malaysia (KARISMA), dan Kumpulan Aktivis Mahasiswa Independen (KAMI).

Friday, March 12, 2010

Tahniah Atas Keprihatinan PM

UKM Bangi, 12 Mar - Lawatan Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Najib Tun Razak dan Timbalan Menteri Pengajian Tinggi Dato' Saifudin Abdullah secara mengejut ke UKM pada hari ini telah mengundang pelbagai persepsi dari kalangan mahasiswa . Mereka yang tiba pada pukul 12.40 tengah hari ini mengambil peluang bagi memahami situasi dan kondisi Universiti Kebangsaan Malaysia yang kini kian menjadi tanda tanya kepada kebanyakan mahasiswa. Sesi beramah mesra di antara Perdana Menteri dengan hampir 200 orang ahli akademik, pegawai pentadbir, kakitangan dan pelajar diharap dapat memberi satu impak yang maksima kepada pentadibran UKM sehingga dapat mengembalikan kepercayaan pelajar terhadap pentadbiran.

Sebelum ini kita telah dikejutkan dengan isu pihak Jawatankuasa Pemilihan Majlis Perwakilan Pelajar yang kurang bertanggungjawab berkaitan soal ketelusan di dalam pilihanraya kampus(PRK) yang lalu. Justeru, ramai masyarakat UKM yang kebanyakkannya terdiri daripada pelajar prasiswazah telah bertekad untuk membantah keputusan PRK oleh kerana terlalu banyak penyelewengan yang berlaku ketika sesi pilihanraya berlangsung.

Lawatan Perdana Menteri yang kelihatan ala-ala santai telah berjaya menarik kebanyakkan mahasiswa UKM untuk turut serta dalam memberi pandangan serta pendapat demi melihat UKM kembali kepada kegemilangannya.

"Kami di peringkat Gabungan Mahasiswa amat berbangga dengan kehadiran Perdana Menteri dan Timbalan Menteri Pengajian Tinggi yang sudi meluangkan masa bersama dengan mahasiswa. Kami sangat mengalu-alukan kedatangan pemimpin Malaysia dalam memberi tunjuk ajar serta pendapat mereka. Saya harap pada masa akan datang, pihak pentadbiran UKM akan lebih terbuka dalam membenarkan ahli-ahli politik memasuki kampus." ujar Mohd Hafiz Bin Razak selaku pengerusi Gabungan Mahasiswa UKM yang baru.

" Mungkin pada masa yang akan datang, kita boleh anjurkan satu forum yang dapat menggabungkan semua parti politik baik kerajaan mahupun pembangkang.Tambahan,kami menyokong kenyataan Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Saifuddin Abdullah yang mengingatkan mahasiswa di Institusi Pengajian Tinggi (IPT) agar sentiasa memperbetul setiap perkara yang dilihat salah bukan sahaja di universiti malah dalam pentadbiran negara.Kesannya,ini bukan sahaja dapat mendekatkan mahasiswa terhadap pimpinan Malaysia masa kini, malah dapat memberi input serta pandangan mereka terhadap isu-isu yang berlaku di Malaysia ini" tambahnya lagi


Inilah masanya untuk mahasiswa merubah corak kehidupan mereka ke arah yang lebih baik. Sebelum ini mahasiswa telah banyak dilemparkan dengan pelbagai tohmahan antaranya seperti ""mahasiswa tidak matang", "mahasiswa masih berhingus", "belum lulus universiti dah nak cakap pasal politik", "sudut pidato pasti berkubur", "awak siapa nak berhujah dengan saya? Saya profesor" dan "aku pegawai, atau engkau pegawai?".

Inilah masanya kita membuktikan bahawa mahasiswa bukanlah seperti apa yang dikatakan. Mahasiswa mampu memimpindan mampu mentadbir. Malah mungkin mahasiswa lebih hebat daripada mereka yang selalu melemparkan pelbagai tohmahan terhadap mahasiswa. Dengan ruang pidato yang dihidupkan semula oleh Kementerian Pengajian Tinggi mampu digunakan sepenuhnya dalam membina pemikiran mahasiswa yang mampu memberi pelbagai manfaat kepada masyarakat kelak. Tuntasnya, kami di pihak kepimpinan GMUKM mengharapkan pihak pentadbiran UKM dapat memberikan kelonggaran berkaitan isu kemasukan ahli politik demi memupuk sifat kepimpinan di kalangan mahasiswa yang bakal memimpin Malaysia pada masa akan datang.

Sunday, March 7, 2010

Forum Isu Sistem Diliwat


Kuala Lumpur, 5 Mac- Forum bertajuk 'Universiti Diliwat' mendapat sambutan hangat kira-kira 200 orang mahasiswa dari seluruh pelusuk negara. Forum tersebut menampilkan Muhammad Syafiq Abd Aziz (MPP Umum tahun 3) selaku moderator dan 3 orang ahli panel iaitu Hisyamuddin Rais, Prof Madya Dr Azmi dan Syazni Munir.

Kupasan demi kupasan yang diberikan oleh para panelis dilihat berjaya membongkarkan penyelewengan dan agenda tersembunyi pihak yang berkepentingan semasa fasa Pilihanraya Kampus 2010.

Menurut Muhammad Syafiq Abd Aziz, MPP UKM merangkap Pengerusi Majlis Perwakilan Mahasiswa Nasional yang baru, PRK kali ini jelas menampakkan permainan di atas padang yang tidak sama rata.

"Mungkin ramai yang tidak faham, bahkan langsung tiada usaha untuk faham isu sebenar. Kami tidak takut sekiranya kalah, tapi kami tidak mahu pemilihan kepimpinan mahasiswa hari ini dikotori dengan sistem yang tidak adil dan penuh kontroversi. Kelihatan, undang-undang sesuka hati diliwat oleh penggubal. Yang pasti, misi 'sang penguasa' tidak lain dan tidak bukan adalah untuk mengekang kemaraan golongan yang 'tidak senada'. " katanya.

Monday, March 1, 2010

tvGMUKM

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

#Hashtag

#Hashtag

Moving Forward

Wajib Muat Turun !