Majlis Kepimpinan Utama GMUKM

Kompilasi Kejayaan Manifesto

Provinsi Ungu [Versi Online]

Wednesday, March 17, 2010

Portfolio Kerohanian perlu berfokus - MPP Mahasiswa

Bangi, 17 Mac- Isu ketiadaan portfolio kerohanian telah dibangkitkan dalam mesyuarat pertama PMUKM semalam. Dalam memberi penjelasan mengenai ketidakwujudan jawatan tersebut, 3 ahli mesyuarat dari Majlis Tertinggi PMUKM mengeluarkan kenyataan yang berbeza-beza. Secara mudahnya, portfolio kerohanian ini dipikul oleh 3 orang iaitu Presiden, Timbalan Presiden dan Setiausaha.

Wartawan GMUKM telah bertemu Mohd Faiz Ismail yang merupakan MPP Umum Tahun 3 & 4, beliau melontarkan sesuatu untuk fikiran bersama apabila mengingatkan kembali Falsafah Universiti iaitu , Paduan antara iman kepada Allah dan Ilmu yang bermanfaat, serta gabungan antara teori dan amal merupakan dasar utama bagi perkembangan ilmu, proses pembinaan masyarakat terpelajar dan pembangunan universiti. Beliau merasakan tanpa portfolio khusus bagi soal kerohanian dan keagamaan dalam kabinet PMUKM, pasti terdapat kesukaran dalam mencapai Falsafah universiti seluruhnya.

Saudari Alia Suzana Bt Asri, MPP Umum Tahun 3 & 4 ketika ditemui memberi komen, "Bagaimana mereka sanggup zalimi diri dengan memegang portfolio yang banyak? Saya begitu hairan bagaimana ia boleh dipandang remeh kerana pembangunan insan dan kerohanian masyarakat kampus patut diberi perhatian setelah banyak kelompangan rohani dan moral yang begitu menjadi-jadi. Justeru itu, portfolio ini seharusnya menjadi portfolio yang khusus dan usah bebankan Majlis Tertinggi yang sedia maklum berat amanahnya."
Beliau berkata lagi "Tidakkah ia menjadi suatu 'jobscope' yang tidak berfokus sedangkan Exco Kebajikan dipecahkan kepada 3 sektor yang lebih khusus. Jadi, bagaimana mahasiswa/i mahu merujuk jika ada perkara bersangkutan dengan kerohanian? Ini mungkin akan merumitkan urusan mahasiswa/i."
REALISASI VARSITI

0 comments:

Post a Comment

tvGMUKM

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

#Hashtag

#Hashtag

Moving Forward

Wajib Muat Turun !