Majlis Kepimpinan Utama GMUKM

Kompilasi Kejayaan Manifesto

Provinsi Ungu [Versi Online]

Sunday, March 21, 2010

Pro-M kuasai UNISEL

Kumpulan pro-Mahasiswa (Pro-M) menang besar selepas proses penamaan calon bagi pilihan raya kampus Universiti Industri Selangor (Unisel) - milik kerajaan negeri - berlangsung semalam.

Calon pro-M memenangi tanpa bertanding 15 daripada 19 kerusi yang dipertandingkan. Pilihan raya kampus Unisel dijadual diadakan pada 24 Mac ini.

Menurut jurucakap pro-M, selepas selesai proses penamaan calon di kampus induk Bistari Jaya di Ijok semalam, pro-M menang tanpa bertanding di semua 12 kerusi umum dan tiga kerusi fakulti.

Seorang jurucakap pro-M memberitahu Malaysiakini, kemenangan besar mereka dicapai apabila pro-A tidak meletakkan seorang pun calonnya dalam pilihan raya kampus kali ini.

"Mereka ini tidak berapa berani. Hidup segan mati tidak mahu," kata aktivis pro-M yang enggan namanya dinyatakan.

Satu lagi kerusi diperuntukan untuk pelajar-pelajar daripada luar negara dan tidak melibatkan kedua-dua musuh tradisi itu.

Selain di Ijok, Unisel mempunyai kampus cawangan di Shah Alam. Bagaimanapun, semua proses pilihan rayanya dijalankan di kampus induk Ijok.

Yang menariknya, pilihan raya kampus kali ini menyaksikan pertembungan secara terbuka antara kumpulan pro-M dan pro-Aspirasi (pro-A) di Unisel.

Apabila pilihan raya kampus mulakan diadakan di Unisel tahun lalu, ia membabitkan penyertaan calon-calon yang bertanding secara individu.

Mengulas pilihan raya pada Rabu depan, jurucakap tersebut juga memberitahu, akan berlaku pertandingan satu lawan satu antara calon pro-M dan calon bebas di Fakulti Perniagaan.

Pilihan raya kampus Unisel kali ini turut menarik perhatian apabila tiada pelajarnya yang berminat bertanding di Fakulti Sains Sosial dan Fakulti Pendidikan sehingga universiti terpaksa campur tangan bagi melantik wakil bagi menganggotai Majlis Perwakilan Mahasiswa (MPM).

sumber: Malaysiakini

0 comments:

Post a Comment

tvGMUKM

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

#Hashtag

#Hashtag

Moving Forward

Wajib Muat Turun !