Pengenalan
Malaysia berjaya membebaskan diri dari cengkaman penjajahan British pada 31 Ogos l957 setelah daripada 400 tahun berada di bawah pemerintahan negara koloni. Seperti negara-negara yang lain yang penah dijajah, pengaruh negara koloni terutamanya British menjalar di segenap aspek kehidupan masyarakat seperti politik, ekonomi, perundangan, pendidikan dan sebagainya.
Sistem ekonominya adalah sistem ekonomi kapitalis, sistem pendidikan ialah sistem pendidikan sekular, sistem undang-undangnya mengkut sistem undang-undang British dan sistem politiknya adalah sistem politik demokrasi ala British.
Langkah-Langkah Susulan Kemerdekaan
Semenjak mencapai kemerdekaan, negara ini terus mengorak langkah membangunkan negara daripada pelbagai aspek seperti ekonomi, politik dan pendidikan. Usaha ini adalah ke arah kemampuan berdiri di atas kaki sendiri. Strategi dan falsafah pembangunan yang dilaksanakan tersebut mengalami perubahan dari masa ke semasa semenjak zaman penjajahan British hingga ke hari ini. Matlamat pembangunan yang dilaksanakan di negara ini, seperti juga pembangunan dilaksanakan di negara-negara lain adalah untuk memberi kesejahteraan kepada rakyatrya. Di sini wujud persamaan antara pelbagai model pembangunan yang dilaksanakan daripada sudut falsafah dan matlamatnya namun strategi yang dilaksanakan boleh mempengaruhi kejayaan perlaksanaan dasar pembangunan tersebut.
Untuk tujuan analisis kejayaan matlamat dasar pembangunan negara, dasar-dasar pembangunan yang dilaksanakan di negara ini semenjak zaman British akan dibincangkan.
Pembangunan Negara Menerusi Perspektif Sejarah
Pembangunan negara boleh dibahagikan kepada beberapa tahap. Jadual di bawah menunjukkan tahap-tahap pembangunan negara. Terdapat empat era atau tahap yang dikenal pasti sebagau tahap pembangunan negara.
Zaman Penjajahan (Sehingga 1957)
- Penglibatan kerajaan (British) dalam mengubal dasar pembangunan secara minimum.
- Pengautan kekayaan negara oleh penjajah.
Zaman Malayan Union (1946-195l)
- Semangat Kebangsaan
- Muncul parti politik bercorak bangsa.
- Tolak ansur sebelum merdeka.
- Penegasan tentang sistem pentadbiran dan kebudayaan penduduk asal.
Era Kemerdekaan hingga 13 Mei 1969 (1957-1970)
- Pengagihan kekayaan ekonomi yang tidak seimbang mengikut bangsa.
- Pengagihan guna tenaga berdasarkan kepada kaum.
- Berlakunya Peristiwa 13 Mei akibat sistem pengagihan kekayaan antara kaum yang tidak seimbang.
Zaman Dasar Ekonomi Baru - DEB (1970 hingga 1990)
- Dasar Ekonomi Baru
- Matlamat untuk mencapai perpaduan negara.
- Pembangunan ekonomi yang pesat.
- Kegawatan ekonomi tahun 80an.
Ringkasan era pembangunan negara semenjak sebelum merdeka dinyatakan di atas memberi gambaran ringkas bagaimana pembangunan di Malaysia berlaku. Selepas tamatnya tempoh perlaksanaan Dasar Ekonomi Baru pada tahun 1990, Dasar Pembangunan Nasional dilancarkan.
Tempoh perlaksanaan Dasar Pembangunan Nasional tersebut ialah antara tahun 1990 hingga 2000 dan Dasar Pembangman Nasional ini digubal berdasarkan kepada Wawasan 2020 yang bermatlamat untuk menjadikan Malaysia negara maju menjelang tahun 2020.
Mengikut perancangannya, kelemahan-kelemahan yang terdapat dalam Dasar Ekonomi Baru diperbaiki di samping terus mengekalkan matlamatnya, Dasar Ekonomi Baru (DEB).
Beberapa dimensi baru dimasukkan dalam perancangan Dasar Pembangunan Nasional seperti isu-isu pembangunan sumber manusia, menjadikan sains dan teknologi sebagai teras penting dalam perlindungan alam sekitar dan ekologi.
Terbaru adalah Pelan Transformasi Kerajaan sebagaimana yang diumumkan oleh Perdana Menteri Malaysia Ke-6, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak pada tahun 2009.
Konsep 1Malaysia merupakan suatu konsep yang baru dilancarkan di Malaysia. Ia merupakan lanjutan daripada usaha kerajaan seperti pelaksanaan Dasar Ekonomi Baru, Rukun Negara, Dasar Pembangunan Nasional, Dasar Sosial Negara, dan seumpamanya.
Rumusan
Malaysia sebagai sebuah negara-bangsa yang sedang membangun dengan pesat, semestinya mahu mencapai matlamat yang telah dibuat dengan jayanya tanpa dihalang oleh konflik antara kaum.
Namun begitu, pelaksanaannya haruslah dikaji dan dirancang terlebih dahulu tanpa melaksanakan secara tergopoh-gapah kerana ini akan mengakibatkan kekeliruan dan sebagainya.
0 comments:
Post a Comment