Majlis dimulakan dengan pembentangan front gerakan mahasiswa di bawah SMM iaitu GAMIS, PKPIM, DEMA, KARISMA dan KAMI. Seterusnya, SMM yang dipengerusikan oleh saudara Shazni Munir Mohd Ithnin telah membentangkan orientasi gerakan SMM. Beliau menghuraikan sejarah SMM yang ditubuhkan pada Mac 2004 yang mana Saudara Mohd Khairol Anwar Mat Zuki sebagai Pengerusi SMM yang pertama. Penubuhan SMM sebenarnya adalah suatu lanjutan atau kesinambungan pada aktivisme Gerakan Mahasiswa Mansuhkan ISA (GMMI)-tahun 2001/2002 dan Gerakan Mahasiswa Anti Peperangan (GEMPAR)-tahun 2002/2003.
Shazni Munir berkata ketika pembentangannya, "Orientasi gerakan ini sangat dinamik dan sering mengambil sisi mencabar dan berbahaya dalam konteks mahasiswa biasa. Lebih menarik, gerakan kaolasi ini tidak bergerak di peringkat kampus semata-mata; tetapi bergerak di pentas nasional dan global."
Menurut beliau lagi, SMM memegang prinsip independen, intelektual, integriti, responsif dan progresif sebagai prinsip pergerakan dan idealisme perjuangan SMM adalah demokrasi, keadilan, hak asasi manusia dan kepimpinan anak muda.
"Kita telah melihat betapa mahasiswa kini tidak lagi takut dan gentar dengan segala bentuk kecaman dari pihak yang tidak mahu melihat mahasiswa bangkit. Adapun sehinggalah berlaku penangkapan-penangkapan mahasiswa dalam memacu keadilan hak asasi mahasiswa dan juga masyarakat. Namun, ia tidak sedikit pun menggentarkan dan melunturkan roh perjuangan dalam diri setiap aktivis, " syarahnya ketika perbentangan.
Seterusnya, majlis perasmian diadakan bermula dengan ucapan oleh saudara Muhammad Hilman Idham (Pengerusi KAMI) selaku pengarah program. Dalam ucapannya, beliau melahirkan rasa kesal kerana terdapat pihak yang berkali-kali membuat cubaan untuk menghalang kongres ini daripada diadakan untuk menghimpunkan mahasiswa dari seluruh pelusuk walaupun jauh iaitu dari Sabah, Johor, Kedah. Malahan, wakil gerakan mahasiswa dari Pattani (Thailand) dan Singapura juga turut hadir. Wakil-wakil dari parti-parti politik juga turut serta menjadi pemerhati kongres. Kekangan yang berlaku adalah bermula dari Chinese Assembly Hall, bertukar pula ke Dewan Centrum Setiawangsa, dan akhirnya pertukaran tempat secara adhoc pada petang hari sebelum program ke Dewan Banquet MBPJ. Dalam keadaan suntuk dan kekangan, kongres akhirnya dapat dijalankan di dewan berhawa dingin itu dalam keadaan duduk bersila.
Beliau juga menjelaskan kontroversi yang timbul kerana menjemput Nurul Izzah Anwar sebagai perasmi kongres. Katanya, perasmi pertama yang dijemput adalah YB Saifuddin Abdullah selaku Timbalan Kementerian Pengajian Tinggi yang sangat signifikan dengan gerakan mahasiswa ketika beliau di kampus. Namun disebabkan pembatalan beliau selaku perasmi akibat tuntutannya ke kawasan parlimen beliau, pihak penganjur memutuskan untuk menjemput YB Nurul Izzah kerana sejarahnya yang menyertai gerakan mahasiswa di kampus.
Beliau juga menyatakan bukti bahawa pendirian SMM sebagai 'check and balance' bagi kerajaan dan juga parti pembangkang, "Kita berpegang kepada prinsip yang telah kita persetujui bersama. Sebagai contoh, satu demonstrasi yang telah dianjurkan oleh UMNO di Kelantan dan Pulau Pinang, dan ketika itu pemuda PAS dan Angkatan Muda Keadilan telah membuat laporan polis. Di pihak SMM telah pun membuat kenyataan berupa mengecam tindakan pemuda PAS dan Angkatan Muda Keadilan."
Selepas perasmian oleh YB Nurul Izzah, sidang media telah diadakan di kalangan dif-dif jemputan dan pimpinan gerakan mahasiswa. Pada sesi petang pula, pembentangan diteruskan oleh Saudara Mohd Shafie Hashim selaku Pengerusi Pro Mahasiswa Nasional telah menjelaskan sejarah penubuhan pertubuhan Pro M.
Tegasnya juga, "Perjuangan Pro M telah diperluas ke semua kampus-kampus termasuklah di Borneo, pantai timur, utara, selatan selain di kampus lembah kelang. Ianya berteraskan 4 paksi iaitu demokrasi, integriti, intelektual dan kebajikan mahasiswa.
Majlis diteruskan lagi dengan sesi soal jawab antara pimpinan gerakan mahasiswa dengan para aktivis dan diteruskan lagi dengan perbentangan dari wakil Gabungan Mahasiswa Bantah E-voting (BANTAH) oleh Mohd Ridzuan Othman selaku Jurucakap BANTAH. Berikutan dengan penggunaan e-voting dalam pilihanraya kampus di UM, beliau telah menceritakan bagaimana usaha BANTAH dalam menolak sistem e-undi yang korup.
Muhammad Hilman Idham (KAMI), Shazni Munir (SMM), Idris Yusoff (GAMIS), Abu Qassim (PKPIM), Abdullah Omar (KARISMA), Hei Lung (DEMA), Mohd Shafie (Pro M Nasional)
Menurut beliau, "E-undi di kampus-kampus merupakan 'pilot test' bagi pelaksanaan e-undi di peringkat Pilihanraya Umum (PRU) yang akan datang. Ini merupakan suatu pencabulan demokrasi ke atas mahasiswa, malah akan diteruskan pencabulan ini ke PRU nanti. "
Ini adalah berikutan dengan kunjungan Perdana Menteri Malaysia ke India iaitu ke pusat IT yang terkenal di sana. Projek e-undi ini berfungsi untuk menukar sistem manual ke sistem e-undi dalam PRU akan datang adalah dikatakan berpusat di sana.
Seterusnya, ucapan dari saudara Mohd Ridzuan, mantan pengerusi Majlis Perwakilan Mahasiswa Nasional (MPMN). Ucapan beliau sedikit sebanyak dapat menyuntik semangat para aktivis khususnya para MPP memandangkan MPMN merupakan pertubuhan MPP Mahasiswa yang menang bertanding di kampus-kampus.
Mohd Shafiq A. Aziz (MPP Mahasiswa UKM) menerima watikah perlantikan sebagai Pengerusi MPMN yang baru.
Saudara Mohd Syafiq
Usai saja ucapan beliau, Majlis Watikah Perlantikan diadakan. Pengerusi MPMN yang baru iaitu saudara Mohd Syafiq A. Aziz, MPP Mahasiswa UKM tampil menerima watikah perlantikan daripada mantan pengerusi MPMN. Kongres berakhir dengan slot resolusi yang dipersetujui bersama pada kira-kira jam 5.00pm.Saudara Mohd Syafiq
0 comments:
Post a Comment