Majlis Kepimpinan Utama GMUKM

Kompilasi Kejayaan Manifesto

Provinsi Ungu [Versi Online]

Wednesday, October 12, 2011

Bahang PRK UKM : Pemimpin Aspirasi, GMUKM Bertelagah

Sumber : MyNewsHub

KUALA LUMPUR - Meskipun Pilihan Raya Kampus bagi sesi Pemilihan Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) Sesi 2011-2012 Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) belum bermula namun bahangnya telah mula dirasai.

Satu insiden pertelagahan antara seorang pemimpin Aspirasi dan Pro-Mahasiswa UKM diaporkan berlaku di universiti itu baru-baru ini dipercayai akibat usaha menjatuhkan kepimpinan Persatuan Mahasiswa UKM (PMUKM) sesi 2010-2011.

Malah, pertelagahan tersebut berlanjutan hingga menjadi kes polis apabila kedua-dua pihak yang terlibat dalam pertelagahan itu dilaporkan membuat laporan polis pada 7 dan 8 Oktober lalu.

Berdasarkan laporan polis pada 7 Oktober lalu Presiden Seketeriat Kelab Aspirasi UKM, Mohd. Kamal Ali, 22, mendakwa di cekik Timbalan Presiden Persatuan Mahasiswa UKM (PMUKM), Mohd. Abdullah Mohamed Yusoff, 22 tahun.

Mohd. Kamal mendakwa kejadian yang berpunca daripada pertengkaran kecil itu berlaku di Pejabat Persatuan Mahasiswa UKM Bangi sewaktu sesi perbincangan tentang perlembagaan UKM berlangsung.

Menurut laporan itu lagi, selain di cekik Mohd. Kamal mendakwa Mohd. Abdullah mengeluarkan kata-kata kesat keatasnya menyebabkan dia bertindak membuat laporan polis di Balai Polis Bandar Baru Bangi.

Bagaimanapun, Mohd. Abdullah membuat laporan polis pada keesokannya dengan mendakwa laporan polis Mohd. Kamal dan di siarkan di laman web sosial Facebook itu telah menjatuhkan maruahnya selaku Timbalan Presiden PMUKM.

PMUKM merupakan badan induk yang diterajui oleh ahli-ahli Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) yang telah dipilih secara undian oleh mahasiswa melalui Pemilihan MPP.

Pilihan Raya Kampus bagi sesi Pemilihan Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) Sesi 2010-2011 menyaksikan Gabungan Mahasiswa UKM (GMUKM) yang pro-mahasiswa memenangi Pemilihan MPP 2011 dan menumpaskan Kelab Aspirasi UKM.

_________________________________________________________________________

KRONOLOGI KEJADIAN

06/10 (Khamis)
Ø Saudari Emy Marhin Aman,20, dan Kamal Ali,22, telah berbahas isu Pesta Konvokesyen Ke-39 UKM melalui laman sosial Facebook. Saudari Emy telah mengajak saudara Kamal untuk berjumpa untuk berbincang isu ini dengan lebih terperinci. Saudara Kamal bersetuju untuk berjumpa dengan saudari Emy pada keesokan harinya selepas Solat Jumaat.

07/10 (Jumaat)
Ø Saudari Emy Marhin ditemani oleh rakannya telah menunggu kedatangan Kamal yang baru selesai menunaikan solat Jumaat di di pejabat urusan Persatuan Mahasiswa UKM (PMUKM).
Ø Kamal yang tiba sekitar pukul 3.05 petang di pejabat PMUKM. Turut berada di bahagian kaunter adalah saudara Mohd Abdullah, 22, dan Arif Misrol,23, yang kedua-duanya merupakan ahli Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) UKM.
Ø Ketika sesi perbincangan di antara saudari Emy dan Kamal baru hendak bermula, saudara Mohd Abdullah mencelah dan menyoal Kamal berkenaan ‘post' Kamal di dalam ‘Facebook' berkenaan Pesta Konvokesyen yang dikatakan cuba memprovokasi dan memfitnah Ketua Pengarah Eksekutif Pesta Konvokesyen, saudara Faizal Ahmad, 22.
Ø Kamal bertindak mendiamkan diri dan enggan menjawab soalan yang diajukan. Saudara Mohd membuka ‘post' berkenaan dan cuba menunjukkan kepada Kamal tetapi Kamal cuba mengelak. Ini menyebabkan Mohd Abdullah menarik Kamal yang cuba keluar dari pejabat PMUKM dan melarikan diri.
Ø Insiden singkat yang berlaku dengan pantas kemudian dileraikan oleh orang ramai yang berada di bahagian kaunter tersebut. Kamal Ali kemudian bertindak keluar daripada pejabat PMUKM.
Ø Saksi (Arif Misrol) melaporkan tiada insiden ‘mencekik' atau ‘tolak-menolak sehingga ke tingkap' sebagaimana yang digembar-gemburkan oleh pihak Aspirasi.
Ø Kamal Ali kemudian ke Balai Polis Bandar Baru Bangi dan membuat laporan polis pada pukul 4.06 petang (tercatat di dalam salinan laporan)
Ø Pada pukul 8.26 malam, blog MPP Aspirasi (http://mppaspirasi.blogspot.com) telah mengemaskini blog mereka berkenaan insiden petang tersebut dengan artikel kronologi yang didapati memfitnah Mohd Abdullah.

08/01 (Sabtu)
Ø Pukul 1.09 petang, Aspirasi (aspirasikampus-ukm,blogspot.com) telah memuatkan kronologi insiden yang sama dengan blog MPP Aspirasi.
Ø Pada pukul 8.41 malam saudara Mohd Abdullah telah membuat laporan balas polis untuk menafikan laporan yang diadukan Kamal sebelum itu.

RUJUKAN LAIN :

0 comments:

Post a Comment

tvGMUKM

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

#Hashtag

#Hashtag

Moving Forward

Wajib Muat Turun !